Rendang Sotong Sumbat

12:10 pm

Rendang sotong ni adaptasi dari Resepi Rendang Kerang Chef Wan dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan. Memang sedap rasanya sebab rendang ni lain dari rendang biasa saya buat sebab dimasukkan daun limau purut. Rasa gandingan sotong dan limau purut tu memang sesuai sangat. Sebab tu lah agaknya Chef Wan gunakan limau purut dalam kebanyak rendang seafood beliau. Saya gantikan sotong sebab itu je yang jumpa di Pasar Ikan Kuala Kedah. Sotongnya fresh. Sotong tu ialah sotong arus iaitu sotong yang seakan akan sotong katak tetapi isinya tebal dan lembut je. 

Dalam sotong tu sumbat je dengan telur yang dipukul dicampur sebiji tauhu lembut yang dihancurkan. Senang sangat. Rasa pun sedap. 

P5233118ed

Ok masak rendang ni memang la ambil masa lama sikit kan supaya kuah tu benar-benar kering. Ini pulak rendang sotong yang pastinya banyak air yang keluar. Jadi caranya, bila kuah dah pekat dan mesra dan dah masuk santan, masukkan pula sotong masak seketika hingga sotong masak, lepas tu angkat sotong ke dalam pinggan. Teruskan masak kuah sehingga betul-betul pekat. Dah pekat masukkan balik sotong. Ni supaya sotong tak overcooked dan keras.
P5233138ed

Telur tu kena goreng sedikit macam scramble egg, tapi jangan terlalu masak, biar sedikit cair-cair je. Nanti dah sumbat dalam sotong telur tu elok je kerasnya.
P5233128ed

Saya derhaka sedikit resepi ni dengan tambah sedikit serbuk ketubar, serbuk jintan putih dan jintan manis memandangkan serbuk tu dah lama beli tapi tak diguna.. sedap juga hehehe.... Sedap dimakan bersama nasi minyak atau pulut kuning!
P5233111ed

Sotong Sumbat Telur

Bahan-bahan :
1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara :
Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.

Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Resepi Rendang Sotong Sumbat

Bahan-bahan :
4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
2 helai daun limau purtu
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
4 sudu makan minyak masak
3 keping asam keping
Garam dan gula secuup rasa

Bahan kisar sebagai pes rempah :
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Saya tambah (tak ada dalam resepi) :
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara :

Kisar bahan kisar sehingga sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.

Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.

Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.

Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.

Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Bila nak hidang, baru potong sotong tu.

Ini yang dimasak semasa untuk lauk pengantin adik ipar tahun lepas. Besar sotongnya!!


Ini lah sotong arus. Rupa seakan-akan sotong katak tetapi bukan ya. Isinya tebal tetapi lembut. Memang sedap!
    Nasi Lemak sotong

You Might Also Like

11 comments

  1. Sedapnya.. Kalaulah ada orang tolong masakkan mesti lg sedap.. :)

    ReplyDelete
  2. semalam lps saya tengok gambar sotong ni, terus saya pi kedai order sotong bakar.tu je saya nak bgtahu

    ReplyDelete
  3. sangat menggoda lidah mba makanannya :G

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok stong sumbat!!! tapi rendang tu la... berkurun sikit kan. nak sangat try wat rendang

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum eny,,,boleh cuba resepi ni nanti...:)

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. terliurlah! hee

    ReplyDelete
  7. wuhuhuhu...nampak sedapnye eny..mentibe teringin nak makannn sotong sumbat..kena request kat hubby ni masakkan..

    ReplyDelete
  8. Selalu nampak sotong ni kat pasar..tp x pernah plak rasa nk beli....nanti nak buat la....

    ReplyDelete
  9. gambar sotong pon cantikkk~ pengsannn~

    ReplyDelete
  10. okay okayyy okayyy nampak sedap.tak pernah rasa lagii.first time jumpaaaa. first time baca.first timeeeeeeeee grrr hahaha sedap lah nmpk!

    ReplyDelete
  11. time -time pose teliuk nengok gambo sotong sumbat

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com