Karipap Inti Telur Hancur

10:38 am


 Nak cari karipap  memang senang, merata ada jual. Tapi nak cari karipap yang menepati citarasa ni susah. Tak sesedap karipap yang dibuat sendiri. Sebab utama, karipap  sedap jika makan panas-panas. Kalau dh sejuk tu memang tak berapa sedap. Apa lagi kalau beli di gerai dah digoreng lama. Renyah juga la nak membuat karipap ni tapi sekali sekala nak merasa karipap fresh panas-panas apa salahnya susah sedikit hehehe.

Pernah dengar ke karipap telur hancur? Kalau di Kedah sini banyak dijual di gerai. Selain penyediaan inti yang mudah, karipap ni kanak-kanak sangat suka sebab tak pedas.  Kalau untuk orang dewaasa boleh tambah cili padi potong, perghhh memang sedap!

Dah malas nak buat inti kentang, mana nak kupas kentang, potong kecik-kecik lagi.. jadilah inti telur pun kan   T__T

Karipap-telur

Acuan karipap pun takde, ni pun kelim sendiri dengan bantuan mak. Nak harap saya kelim, heheheh... jadi bantal bukan karipap!

Karipap-telur

Walaupun rupanya tidak cantik, tetapi rasanya sedap!!

Karipap-telur

Antara tips mendapatkan kulit karipap yang cantik, rapuh dan sedap ialah jangan uli tepung seperti menguli roti atau donat. Ramai yang buat doh karipap dengan menguli tepung. Sebenarnya untuk doh pastry rapuh ni tak perlu menguli. Cukup sekadar menggaul sehingga adunan tepung yang bercampur minyak/marjering dan air bercantum menjadi seketul doh yang boleh dibentuk, dikepal dan dileperkan.

Tutorial Cara Membuat Kulit Karipap

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan marjerin - saya pakai butter
220ml air - dicampur 1/2 sudu kecil garam

Cara :
Campur minyak dan butter dalam periuk kecil, panaskan keduanya dan biarkan butter cair dan minyak panas

Karipap-telur

Angkat larutan butter dan minyak panas terus tuang ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu. Ratakan minyak dan tepung sehingga tepung menjadi seakan-akan serbuk roti.


Karipap-telur

Masukkan larutan air bergaram ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit sambil putar tepung dengan belakang senduk.. Jangan sesekali uli dengan tangan. Kita bukan nak buat roti, kita nak buat pastry jenis rapuh. Putar sehingga bercantum tepungnya. Tambah air sedikit demi sedikit...

Karipap-telur

Cuba ambil sedikit adunan dan kepalkan. kalau boleh kepal tu stop masuk air.
Karipap-telur

Bentukkan doh menjadi satu dan jadi bola besar seperti ini. Diulang jangan uli ok. Cukuplah sekadar kepal sehingga menajdi bola. Kalau rasa tak cukup air boleh tambah sedikit lagi. Biarkan selama 15- 20 minit. Sementara tu boleh sediakan inti karipap.
Karipap-telur

Inti Karipap Telur Hancur

Bahan-bahan :
8 biji telur
1 batang carrot diparut kasar - jika suka, kalau tak suka boleh ganti dengan sayur lain atau tanpa sayur
1 ulas bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang
Sedikit cili merah dipotong nipis - saya pakai cili padi supaya lebih pedas
sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara :
Telur dipukul bersama lada hitam dan garam.
Dalam kuali panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan kemudian masukan bawang besar dan cili potong. Masukkan juga carrot yang diparut. Masak sekejap.

Akhir sekali masukkan telur yang dah dipukul dan goreng sambil kacau untuk hancurkan telur.
Sejukkan dan kemudian boleh la diisi didalam karipap sebagai inti
Karipap-telur

Canaikan doh karipap tadi. dan tekap dengan gelas plastik mengikut saiz yang dikehendaki. Isi kan inti telur dan kelim. Boleh juga pakai acuan karipap.
Karipap-telur

You Might Also Like

22 comments

  1. xpernh lagi aina mkn karipap inti telur. tapi cam sedap je. >_<

    ReplyDelete
  2. nMpak sedaplah eny...KG pun buat karipap juga tp belum buat karipap inti telur...nak try ni

    ReplyDelete
  3. kalau makan karipap telur selalu yg kat IKEA tu je...tempat lain tak tau la pulak :D

    ReplyDelete
  4. Makan panas-panas sedap ni, peh ^^

    ReplyDelete
  5. abe kie suruh isteri goreng karipap segera aje..

    ReplyDelete
  6. selalu makan karipap beli di kedai je. haha tak pernah lagi masak atau buat karipap kat rumah..

    ReplyDelete
  7. ini la karipap telut eny cakap tu ye.... hehehehehe..
    special betul nampak telut tu... :)

    *typo mu menceriakan hari ku.... gituuuuu tajuk lagu...*

    ReplyDelete
  8. Ain sampai ke sini sakat Eny, bila lah nak rasa air tangan adikku ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheee.. memang tak leh tahan kak ana..
      mesti nak nyakat eny.. :)

      Delete
  9. teringin la pula..mai hantar sungai petani bole kak eny?hehe

    ReplyDelete
  10. perghh terliur tengok. menarik sangat

    ReplyDelete
  11. okeee thanx kak eny resepi kulit karipap..mmmuahh :)

    ReplyDelete
  12. Dari kecik ke besar x reti2 kelim karipap.
    Tapi, adik perempuan saya pandai.

    ReplyDelete
  13. Cukup tak 70 bijik nak bagi kat efg team 2 bijik sorang...

    ReplyDelete
  14. nampak sedap je....tak pernah makan karipap berintikan telur.

    ReplyDelete
  15. wah, first time pula dengar inti telur hancur ni.. macam menarik juga. unik pun unik..

    ReplyDelete
  16. pernah makan karipap inti telur sedap jugak sesuai utk budak2...tak sabar nk try resepi eyna..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com