Ikan Jelawat Masak Tomyam Resepi Chef Wan

12:13 pm

Selamat tengahari semua dan selamat berkerja.. Semalam hujan, alhamdulillah sejuk sikit kan. 2 hari lepas ke Kuala Kedah membeli ikan segar, kemudian singgah di pasaraya, terjumpa ikan jelawat segar pula. 

Ikan Jelawat

Ikan jelawat ialah spesis ikan air tawar yang selalu hidup di lombong, kolam atau tasik. Ikan ini ada dipanggil ikan sultan sebab dahulu kala hanya dimakan golongan diraja. Ikan ini sekarang telah dikormersialkan dan dibela jadi harganya sekarang adalah harga mampu milik. Tak la semahal dulu.

Tak pernah masak ikan jelawat sebenarnya. Tetapi hari tu ternampak resepi ikan jelawat di dalam buku 400 Resepi Chef Wan, terus lah sambar seekor heheh.. 

Nampak macam kari ikan atau asam pedas.. haaa tapi ni bukan kari atau asam pedas... ini lah ikan jelawat masak tomyam, macam gabungan antara kari dan tomyam, diletakkan santan didalamnya.. memang sedap kan...
P5182944ed

Resepi Ikan Jelawat Masak Tomyam ni menggunakan rempah kari tomyam thai. Tetapi jangan risau kalau susah nak cari, cuma gunakan pes tomyam biasa yang dalam botol tu dan campurkan serbuk kari ikan. Resepi ni juga tak perlu susah-susah nak sediakan bawang sebab pes tomyam tu dah cukup dengan ramuan didalamnya. Saya cuma tambahkan sedikit lengkus yang dipotong nipis dan daun ketumbar untuk mewangikan kuah.
P5182949ed

P5182912ed
Rasanya macam masak lemak dan kari, sedikit masam dan pedas manis, ditambah dengan kaharuman tomyam, daun limau purut, bunga kantan... Pasti peminat tomyam dan makanan thai akan menyukai resepi ni.
P5182919ed

Resepi Jelawat Masak Tomyam

Resepi Asal oleh Chef Wan dari Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan


Bahan-bahan :
1 ekor ikan jelawat - saya pakai yang beratnya hampir 800gm
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan pes rempah tomyam - saya guna 3 sudu pes tomyam instant dalam botol + 1 sudu besar rempah kari ikan
125 mlm santan - sebab ikan besar saya pakai 250 ml
125 ml air - saya pakai 250 ml
2-3 biji tomato dibelah
5 biji cilipadi
1 kuntum bunga kantan
1 biji limau nipis diperah jusnya
2 helai daun limau purut 
2 biji terung bulat, dipotong empat - saya tak pakai
4 biji bendi - saya tak pakai
Lengkuas muda dihiris nipis - saya tambah
Daun ketumbar - saya tambah

Penyediaan :
1. Panaskan minyak, goreng sekejap terung dan bendi. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan semula minyak, dan tumis rempah tomyam sehingga naik bau
3. Masukkan hirisan lengkuas, daun limau purut air dan santan kacau hingga mendidih
4. Masukkan bendi dan terung. Masukkan juga cili padi, bunga kantan. Rasakan garam dan gula. Sedap jika sedikit manis macam tomyam
5. Masukkan ikan dan masak selama 10 minit.
6. Masukkan jus limau dan tutup api

You Might Also Like

11 comments

  1. terliuq ...waaaa...sedapppp nyaaa !!!

    ReplyDelete
  2. fuhhh...!! fuhhh...!! telan air liur je ni..
    cepat laaahhh Maghrib... nak buka puasa dgn ikan jelawat....!! hahahahahaa... :p

    ReplyDelete
  3. fuhh ! menitik air liur. hahaha follow #365

    ReplyDelete
  4. peh!nasib baiklah tunjuk gambar je..hahaha

    ReplyDelete
  5. fuh..1st time dengar ikan masak tom yam.. ke memang jakun.. hhuhuhuhu.. nak try jugakk..tp okey ke rasa ikan tuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada tomyam ikan tetapi selalunya isi ikan fillet. ini lebih kepada rasa kari dan masak lemak la....

      Delete
  6. assalamualaikum eny...mmg terbaikkk...;)

    ReplyDelete
  7. awat la sedap bangat ni.. heheheee.. terliuq cheq :)

    kak eny jom join.. http://ridmasrm.blogspot.com/2015/05/tangkap-gambar-like-post-dan-share.html

    done follow fbpages, blog... :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak eny.. teringin nak makan...

    ReplyDelete
  9. MAcam pernah makan.. tetapi di mana ya?

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com