Jalan Jalan Ke Kuala Perlis

10:29 pm

Jumaat lepas sempat berjalan-jalan ke Kuala Perlis, saja nak cari siput mentarang hehehe.

Kujungan kami disambut oleh pemandangan ini... nelayan yang sedang mengaut siput didalam laut berlumpur. Pantai di Kuala Perlis ni memang pantai berlumpur.

P4102067ed

Ni sekitar jeti kuala tempat nelayan menaikkan hasil laut yang ditangkap.

P4102074ed

Berhenti makan di gerai yang mengadap ke pantai.... dan dapat lah lauk ikan bakar dan sotong segar... Murah pula makanan kat sini.
P4102069ed

Misi diteruskan sampai kami jumpa penjaja tepi jalan yang menjual pelbagai hasil laut yang kebanyakan exotic hahaha.. macam Belangkas ni.. tapi tak beli sebab tak berani nak makan...
Kuala-Perlis

Misi utama ialah encari siput mentarang ni.. Besarnyaaaaa!! yang besar sekilo RM15 dan yang kecil sedikit RM12 sekilo. Dapat banyak jugak lah dalam sekilo tu. Berbaloi beli.
Kuala-Perlis

Kuala-Perlis

Ini pula bronok sejenis timun laut. Tak pasti rasa dia macam mana. Tetapi ada orang cakap sedap dibuat kerabu...
Kuala-Perlis

Kalau nak pergi ke tempat menjual hasil laut ni, dari Jeti Kuala Perlis jalan menuju ke Kuala Sungai Baru, terus je jalan dari simpang tu sepanjang perjalanan tepi pantai, ada banyak gerai makanan dan gerai menjual hasil laut. Ada juga tempat perusahaan belacan segar di situ.

You Might Also Like

14 comments

  1. kalau duduk dekat dengan kawasan berlaut, mesti mudah dapat hasil2 laut yg fresh kann :)

    hai sis! hehe maaf, lama tak singgah blogwalking

    ReplyDelete
  2. Uniknya hasil laut tu. masak apa sipur mentarang tu? share lah resipi dan gambar masakan pula ^_^*

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee bronok mentimun laut tu mcm lintah pulak., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tu yg geli tu hehehehe tp org cakap sedap sgt rasa dia

      Delete
  4. Indahnya pemandangan, sedap nya makanan :)

    ReplyDelete
  5. rindunya. Lama dah tak pergi sana, nak makan ikan bakar dekat situ T_T

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa tak penah sampai perlis huuhuu

    ReplyDelete
  7. dengar ja nama mentarang tapi takpernah rasa...kalau belah banting ni banyak pepahat...masak cili kering..huh sempoi.

    ReplyDelete
  8. beronok-ronok nampaknya tu.... :p

    ReplyDelete
  9. Wah...lepas ni boleh la explore kualaperlis lg sbb dapatadik ipar org perlis...menarik ni....besar2 plak mentarang ni..kat sungai besar kecik2 dan kurus2 je

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi pergi kuala perlis hehe

    ReplyDelete
  11. dulu selalu ke kuala perlis, hampir setiap bulan.tpi makan kat kedai lah..takde masa beli barangan mentah ni.hehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com