Gulai Tulang Tumis Darat Bersama Rebung

11:57 pm

Hai semua,

Baru je balik dari Ipoh, habiskan masa dengan suami kat rumah mak mentua. Alhamdulillah walaupun sedikit penat dari travelling dengan jalan jam dan masak-masak di sana, tapi refresh la sikit kepala otak ni hehehe.

Ok resepi ni masak di rumah mak mentua hari tu, Gulai Tulang Tumis Darat Bersama Rebung.

Gulai-tulang-rebung

Resepi ni pun saya main cipta asal boleh je hahaha sebab mak mentua request suruh masak gulai tulang. Tak pernah pernah masak pun sebenarnya hehehe... Nasib baik lah jadi jugak :p



P5022629ed

Tumis darat ni ialah cara tumis di akhir proses memasak. Berbeza dengan cara tumis yang biasa, iaitu di awal proses memasak, tumis darat ni bawang ditumis apabila masakan telah masa sepenuhnya. Lepas tumis tu terus tutup periuk dan biarkan aroma bawang goreng meresap ke dalam masakan.

Selepas di tumis darat. Nampak bawang tumis tu cantik je kan.
P5022633ed

P5022641ed

Resepi Gulai Tulang Tumis Darat Bersama Rebung

Resepi asal : Eny Abdullah

Bahan-bahan :
Tulang lembu bahagian rusuk secukupnya direbus sehingga empuk
Rebung - direbus lebut dan dipotong nipis
1 bungkus kecil rempah daging
1 1/2 senduk cili kering kisar
4 mangkuk santan pekat
1 Daun kari
3 batang serai - diketuk
Sedikit minyak untuk tumis darat
1/2 cawan air asam jawa - yang cair je ta pekat

Bahan ditumbuk :
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan dipotong nipis :
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara- cara :

Masukkan rempah, cili kering, tulang bersama air rebusan, dan bawang tumbuk. Rebus seketika supaya rempah dan cili masak elok dan rasa rempah meresap ke dalam tulang.

Masukkan rebung. Masak lagi seketika.

Masukkan santan, air asam jawa, garam dan gula gula. Biarkan mendidih sambil dikacau supaya tak pecah minyak. Tutup api.

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, dan daun kari sehingga perang. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk gulai. Masukkan juga sedikit je minyak bahan tumisan jika suka. Tutup periuk supaya bau bahan tumisan meresap kedalam gulai.



You Might Also Like

12 comments

  1. gulai tumis darat memang sedap eny

    ReplyDelete
  2. menarik resepi ni...arwah opah pernah ajar gulai ikan masin tumis darat...memang top top meletop!

    ReplyDelete
  3. Aduiyaii...bila kari jer leh wat sy lapar heheheeh

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah! Tak sanggup nak tengok masa tengah lapar ni. Hahaha! Nice new header Kak Eny! :)

    ReplyDelete
  5. hai kak eny! *lambai-lambai* maap la lama ana x dpt nk ziarah T___T
    sekali mai tengok2 tudia header dah baru. resepi2 makin mencabar iman. haduiyai =P

    rindu kak eny! :)

    ReplyDelete
  6. daging tu nampak best. tapi bab rebung saya failed....

    ReplyDelete
  7. jangan lupa bila kak eny masak,,pos kat syira skali ehh..hihihi

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com