Sandwich Sardin Carrot

8:00 am


Hai selamat pagi semua... Alhamdulillah this week banyak kerja tertangguh dah siap. Ada few advertorial siap draft dan set autopublish. Then now bertungkus lumus menyiapkan projek di office dan at the same time mengejar deadline untuk siapkan buku resepi saya yang pertama. Harapnya semua berjalan lancar. 

Sandwich Sardin sahaja pagi ni tetapi buat twist sikit dengan meletakkan carrot yang diparut, cili padi yang dipotong halus untuk tambah extra kick. heheheh memang sedap makan sadnwich pedas dengan teh O suam dipagi yang sejuk. Alhamdulillah cuaca sekarang dah sedikit sejuk.

Kalau yang tak makan sardin tu bolehla digantikan dengan tuna tin. Guna tuna lebih sedap. Guna sardin lebih economy. Bagi saya tak ada perbezaan. Cuma sardin ni ada distinct flavour dia tersendiri, while tuna sometime taste quite bland bagi saya. Apa pun fokus saya kat sini cubalah masukkan atau selitkan nutrisi-nutrisi dalam setiap menu yang kita hidangkan kepada keluarga. Haaa sandwich kalau letak carrot yang diparut halus ni rasanya anak-anak tak perasan sangatkan. Maklumlah kanak-kanak kebanyakan susah nak terima sayur dalam makanan. Jadi kenalah kreatif cara nak present sayur tu selit sana sini supaya diorang tak nampak hehehe... 

DSC09558ed

Resepi Sandwich Sardin Bersama Carrot

Bahan-bahan :
Roti sandwich secukupnya (Saya suka pakai Massimo) - sapu sedikit butter
2 tin kecil sardin
1 biji carrot - diparut
3-4 biji cilipadi - potong halus - jika nak hidangkan kepada kanak-kanak boleh kecualikan
1/2 biji lemon atau 3-4 biji limau kasturi/limau nipis
1 ulas bawang besar - dicincang halus
1 biji timun - dipotong nipis

Cara-cara
Sardin dikeluarkan dari tin, dan lenyek sehingga hancur.
Gaul dengan bawang besar cincang dan panaskan sekejap atas kuali. Ini untul masak kan sardin dan bawang. Juga untuk megurangkan bau kuat sardin. Masak sekejap saja sehingga panas.
Angkat sardin dan masukkan carrot yang diparut, cili padi dan juga perahan limau. Gaul rata.
Boleh lah dilapis didalam roti dan letakkan timun yang dipotong.
Siap!

You Might Also Like

3 comments

  1. hmmm...suka makan sandwich sardin. Tahniah kak Eny sebab dapat banyak advertorial dan dapat buat satu buku resepi. saya bangga dengan Kak Eny :)

    ReplyDelete
  2. boleh tak nak cakap, kita suka tengok gambar atas tu. hahhahahhaa... cantik sangat

    ReplyDelete
  3. selalu kalau makan sandwich, kita makan dengan baby carrot hehehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com