Kari Thai Ikan Tilapia

12:00 pm

Kari Thai

Kari Thai atau ada yang panggil Gulai lemak siam ni bukanlah seperti kari yang biasa kita makan. Rasanya seakan akan masak lemak cuma aromanya harum sebab pengunnaan serai, lengkuas dan daun limau purut didalamnya. Kalau di Kedah ni banyak restoren siam dan dalam banyak-banyak menu ada Thai Curry yang dimasak dengan kepingan isi ayam, udang dan sotong dan juga isi ikan (fillet). Ada juga jenis Thai Green Curry. Sebenarnya rasa keduanya sama je, yang berbeza Thai Green Curry diletakkan cili hijau muda dan tak letak kunyit. Jadi warnanya kelabu kehijauan sikit. 
P5223073ed

Memang sedap sebab harum bau rempah dan lemak kuah tu..Untuk kari thai ni ni saya pakai ikan tilapia bersama terung dan tauhu kembung yang digoreng terlebih dahulu.  Boleh juga letak kacang panjang jika suka.
P5223053ed

P5223069ed

Resepi Kari Thai Ikan Tilapia

Bahan-bahan :
1-2 ekor ikan tilapia
4-5 ketul tauhu kembung
2 biji terung - dibelah 2 dan potong
3 asam keping
400ml santan
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 helai daun limau purut

Pes Rempah (dicampur sedikit air dan gaul) :
1 sudu besar rempah gulai udang/ketam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
10 biji cili api - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih
3-4 batang daun ketumbar - kalau tak suka tak payah letak
Sedikit minyak

Cara :
Panaskan minyak dan goreng terung dan tauhu kembung berasingan. Angkat dan ketepikan

Menggunakan minyak yang sama (anggaran 3 sudu besar sahaja), tumis bahan kisar bersama pes rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga garing dan wangi.

Masukkan santan, serai, daun limau purut dan lengkuas, didihkan. Kemudian masukkan ikan dan asam keping. Masak lagi sehingga ikan masak.

Akhir sekali masukkan tauhu goreng dan terung goreng tadi.

You Might Also Like

5 comments

  1. hurmmmmm, nasi putih + kicap! sedap!

    ReplyDelete
  2. adduuusss.. sedap Nye.. terliur air liur meleleh-leleh tengok gambar ni

    ReplyDelete
  3. Eny....memang lapoo la bila jengah blog ni....keep it up!!
    #clickclicnuffnang

    ReplyDelete
  4. alahai...terliur dah...kalau SA dapat ni memang 2-3 kali tambah nasi...hancus diet

    ReplyDelete
  5. ya Allah sedapnya lahaii!grrrr hahahaha

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com