Biskut Kacang Mazola Simple dan Mudah

2:03 pm

Hai semua...

Wah! dah tak lama lagi nak raya kan. Paling best bila nak raya ni kedengaran lagu raya dimana-mana sahaja kita pergi. Mesti ramai yang dah sibuk dengan persiapan raya. Dari persiapan baju raya, persiapan rumah dan juga kepada juadah raya. Saya rasa pasti ada yang tengah sibuk membakar kuih dan biskut. Harum je seluruh rumah bau biskut yang dibakar kan :D

Nak share resepi biskut kacang kegemaran. Disebabkan kesibukan menyiapkan projek buku resepi maka tahun ni buat resepi kuih yang mudah dan simple. Yang jenis gaul campur lepas tu gentel dan bakar siap!!  Salah satunya ialah Biskut Kacang Mazola ni. Kuih yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan orang kata. Evergreen betul. Tak jemu. 

P7081794ed

Biskut kacang Mazola ni kena cukup rasa manis dan ada sedikit lemak masin, barulah terasa lemak dan sedapnya.

P7081789ed

Resepi Biskut Kacang Mazola

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder - diayak bersama tepung
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan kacang tanah - dipanggang atau digoreng tanpa minyak
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telur
Minyak jagung Mazola- secukupnya sehingga adunan boleh dibentuk
Kuning telur - untuk sapu diatas biskut

Cara :

Satukan tepung gandum yang diayak bersama baking powder, kacang tanah yang dikisar, telur gula dan vanila. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga adunan boleh dibentuk.

Canai dan terap dengan acuan atau boleh sahaja dibentuk bulat kecil dan tekan leper sedikit.

Bakar dalam oven pada suhu 160 selama 10 -15 minit sehingga masak rangup.

Jom cuba resepi Biskut Kacang Mazola yang mudah ni!

You Might Also Like

5 comments

  1. saya tak berapa suka sangat makan biskut raya. suka makan kuih kuih yang bergoreng. hehe

    ReplyDelete
  2. Mengiurkan...nampak sedap..huhu.. Mujur mak kata nak buat lagi tahun ni...

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah buat tapi tak cair dimulut. Sedih :'(

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com