Review Blog Aku Penghibur | Blogger Down To Earth Yang Saya Kagumi...

3:06 pm

Review Blog Aku Penghibur

294248_2023869478619_992435681_n2


Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

acik 2

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'


10290703_929771427042852_3483968005769562130_n


Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

10452357_919398444746817_575833740708791730_n


Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Pemenang Best Lifestyle Blog 2015 di Scoial Media Week 2015 (rujuk entry SINI) ini sejujurnya ialah blogger yang saya kagumi. Sangat humble, dan down to earth, tidak mengira blogger otai, baru dan lama, Acik tidak pernah meletakkan status sebagai blogger terbaik dan terkenal sebagai jurang pemisah diantaranya. Sebab sebelum Acik join EFG, Acik dah terlebih dahulu follow dan tinggalkan komen di blog picisan ku ini... hehehe..

1920607_838231782858812_167974365_n


Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Semua entry Acik di blognya sangat menarik. Banyak kisah-kisah kemasyarakatan, kisah benar, kisah hidup acik dan orang-orang disekelilingnya.

Just nak share satu penulisan Acik yang menarik dicopy dari blognya...
-------------------------------------------------------------------------------------

Tomboy Itu Isteri Saya Yang Istimewa

Written by : Acik Published on : 21 Dec 2013 @ www.akupenghibur.com





Assalamualaikum


Hari ini excited untuk berkongsi cerita kepada kamu semua, petang semalam tak ada kelas di batalkan. Di Shah Alam di hiasi hujan yang menjadi peneman waktu petang. Fikir sedap ini kalau tidur, baru sahaja nak lelapkan mata tiba-tiba telefon berdering dengan kuat, terkejut di buatnya. Lihat di screen phone Zack call apa hal pula ? bila teringat dia di fikiran terlintas wajah dan perilakunya yang kasar. Bila acik jawab telefon itu terkejut bukan kepalang " Assalamualaikum acik, ini Zubaidah boleh jumpa tak, aku datang Shah Alam.



Cepat-cepat acik bingkas bangun dan bersiap untuk berjumpa dengan rakan lama yang menyepi dan datang kembali. Setibanya di tempat kejadian, acik mencari mana perempuan yang berwatakan lelaki ? ehh tak ada tapi kelihatan seorang perempuan melambai-lambai dan menghampiri acik.



Zu : Assalamualaikum acik, lama tak jumpa kau, apa khabar ?

Acik : Walaikumusalam ...... (terkedu setika) ini zack ke ?

Zu : Ishh itu dulu acik, sekarang aku bukan lagi zack, aku zubaidah. Aku dah insaf.
Acik : Alhamdulilah, subhanaAllah Allahuakbar aku sangat suka tengok perubahan kau ini, Terkedu aku di buatnya bila dah nampak kau seperti ini.
Zu : Setiap manusia ada peluang untuk berubah cik, begitu juga aku, aku mahu berubah dan aku lakukan berubahan ini kerana Allah.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang mendokong bayi menghampiri kami.

Awak ini ah, anak awak nie tak nak dengan saya ,asyik nak mama dia aja. Keadaan itu buatkan acik bingung seketika .

Zu: Ishh jangan buat muka terkejut kau tulah, ini amir suami aku .
Amir : Ohh ini acik yang Si Zu asyik cerita itu, hai saya amir
Acik : Ermm Saya Acik.
Amir : Kami jalan-jalan ke Kuala Lumpur , itu bila Zu kata rindu nak jumpa acik, itu saya bawa datang ke sini.Zu banyak cerita tentang acik, dia kata yang banyak bagi kata semangat, beri dia kekuatan saat orang lain hina dan kutuk dia adalah acik.
Acik : ehh x delah amir, saya buat apa yang termampu sahaja, itulah tugas saya sebagai seorang kawan.
Zu : Terima kasih sangat acik
Acik : Zack bila kau kawin ? dah ada anak baru nak jumpa ?
Zu : Sorry acik, dah lama dah aku kawin, yelah kita pun dah lama tak jumpa, aku pula mana ada facebook macam orang lain. 
Acik : Ehh tak pe, zack minta maaf nak tanya macam mane boleh berubah 100 % dari yang dulu ?

