Buat Sos Krim Putih Sendiri Cara Mudah

Roux White Sauce / Sos Krim Putih

Sos krim putih atau term yang betul ialah Roux ialah adunan tepung yang dimasak sebagai agen pemekat. Pernah tengok kan orang masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Lebih kurang macam tu lah. Cuma roux white sauce ni adalah untuk membuat sos berkrim warna putih yang kebanyakkan digunakan secara meluas didalam masakan barat. Dari resepi asas Roux White Sauce ni kita boleh sediakan menu Spaghetti Berkrim Sos Putih, Carbonara Lasagna, Sup Krim Cendawan, Sup Krim Jagung, Sup Krim Chowder dan juga pebagai jenis sos jenis berkrim seperti Black pepper Sauce, Mushroom Sauce, dan macam-macam lagi.

P5283342ed

Sebenarnya yang dah ready mix juga ada dijual di pasaraya. Dalam bentuk sos carbonara, sos cendawan dalam tin dan sebagainya. Cuma kalau kita buat sendiri, dapat menjimatkan kos dan tak ada perasa tiruan dan dijamin halal. :)

Semuanya menggunakan resepi asas Roux White Sauce ni.
Roux

Contoh hidangan menggunakan Sos Krim Putih. Lebih sedap kalau tabur cheese atau leburkan cheese dalam kuah...
DSC01845

Tutorial Cara Buat Sos Krim Putih Homemade

Bahan-bahan :
1⁄4 cup butter
1⁄4 cup tepung gandum
1⁄4 sudu kecil garam
1⁄8 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cup susu segar atau susu UHT - ada juga pakai krim masakan. 

Cara :
Cairkan mentega didalam kuali
  Roux

Biar sehingga cair sepenuhnya
Roux

Masukkan tepung. Hati-hati jangan hangus
Roux

Kacau adunan tepung dalam butter yang cair tadi. Kacau rata.
Roux

Masukkan susu dan kacau lagi sehingga rata.
Roux

Kacau sehingga tak berbiji dan masak tepungnya. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Selepas tu boleh la digunakan untuk masak resepi yang menggunakan sos krim putih ni.
Roux

Perlu diingat, ini resepi basic. Rasanya memang rasa susu dan butter je. Kena la masak dulu resepi yang betul baru lah sedap. Nanti saya share resepi yang menggunakan roux white sauce ni ye :)

Post a Comment

13 Comments

  1. wah..menarik ni..x sabar tunggu resepi yg guna roux whits sauce tu

    ReplyDelete
  2. menarik dan boleh cuba ni...thanks eny
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  3. Oooo... guna tepung gandum je ye... boleh try ni..
    selalu guna yg dalam tin tu je... tuang dalam kuali leper -- tunggu panas -- tuang atas spagethi... hehehehehehee... *dasar pemalas nihh*

    :p

    ReplyDelete
  4. kaknoor pun tingin nak try jugak, dah lama jugak tak buat ni
    anak2 asyik minta yg bolognise saja

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum eny...wah sedapnya bleh cuba sendiri anti...;)

    ReplyDelete
  6. ohhhh senang je.ingatkan susah.kalau buat mushroom soup mcm ni jugak ke.nmpk cm pekat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saute mushroom ngan bawang besar sampai masak dan masukkan ke dlm bahan yg d atas. Jadilah mushroom soup. Jgn pekat sgt..

      Delete
  7. dulu masa memula CT try buat.. gelabah bila ada ketul2 tu.. ingatkan tak jadi.. terus buang. rupanya kena kacau dgn sabar.. tp lama dah x buat.. beli yg siap je sbb da jrg2 rajin hehehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya...dah tahu cara nak buat sos putih...senang je rupanya......tq...ye.

    ReplyDelete
  9. sedap nye saya nak buat nanti
    terima kasih info kan cara buat

    ReplyDelete
  10. Tq for the resepi... Tq

    ReplyDelete
  11. Nampak simple jer ni...Boleh la buat nanti untuk western food nanti 😊. Singgah & follow sini yer

    ReplyDelete