Tutorial Buat Header Blog Menggunakan Microsoft Excel

10:40 pm

Jangan tak tahu, kita boleh buat header blog sendiri menggunakan Microsoft Excel. Tak payah la susah-susah membeli software mahal seperti CS Photoshop bagai. Kebanyakan computer kita dilengkapi dengan Microsoft Excel kan. Begitu juga Software Paint. Semua computer ada. Jadi pakai dua tu je. Jadi jom belajar Tutorial Buat Header Blog Menggunakan Microsoft Excel

Sediakan gambar untuk header kita  yang bersesuaian dengan blog. Begitu juga Nama blog dan tagline blog kita. Kalau tak nak header bergambar cukup lah letak nama blog diikuti tagline atau description blog.


1.Buka satu worksheet Microsoft Excel yang kosong. Zoom out worksheet ke 30%. Kenapa perlu zoom out ke 30%, sebab kita nak create large image as possible, jadi bila kita convert ke image photo, gambar akan menjadi clear dan tak pecah.




2.Click Text Box dan Type Nama blog anda dalam kotak tu


3.Pilih Font Size yang agak besar iaitu size 200 supaya pixel gambar nanti lebih jelas dan tak pecah bila diconvert kepada format gambar.  Pilih bentuk tulisan (font type yang dikehendaki juga, boleh creative nak tulisan senget ke, besar kecik besar kecik ke)



4. Pilih juga warna font. Kalu nak warna lain lain bagi setiap huruf, highlight setiap satu huruf dan pilih warna.


5.Click di Shape Outline dan pilih No Outline supaya kotak tulisan tak ada border. Then Click No Color supaya background tulisan menjadi transparent


Ok dah siap.

6. Buat juga step yang sama untuk Tagline / Description blog. Saya punya Cooking & Photography

7. Insert satu lagi text box besar di bawah. Text box ni akan menjadi background header kita.

8. Set kan background nak warna apa.. saya pilih putih saja.....

9. Insert gambar yang kita nak letak. Click insert photo dan pilih gambar dari file album gambar. Bila gambar dah masukkan, move gambar supaya masuk ke dalam kotak background. Ikut suka nak letak tengah, tepi dan sebagainya.. Adjust juga size gambar mengikut kesesuaian...

10. Lepas tu, copy text box yang kita buat tadi.....

11. Paste Special di luar kotak background.

12. Bila paste special, akan keluar option ni... means kita akan convert text box kepada image.  Pilih paste as PNG sebab PNG ni pixel dia clear ...

13. Ok dah siap, kotak text box tadi dah jadi satu image. Bila dah jadi image, kita tk boleh edit dah words dalam tu... tapi senang bg kita nak adjust size.. macam adjust size gambar je... mudah nak buat kerja..

14. Buat juga step yang sama untuk word tagline / description blog

15. Then bila dan kedua word tadi dah convert menjadi image, move  ke dalam kotak background bergambar tadi..... letak la atas bawah tepi ikut kreativiti masing-masing. Kalau tulisan berada di belakang gambar dan bertindih, right click dan pilih Bring to Front. 

16. Adjust la pula size image tulisan tadi supaya sesuai dengan gambar. Nak kecik ke besar terpulang....

17. Ok bila dah rasa dah cun... dari segi size gambar tulisan tu... select all image.. caranya click satu image, click CTRL dan hold, kemudian click lagi image yg lain termasuk lah kotak background. Make sure semua image kita select. kemudian copy semua image tadi...

18. Buka sheet baru... kali ni biarkan keadaan asal.. view pada 100%

19. Paste special image kita copy tadi... di sheet baru ini...

20. sekali lagi pilih format PNG

21. Haaaa besarkan gambar yang kita paste tu.. takpe.. jgn risau.. pada masa ni.. background+gambar+tulisan nama blog +tulisan tagline akan bersatu menjadi SATU IMAGE.

22. Kemudian buka blog dan ukur width blog menggunakan PIXEL RULER. Boleh download software Pixel Ruler di SINI.. tgk berapa panjang blog kita tu....

23. Dan juga ketinggian (height) yang kita nak utk header.. Pixel ruler tu kita boleh rotate..

24. Dah dapat ukuran.. bawa Pixel Ruler ke dalam excel yang kita draf tadi... haa adjust la gambar ikut size ukuran yg kita dapat tadi.... Boleh pakai function Crop image untuk crop image untuk buang lebihan background dan border kotak background. Kemudian adjust size accordingly...

25. Dah trim dan crop cun cun macam ni.. serta size pun dah sama dgn width blog... boleh lah copy....

26. Buka Software Paint. Cari di bahagian Accesories di All Programes.

27. Adjust kotak layout menajdi kecil

28. Sampai jadi sekecil ni....

29. Click PASTE...

30. Gambar tadi akan dipaste dan save as PNG format. Nak pilih JPEG pun boleh. tapi PNG lebih clear.

31. Dah siap satu gambar header... boleh la upload di bahagian header blog kita.

Selain header, cara yang sama juga kita boleh buat untuk Header Page, Name Card, banner ads, design logo, design watermark dan macam-macam lagi.

Selamat mencuba :)

You Might Also Like

19 comments

  1. good kak enyy..thankss for the info :) :)

    ReplyDelete
  2. menarikk.. rasa macam gatal tangan nak try pulak

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee tapi kalau ada CS photoshop lagi senang kann ;p

    ReplyDelete
  4. wahhhhh....bagus nihh...wat tutorial utk water mark lak pehni eny.....hehhehehehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih ata perkongsian ilmu k.eny...

    ReplyDelete
  6. gigihnyaaaaaaaaaaaaa........ logo EA k.eny macam logo EA Sports plak...hehehe

    ReplyDelete
  7. Thanks for the tuto kak Eny. Lama dah Sha tunggu tuto ni, hehe :)

    ReplyDelete
  8. lengkap tuto nya. mimin dah biasa pakai PS dgn Ai. hihi

    ReplyDelete
  9. nice... saya lebih suka pakai photoshop. saya x pernah pakai excel selama ni. hehe. melainkan hal kerja sahaja.

    ReplyDelete
  10. wahh..eny buat sendiri laa ni ekk..kreatif tuuu.. tak terfikir pon..header asal pon memg buat sendiri cincai boncaiii..hehehe

    ReplyDelete
  11. mak oiii gigih ni...SA kena tgok dan belajar slow2...kekangan masa kat pejabat memang sgt2 mencemburui beta....dari hp x leh nak belajar la...izinkan SA rujuk kat sini ye

    ReplyDelete
  12. ha tudia guna excell pun boleh buat header cun gila bila dpt kat org terer mcm kak eny :)

    ReplyDelete
  13. wah kak eny, trima kasih! nanti aina cuba bt ya. ^_^

    ReplyDelete
  14. Suke sgt tutorial ni.. simple & easy. Kebetulan mmg tgh plan nak do something dgn header blog sy Alhamdulillah dah berjaya! Tq eny.. :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com