Kebaikan Lemon Panas

10:47 am

Selamat pagi semua...

Hari ni nak share tips tentang kebaikan lemon. Ramai yang cakap lemon ni bagus, tapi tahukah kita ada caranya nak keluarkan maafaat lemon dengan lebih optimum. Bukan sekadar perah je jusnya.

Lemon memang bagus untuk system tubuh badan. Selain sangat diuretic (merangsang pengeluaran air kencing), lemon juga mempunyai agen mencegah dan mengubati kanser. Tetapi dengan syarat mestilah dipanaskan untuk mengeluarkan Lycopene yang sangat baik dan bermanfaat. Jika sekadar memerah lemon kedalam minuman yang sejuk je, kita hanya akan dapat kebaikan vitamin C sahaja.

P5263277ed

Jadi kena masak ke lemon tu?

Eh tak la. Kalau nak buat jus lemon atau lemonade, caranya ialah, perah dulu jus lemon. Simpan kulit lemon tu jangan dibuang.
Dalam bekas lain, masukkan kulit lemon yang diperah tadi bersama gula secukupnya. Tuang air panas ke dalamnya. Kacau hingga gula larut sambil menekan kulit lemon mengeluarkan lebihan jusnya. Biar seketika hingga suam suam kuku. Kemudian tapi ke dalam jus lemon yang diperah tadi dan tambah air dan ais jika suka.
Begitu juga kalau nak buat ice lemon tea, rendam teh the bersama kulit lemon dan juga gula. Biar sehingga suam. Kemudian tapis ke dalam perahan jus lemon. Masukkan ais dan siap!

Cara ini juga boleh dibuat untuk menghasilkan air detox. Lepas siap masukkan dalam botol dan sejukkan dalam peti sejuk.

Jus yang diperah tu memang tak boleh campur air panas terus sebab nanti hilang pula vitamin C. Sebab tu saya cakap sejukkan dulu sehingga suam rendaman air panas dan kulit lemon tu.

Dengan cara ini kita dapat 2 kebaikan  iaitu Lycopene dan Vitamin C.

P5263302ed

Kebaikan Lemon Panas

  1. Lemon panas membunuh sel kanser
  2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas boleh menjadi air alkaline. Air alkaline ni sesuai diminum dikala keletihan, mabuk, pening dan muntah-muntah.
  3. Air lemon panas boleh membantu melegakan tumor dan bengkak
  4. Citric acid dan C Polifenol dalam jus lemon dapat menstabilkan tekanan darah, pengaliran darah sempurna dan mengurangkan terjadi penggumpalan.
Semoga entry ni bermanfaat untuk semua!


You Might Also Like

10 comments

  1. nak cuba hari ni jugak =) Thanks

    ReplyDelete
  2. JOM JOIN SEGMEN SAYA 'FREE MOVIE TICKET BY REDBELLAS'

    http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/free-movie-ticket-giveaway-by-redbellas.html

    ReplyDelete
  3. lemon panas sedap bila minum,tp rara x suka skali dgn kulit.sbb pahit.kak eny! cantik2 sgt pic akk! suka lah!

    ReplyDelete
  4. selaku order ice lemon tea. :D

    ReplyDelete
  5. plus.. kulit lemon sebenarnya sedap =D
    cubaaa makan hehehe..

    ReplyDelete
  6. wahhh mekaseh kak eny sharing this. boleh la try nti hehe

    ReplyDelete
  7. Wife saya amalkan petua ni.
    Dan tadi, baru satu lagi petua wife guna -- campur madu pada hirisan lemon pastu sagat kat muka .. dan hasilnya .. kurang 10 minit, saya nampak beza wajah wife saya jadi lebih berseri. Cubalah.

    ReplyDelete
  8. Saya dah amalkan minum lemon suam selama 5 bulan...alhamdulillah...tekanan darah saya kembali normal

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com