#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur

12:15 am

Salam semua.. entry ke dua #Cabaran20Hari. Tajuk untuk entry ke dua ialah Pengalaman Sahur.

Sahur ni nak tak nak kena bangun. Saya ni jenis susah nak makan sahur sebenarnya sebab waktu pagi –pagi tekak kadang rasa pahit dan tak ada selera nak makan. Nak minum air kosong waktu pagi pun kadang sampai nak termuntah dibuatnya..

Tapi kadang paksa diri juga untuk bangun sebab bersahur ni sunat kan disamping membantu kita berpuasa esok harinya. Tak lah dok bilang jam je bila lah nak berbuka...

Pengalaman sahur paling tak boleh saya lupa ialah semasa belajar di Universiti. Dulu masa di UiTM, pelajar diberi makan percuma di dewan makan kolej asrama. Jadi bila waktu sahur, dining kolej dibuka awal. Seawal pukul 3 pagi. 

Sebut pasai makanan percuma di Kolej Kediaman UiTM ni agak sinonim dengan ikan dan ayam keras kejung. huhuhu samada ikan atau ayam tu terlebih masak sampai what Gordon Ramsay said, tastes like rubber atau ianya dimasak ketika masih beku. Kerasnyaa ya amat.... memang nightmare dibuatnya. Tapi memandangkan itulah rezeki sebagai pelajar yang hanya bergantung kepada duit loan PTPTN semata-mata, maka itu lah hidangan mewah kami sehari hari. Dah terbiasa makan ayam dan ikan keras. 
P6063673ed
Contoh ayam goreng tak keras dan masih juicy didalamnya


UiTM Kampus Arau, Ramadhan tahun 2002......

             Hari tu tersangat lah letih. Siang kelas berderet dari pagi ke petang. Malam ada aktiviti kolej dan solat terawih. Tidur pun lambat. Pukul 3 pagi, roommate iaitu kakak senior kejutkan untuk bangun sahur. 

Dalam mamai-mamai saya bangun sarung sweater dan tudung. Baju (T-shirt lengan panjang dan seluar track bottom) dah pakai siap siap sebelum tidur (kahkahkahkah). Jadi tak ada istilah pakai baju tidur ke dining ye. Dulu undang-undang UiTM memang ketat. Keluar kolej tak boleh pakai sebarangan nanti makcik guard saman.

Sampai dining, kepala masih mamai, ikut je kakak senior ambik pinggan, isi nasi, beratur kat tempat lauk, tunggu makcik dining masukkan lauk. Dan... terbeliak mata tengok menu sahur pagi tu. Nasi, ayam goreng celup tepung yang besarnyaaaa. Bahagian dada saya dapat. Kuah cuma sos masam manis dan ada salad coleslaw. Beberapa biji kurma juga diberi.

Cari tempat duduk, kami pun mula makan. Saya merenung pinggan di depan. Macam mana nak makan ni. Ayam tu nampak sebesar-besar alam, rasa macam nak tercekik je. Dah la tak berapa lalu nak makan sahur ni.. Ditambah pula dengan nasi tak berkuah hanya ada sos sahaja. 

Perlahan saya gigit ayam, suap nasi, gigit ayam suap nasi.. gigit ayam gigit ayam gigit ayam gigit ayam gigit ayam ayam ayam ayam yam yam yam………

DSC09940
Ayam Jantan Gambar sekadar hiasan..
Tiba-tiba lamunan tersedar ada orang menggoncang bahu... Lah saya mimpi rupanya tadi. Ingatkan betul-betul tengah paksa diri makan ayam keras kejung di dining. Memang rasa baru habis nightmare je.

Tetapi bila toleh ke kanan ke kiri depan belakang.. eh saya memang berada di dining. Mimpi apakah ini?

Kakak senior cakap sambil menggoncang badan saya dengan kuat.

“Adik.. kenapa makan sampai tertidur? Muka dah nak masuk pinggan nasi”

Baru saya perasan dalam mulut penuh dengan  isi ayam yang saya kunyah tadi.. Ya ampunn…

Korang dapat imagine tak betapa kerasnya ayam tu sampai saya tertidur ketika mengunyah. (insert laughing crying face icon here) kahkahkahkahkah!

You Might Also Like

7 comments

  1. Hahahahaha......adeh....bila SA bayangkan...gelak kuat di subuh hari

    ReplyDelete
  2. hahahahaaa....keras kejung pon boleh makan lagiii..hihiii

    ReplyDelete
  3. hhahhaa perghhhh.keras sangat ke akk eny ayamnya? hehehe

    ReplyDelete
  4. Terbayang betapa seksanya.. huhuhu.. tapi syukur sempat jugak bersahur.. ;)

    ReplyDelete
  5. eny..biar benar...ayam keras pun eny boleh makan lagi..

    ReplyDelete
  6. ouch, memang keras sangat tu :D hehe naya lah kalau muka masuk pinggan nasi, lagi2 kalau berkuah. fuh.

    ReplyDelete
  7. bhahahaha biasa tu kalo dapat makanan keras2 time sahur..
    dulu dok hostel mrsm cenggitu la.. waktu sahur kalo jamu ikan mmg tak turun =P

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com