Tips Photography | Mode Landscape pada Camera | Sungai Kinta, Batu Gajah, Perak

9:00 pm

Pemandangan Indah di sekitar Batu Gajah berhampiran Sungai Kinta. Batu Gajah memang terkenal dengan tinggalan bekas lombong bijih timah. Lombong tersebut kini menjadi aset utama di kawasan Batu Gajah yang pesat membangun sebagai penyedap mata. Memang cantik dan nyaman kalau berada di tepi lombong yang nampak seperti tasik kebiruan yang warna dari langit.

Ok kalau kita perasan di camera digital (compact dan DSLR) atau camera handphone akan ada setting untuk Mode Pemandangan (Landscape) yang ada simbol bukit tu. Kenapa perlu ada mode ini?

P5042701ed


Ini kerana pada mode Landscape ini, camera telah di set kan bukaan aperture (f) yang kecil supaya dapat memberi imej yang jelas dari depan kita sehingga dihujung pandangan kita. Contoh gambar dibawah, gambar rumput di depan lens jelas begitu juga gambar awan dan pokok-pokok di seberang tasik. 
P5042715ed

Selain itu, pada mode Landscape juga, camera telah disetkan supaya memberi filter atau shade kepada langit dan dapat menyerlahkan birunya.
P5042699ed

Jadi lepas ni rajin-rajinlah explore mode dan setting camera di handphone dan camera digital anda. Jangan ingat pakai DSLR je gambar boleh cantik. Kalau kita pandai dan rajin mencuba, camera biasa pun sangat berguna! :)

You Might Also Like

3 comments

  1. Haah la ...canyik sgt2...oo mcm tu eh..nanti SA cuba godek

    ReplyDelete
  2. haah perasan jugak kat cmpact camera ada logo bukit tu. owhh rupanya itu tujuan die ye. nti nk try lah hehe

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni Eny..
    selalu guna mode : beauty face je... hahahahahhaa... :p

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com