Gulai Pucuk Ubi Ikan Masin

11:52 am

Inilah masakan kampung yang simple dan sedap. Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Ikan Masin. Memang sedap gandingan pucuk ubi dan ikan talang masin dibuat masak lemak atau gulai.

Pucuk ubi tu macam biasa dapat dari rumah Mak Mentua. Lepas cuci bersih, saya simpulkan dan rebus sehingga lembut dan empuk. Toskan air dan perah sedikit, ini supaya kuah gulai tak berair sangat. Kemudian barulah di buat gulai. Ikan tu pula ikan talang masin Tanjung Dawai. 

P5082757ed


P5082745ed



Resepi Gulai Pucuk Ubi Ikan Masin

Resepi Oleh : Eny Abdullah

Bahan-bahan :
Pucuk Ubi secukupnya. Disimpul dan direbus empuk. Kemudian di tos dan perah sedikit airnya.
3 ketul ikan talang masin dan tulangnya.
2 cawan santan pekat
1 sudu besar cili kering rebus kisar - boleh juga gantikan dengan cili padi kalau nak pedas
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 batang serai - diketuk
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara- cara :

Masukkan bawang tumbuk, cili kisar, serai dan air. Didihkan seketika. Masukkan ikan masin. Masak seketika.

Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika santan terlalu pekat. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.

Bila hampir mendidih, masukkan pucuk ubi.

Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Siap!


You Might Also Like

4 comments

  1. Eny...masuk sini terus lapar...

    ReplyDelete
  2. amboii....sedap nyer...itu hari makan pucuk ubi rebus jer...

    ReplyDelete
  3. terus lapar bila nengok gambar adehhhh....

    ReplyDelete
  4. melelh ayaq lioq ohoiiii kak eny :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com