Ikan Bakar Sambal Kelapa yang Ohsem!

/
15 Comments
3:16 pm

Lunch simple je hari ini. Kebetulan hari Khamis halfday, balik rumah terus masak. Lunch pukul 3 heheheh.. ok lah kan malam ni tak payah makan dah..

Ikan bakar ni sedap dilawan dengan sayur tumis bayam simple. Memang sedap. Ada pulak air cabai picit..

Balance sambal kelapa tu boleh simpan buat makan dengan nasi juga :)

P4162193ed


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa


Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar
1 ½ cawan kelapa parut

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Jika termasuk lebih air atau inti sedikit berair, boleh masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga kering sedikit airnya. Rasa garam dan gula secukup rasa.


Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la dibakar atau digoreng.



You may also like

15 comments:

yoorin melacolea said...

ikan cencaru memg match kalau bakar.. isi dia pejal kan nak banding ikan lain.. lawan dengan sayur bening (sayur masak air) & air asam..pergh,,..nikmat dah tu eny.. nk try laa letak kelapa dlm ikan..1st time nii..

Nurul Shahira said...

Adoii, sodapnue ikan bakar ni. Dah lama ngidam ni! hehe

ahkak gojes said...

sambal tu menarik selera KG eny...adoi la...kenapa la eny suka tayang gambar makanan ni

Amanda Suria said...

Alamak..fav SA ni eny....sedapnyaaaaa

DRAMATIC UNIQ said...

berapa kali dah telan air liur ni.....!!
mencikk la eny ni tauuuu... :p

safurara said...

hai kak ENY! rara dtg rumah ni.bukak lah pintu.nk mkn nasi putih dgn ikan caru sumbat.hehehe.huaaaa sedapnyaaaa!

Nik Ainaa said...

first time tahu sambal kelapa ni

aisyah ambris said...

lama x makan ikan cencaru bakaq...teliuq tgk sabal

aisyah ambris said...

Ooh bt done follow sini #257

http://aisyahambris.blogspot.com

Mirabeads azi said...

Suka juga makan ikan cencaru sumbat

sayidah napisah said...

sodapppp!

aRz MoHa said...

Ini yang malas ke blog kak eny... Tak tahan tengok gambar makanan cantik-cantik

Pha Is said...

ikan cencaru ni mmg feveret saya..

NURHAZIQ HAFIZ said...

sambal kelapa tu memang sedap makan dengan nasi.

Amy J said...

ikan jaket. hehehe. tapi adik saya x suka so mak saya x buat...