Mee Goreng Berasap!!

/
23 Comments
9:30 am
2-3 malam ni hujan dengan lebatnya. Alhamdulillah sejuk sikit bumi Jitra ni. Pagi-pagi masih terasa kesejukannya. Dari semalam lagi berkesempatan keluar beli belah barang dapur. Terasa sedikit kenaikan harga barang agak mendadak. Selalu bila kita beli barang roughly boleh agak how much this dan that, dan selalunya boleh dapat agak total berapa. Semalam ada perubahan sikit. Hmm.. nak tak nak hidup kena makan, harga naik pun hidup kena diteruskan juga... lagipun tujuan hidup ni bukan makan sahaja kan, nak dapat kan keredhaan Allah tu yang lebih penting. Jadi jimat lah apa yang boleh kita jimat. Beli mana yang patut, sedap tak sedap belakang kira, janji ada makanan terhidang atas meja heehe..

P4051928ed

Pagi yang sejuk sedap makan panas-panas mee goreng yang berasap ni hehehe. Mee goreng simple je letak daging, telur dan sayur dan tauhu goreng. Resepi pun campak-campak je hehehe..

P4051932ed

P4051941ed

Resepi Mee Goreng 

2 bungkus mee kuning - cuci dari minyak dan kapur dengan air biasa. toskan
3-4 sudu besar cili kering rebus yang dikisar - nak pedas boleh tambah
4 ulas bwang merah - dihiris
4 ulas bawang putih diketuk hancur
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
Kicap secukupnya
Isi ayam, daging atau udang (ikut suka)
2 biji telur
2 keping tauhu - potong kecik
3 keping tauhu  - potong memanjang besar - selepas dipotong digoreng sekejap sehingga agak garing
Sayur - sawi, kobis atau apa sahaja jenis sayur
Sedikit minyak untuk tumis

Cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu.

Masukkan isi ayam, daging atau udang. Masukkan sekali semua jenis sos dan juga tauhu yang dipotong kecil. Tauhu tu biar hancur-hancur sedikit baru sedap.

Pecahkan telur tepi kuali dan kacau rata

Masukkan mee dan sedikit je air untuk melembutkan mee supaya cepat masak, Tuang kicap secukupnya. Tambah garam jika perlu. Saya suka letak air tu lebih sikit supaya mee goreng tu basah je hehe..

Masukkan sayuran dan tauhu goreng. Kacau rata. Tutup api dan siap!








You may also like

23 comments:

Inani Hazwani said...

sedapnyaaaa :D

ewento marcello said...

komen spam detected............ k.eny, lapaq!!! jahat

Nurul Shahira said...

Simple pun nampak sedap! Lapaaqqqq T_T

khaty aiman said...

eny..dok layoq ngan mee goreng yang sedappp tue..

Zaidalifah Hussin said...

Eny... berasap tu.... meleleh air liuq bonde... tapi dah lap ngan tisu... he he he
Nak tya...ambil pic guna camera canggih ka?

Sidratul Muntaha said...

meleleh air liur..
ya Allah
sedapnya nengok

Nilam syapina said...

Perghhh berasap betul dah tu.... Sodapppp tuu

Deanna Morni said...

huihh...berasap tuhh....laparnyerrrrrr....huhuhuuh

DRAMATIC UNIQ said...

letak telur tu yang buat sedap tuuu... hihihihii... :)

lia ummiirfan said...

mee goreng letak daging dan tauhu emmang sedapp! :))

shamiera osment said...

kita suka effect asap tu..nice!

laman blog saya said...

sedapnya mi goreng berasap :-)

Yan Ty said...

Alahaiii.... sedapnya laaa... rindu mak masakkan.. hihi

Ezwan Amrin said...

wah sedapnya... terus perut bunyi tgok gambar ni, kena lg time2 dekat lunch ni,..haha

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eny,
wow
berasap2 uols nyer mee :)

Nabila Syifa said...

lapor pulak i tengok mee ni.. gulp!

sayidah napisah said...

background hitam .seram hahaha. nasib baik kc tak suka sgt mee :p

Mayang ABDUL RAZAK said...

wahh mmg berasap ni

Bagus Mahfudin said...

nak makan juga.... Suka masak keuh nizar?

Anizz Annisa said...

waduhhh kak eny.... tergugat betul tengoknye... berasap lagi tuuu..adoiiii...sedappp...

Cikgu Norazimah said...

Pergh! Real berasap

Amanda Suria said...

Minggu ni tak balik seremban boleh la SA masak mee goreng utk sarapan...

Siti Aisya Ibrahim said...

**telan air liur

nampak sedap sgt2..... jeles :D