Cara Mudah Setting Domain Baru Di Blog

3:40 pm

 Hai semua..

Baru-baru ni kan saya dah tukar domain dari blogspot ke dot.com. Saya menggunakan perkhidmatan dari NetKL. So far memang tak ada masalah. Ada di kalangan kawan-kawan blogger bertanya susah ke nak tukar domain ni. Dan yang paling mereka risau ialah mereka tak tahu macam mana nak settingkan domain yang dibeli supaya merge dengan blog mereka. Haaa.. jangn risau sebab kalau beli di Net KL ni mereka menawarkan service serendah RM3 sahaja untuk setting domain baru ke blog anda.

Ada juga masa beli tu mereka tak masukkan sekali service untuk setting yang RM 3 tu sebab mungkin tak tahu nak cari dimana. Masa saya tukar domain hari tu, saya terlebih dahulu email pihak Net KL dan bertanya cara setting domain baru ke blog. Pihak Net KL ada membalas email dan memberi tahu caranya dan mereka juga bagi link sekiranya kita nak masukkan caj RM3 kos setting sekali dengan kos pembelian domain. Tak rugi bertanya kan. Jadi masa beli hari tu memang sangat mudah!

Tutorial Cara Beli Domain Net KL dan Beli Service Setting Domain Blog


Pergi ke website NetKL. Pilih 'Service'




Klik ja mana mana dalam bulatan tu.. saya klik yang atas sekali.

Di ruangan category, cari "Blogging"

Kemudian akan naik pemberitahuan harga service untuk setting di blogspot. macam ni. Klik 'Order Now' Pilih yang blogspot tau. Kalau anda wordpress pilih yang wordpress.


Pilih lah yang atas sekali.. sebab kita nak beli domain kan... masukkan domain yang nak dibeli kemudian tunggu pengesahan available. Bila domain dipilih still available, click Continue.

Haa disebabkan kita nak pihak NetKL setting kan untuk kita, jadi kita haruslah percaya diorang dengan memberi email dan pasword google kita. Ini supaya mereka dapat access ke dalam setting blog kita. Lepas tu klik Add to Cart.


Jika nak pilih Id Protection, tick je kotak tu. Saya tidak pilih pun. Then klik Update Cart


Haa masa nak checkout barulah diorang minta details seperti nama penuh, addres dan no telefon. isi je. nampak tak total due ialah RM38.00. Ini ialah kos RM 35 (harga domain) dan RM3 (harga setting domain baru ke blog). Haaa masuk sekali kan senang! Pastikan RM 38 okay. Ni bahagian atas.



Ni pula bahagian bawah details. Pilih Payment Method. Nak bayar pakai online transfer atau credit card. Kalau credit car ada extra charges. Sikit ja  tak banyak. Klik complete order jika dah confirm

Jika pilih Bank Transfer, pihak Net KL akan hantar invoice kepada email anda. Ada no akaun dan no invoice. Buatlah online transfer dari bank anda ke bank NetKL macam biasa. Bila dah siap bayar, print screen resit yang tertera atau save dalam pdf file. Attached file resit tu dan email kepada pihak Net KL dengan menyatakan No Invoice sebagai subject email. Baru dia tau payment tu siapa punya kan.

Kalau bayar pakai credit card, sistem di Net KL akan request payment immediately, mcm selalu kita bayar credit card je.. jadi bersedialah dengan kad dan telefon (utk pengesahan) ditangan.

Ok simple je kan. Harap membantu semua.

You Might Also Like

6 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com