Tapai Pulut Manis

10:39 pm

Hai semua...

Seharian hari ni berkejaran dari pagi-pagi buta ke pasar pagi di Arau Perlis sebab nak mencari props untuk buku resepi. Jumpa juga lah mana yang berkenan dihati. Nasib baik lah tak mahal sangat.

Kebetulan terjumpa tapai pulut yang dibungkus dalam daun Maru, sejenis pokok yang tumbuh liar ditepi sungai. Daun ini digunakan kerana daunya yang lebar dan bulat senang untuk membungkus tapai. elain daun Maru, daun pisang selalu digunakan untuk membungkus tapai pulut ni. Daun getah juga kadangkala digunakan.

P6140004ed
Tapai pulut ni rasanya manis dan agak tajam baunya bagi sesiapa yang tak biasa makan. Proses penapaian tu lah yang membuat pulut dalam tapai menjadi matang (masak) dan lembut. Pulut selalunya dikukus terlebih dahulu dan dicampur ragi untuk menapai. 

P6140010ed
Bagi peminat tapai, sedia maklum tapai sedap dimakan bersama ais krim vanila bagi memberi effect sejuk dan bila sejuk rasa manis dan tajam menusuk tu dapat dikurangkan. Kalau tak dimakan bersama ais krim, bolehla sejukkan dahulu tapai didalam peti ais. Baru sedap!

P6140026ed
Tapai ni bukan saya yang buatnya. Dibeli di pasar pagi. Jadi tak ada lah resepinya hehehe...

You Might Also Like

12 comments

  1. assalamualaikum eny...sedapnya tengok tapai pulut ni...kalau tapai ubi pun sedap juga kn...;)

    ReplyDelete
  2. adik lelaki suka sangat makan tapai. kita kureng sikit... hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa... seb baek ada tapai bawak balik dari kampung,, terus makan.. hihi.l

    ReplyDelete
  4. ooo guna daun maru yer.. baru tahu...

    Jemput join segmen terbaru saya

    Segmen 3 Review Percuma Umtuk Produk Blog & Event

    ReplyDelete
  5. euuuuum tapai kesukaan aku mba :) enak banget deh rasanya .. aku mau dong :p

    ReplyDelete
  6. serious boleh makan dengan ais krim vanilla? okay yang ni kita x tau

    ReplyDelete
  7. serious boleh makan dengan ais krim vanilla? okay yang ni kita x tau

    ReplyDelete
  8. yum.... sedap... akak suka tapai guna daun ni lagi dr daun pisang.... makan tapai ngn susu cair kat atasnya sedap.....

    ReplyDelete
  9. Jarang jumpa tapai bungkus dgn daun ni, sedap tau.... Raya ni blik kg blhla mkn sbb tok sllu buat... Resepi dia klu xslp cuma pulut&ragi je rasanye tp org dtg bln xleh buat ti tapai warna merah....;-/

    ReplyDelete
  10. Saya suka artikel ini. Bukan resipi tapai tapi fotografinya, best!

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com