Ayam Sos Tiram Pandan Simple dan Ringkas

7:49 pm

Ayam sos tiram pandan. Menu ni saya makan di sebuah hidangan buffet di restoren hotel yang menyajikan makanan thai. Rasanya seperti ayam yang dibungkus dalam daun pandan tu. Cuma versi ni simple sangat. Just goreng ayam bersama daun pandan. Ayam yang diperap lama dengan sos tiram, kemudian digoreng pula bersama daun pandan, memang memikat selera. Bau je masa tengah digoreng tu dan memanggil-manggil untuk merasa. Sedapp!! Resepi ni amat simple. Yang tak reti masak pun boleh cuba! 

Jangan terkejut tengok ayam tu warna hijau. Memang sengaja letak pewarna hijau supaya ayam tu tak nampak pucat sangat. macam lauk daging merah Thai lah kan (resepi KLIK SINI) Kalau tak nak tambah pewarna pun ok je heheh..

P6053594ed P6053604ed

Resepi Ayam Sos Tiram Pandan

Bahan-bahan :
500gm si ayam - dipotong sederhana
4 ulas bawang putih - diketuk hancur
2 ulas bawang besar dibelah tebal
4-5 helai daun pandan - disimpul
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit serbuk perasa - saya pakai Maggi CukupRasa
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
4 sudu besar minyak - boleh kurang jika suka

Cara-cara :

Perap isi ayam dengan bawang putih hancur, sos tiram, serbuk perasa pewarna hijau, dan lada sulah. Perap 2-3 jam.

Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan daun pandan.

Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi

Masukkan sedikit air angaran 1/2 cawan supaya tak terlalu kering

Tutup kuali dan biar ayam masak didalamnya. Kacau sekali sekala.

Apabil masak, cedok ayam bersama bawang-bawang hancur didalamnya. Tinggalkan minyak lebihan didalam kuali.









You Might Also Like

6 comments

  1. nasib baru lepas makan..hehe by the way, sedapnya kak eny =)

    ReplyDelete
  2. lazatnya lah rupa parasnya wahai eny :)

    ReplyDelete
  3. alahai..sedapnya ! mesti wangi kan kak eny?

    ReplyDelete
  4. bestnya masak pandan kan...saya suka!

    ReplyDelete
  5. huihhh...boleh cuba nihhh...mcm sedap jer nihhh...adehh...lapar plak rasanye nihhh hehehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com