Kari Ikan Yogurt

11:18 pm

Hai!!
Dah lama tak buka blog, eh rasanya baru 2 hari hehehe.. 
Mak baru je buat eye surgery untuk catarac. Juat a minor surgery je, tapi as usual kita ni selalu mengharapkan mak je kan dah besar tak sedar diri hehehe... Jadi hidup adalah sedikit huru hara sebab ke hospital la, ke sini  kesana, pada masa yang sama, kena masak, urus rumah, tu tak masuk lagi cerita di office. At the same time saya pula tengah sibuk jual Brownies. Rasanya macam salah timing tapi perancangan Allah tu kan adalah yang sebaiknya kan.. :)


P4182393ed




Ok kali ni buat resepi kari ikan healthy versi tanpa santan dan kurang minyak. Kalau kita pandai olah bahannya memang sedap. Kalau buat kari ikan ni saya suka campurkan serbuk kari ikan dan serbuk kari daging, memang sedap! Selain tu pengunaan yogurt lebih sesuai jika kita tak nak gunakan santan. Kalau pakai yogurt rendah lemak lebih bagus. Option lain kita boleh pakai susu sejat atau susu UHT tanpa lemak. 

Sebenarnya tak ada salahnya guna santan, saja je :)

P4182403ed


Resepi Kari Ikan Yogurt

Bahan-bahan :
5-6 ketul ikan tenggiri bahagian isi
Bendi atau terung
2-3 sudu besar yogurt tanpa perisa dan pemanis (plain yogurt) ada jual di pasaraya - kalau tak pakai yogurt boleh tambah air asam jawa
1 bungkus rempah kari ikan - saya pakai Cap O
3 sudu besar rempah kari daging
1 camca besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
2 tangkai daun kari, dilurut
1 sudu besar campuran halba, biji sawi dan jintan manis
Sedikit minyak untuk menumis - saya pakai 3 sudu je
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar : (lepas tumbuk bahagi kepada 2 bahagian untuk tumis dan campur dalam rempah)
5-6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Bancuh rempah kari ikan dan rempah kari daging dengan sedikit air, masukkan separuh dari bahan tumbuk.

Panaskan minyak, tumis baki separuh bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun kari dan rempah campuran halba, biji sawi dan jintan.

Masukkan bancuhan rempah dan bawang tadi. Masukkan juga cili kisar. Tumis sehingga rempah naik minyak dan garing.

Masukkan yogurt dikuti dengan ikan. Masa sehingga mendidih dan ikan masak. Siap!

You Might Also Like

9 comments

  1. yup setuju...ini first time dengar guna yogurt

    ReplyDelete
  2. Blk kg makan kari/gulai rempah capO mak masak,dappp

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee kalo xde yogurt leh pakai vitagen tak cik kak enu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yogurt yg plain lah En. 3 lalat, bukan yogurt perasa buah apatah lagi air vitagen hahahahahah!!!

      Delete
  4. amboiii nampak sedap..tapi tak pernah dngar n xpernah makan lagi..hihi

    ReplyDelete
  5. First time dengar resepi kari letak yogurt... nak try la...

    ReplyDelete
  6. Nice.....gulai ikan tenggiri makan nasi panas dengan taruk kicap memang layan laaa

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com