Zu : Kenapa terkejut sebab dulu tomboy ? hahhaha itulah kalau Allah berkehendak, siapa pun tak boleh larang. Aku dulu memang tomboy , gaya semua ala lelaki, kawan-kawan semua dengan lelaki. Aku rasa aku lelaki, ramai orang duk kutuk dan hina aku. Hati aku tak tenang, fitrahnya aku juga seorang perempuan. Dalam hati yang paling dalam sebenarnya aku juga nak seperti yang lain, aku jadi tomboy bukan kerana kemahuan aku tetapi aku nak tunjukkan aku bukan seorang yang lemah . Sejak kau selalu kata setiap manusia boleh berubah yang penting kita berusaha, aku cuba ke arah perubahan itu. Ingat tak dulu kita pernah pergi kem hijrah dan kau jadi fasilitator ? di situlah mulanya perubahan aku. Aku tak boleh lawan fitrah aku sebagai seorang perempuan. Aku rasa aku jauh dari Allah, aku mula berubah dari penampilan dan perlahan-lahan aku berubah untuk segalanya.


Amir : Perubahannya itulah yang saya terpikat dengannya, walaupun berwatakkannya ganas dan seperti lelaki tetapi dia sebenarnya lembut dan hatinya sangat baik. 


Zu : Ishh abang nie malu saya, yang banyak menolong perubahan hidup aku nie aku dia ( menunjuk ke arah amir ) sebab aku kenal dia masa di UPM. Dia yang banyak mengajak aku untuk berubah, dulu kami kawan baik, walaupun dulu perwatakan aku masih seperti lelaki tetapi dia tak pernah anggap aku seperti lelaki malah dia layan aku seperti seorang perempuan , dia menjaga adab antara kami. Dia pernah cakap kalau aku benar-benar berubah jadi perempuan dialah orang melamar aku jadi isteri dia.


Amir : Saya tahu setiap orang itu pasti ada cerita hidupnya sendiri, kita haruslah memberi peluang kepada orang lain, sekali, dua kali mahupun berkali-kali sebab Allah sendiri tak pernah berkira dalam memberi peluang kepada kita. Kita tak akan mengubah nasib kita jika kita tak mengubahnya sendiri. Keluarga boleh terima dia seadanya .


Zu : Sebenarnya jadi diri sendiri itu lebih baik, walaupun penat kena belajar memasak, mengemas rumah dan uruskan anak-anak tetapi hati ini rasa tenang. Aku berubah ini kerana Allah dan Dia hantar seorang lelaki untuk membimbing aku untuk di dunia dan di akhirat.


Amir : Saya terima dia seadanya , setiap manusia ada masa silamnya, saya tak kisah sama sekali. Tomboy itu isteri saya. Saya sayang dia dan terima dia seadanya. Terima kasih kerana Allah pertemukan saya dan dia.


Itulah kebesaran Allah, acik suka melihat perubahan kawan acik seorang ini ,alhamdulilah dah labuh tudungnya. Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup kita atau kita mengubah hidup dia ke arah yang lebih baik . Dia tahu yang terbaik dalam hidup kita. 

-------------------------------------------------------------------------------------
Macammanaa? haa tu baru satu entry menarik, banyak lagi yang menarik di blog Acik yang boleh memberi motivasi, panduan dan perangsang!

Harapan Kak Eny untuk Acik, semoga Acik akan terus maju dalam bidang diceburi, berjaya mencapai cita-cita Acik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan bahagia bersama ibu dan keluarga tersayang. Dan tak lupa juga semoga mendapat jodoh yang terbaik!

You Might Also Like

14 comments

  1. Kalau g blog Acik mmg tak puas la membaca..byk sangat entri menarik kat situ

    ReplyDelete
  2. First time Along baca entry tu... Nampak sangat along jarang explore entry2 Acik.. Menarik sangat-sangat..... Tq Kak Eny sebab Share

    ReplyDelete
  3. sedap entri tu..memberi hiburan dan teladan

    ReplyDelete
  4. kalau ke blog acik, selalu tersasar..lupa jalan pulang :)

    ReplyDelete
  5. wahhh siap ada entri contoh.. mmg daebak !!

    ReplyDelete
  6. saya pun kagumi juga aku penghibur.com

    ReplyDelete
  7. entry2 blog acik mmg byk kisah2 menarik hehe

    ReplyDelete
  8. perrggghhh... panjang entry Eny.. gambar pun banyak..
    terbaiiiikkk Acik....!! :)

    ReplyDelete
  9. terbaikk EFG..review yang best eny..

    ReplyDelete
  10. acikk memang best. seronok kenal dengan famous blogger ni. memang down to earth

    ReplyDelete
  11. saya klik2 sume nuff2 kak Eny :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com