Ulang Tahun Ke 3 Kami...

11:18 am

11 March 2015, genap ulang tahun ke 3 kami.. Alhamdulillah :)
Saya kenal suami adalah dekat 9 tahun, bertunang 2 tahun, lepas tu baru lah nikah hehehe.. Bila difikirkan perjalanan kami yang masih jauh, rasa macam lambat je kan, tapi tengok lah nanti dah 10 tahun mesti rasa sekejap je :)

Rasa lambat tu sebab kitaorang sekarang berPJJ (perkahwinan jarak jauh). Jadi nak tunggu time berjumpa bila cuti tu rasa lambattttttt lah sangat hehehe.. Walaupun macam tu kami berdua dah biasakan diri duduk jauh-jauh ni. Lagipun Kedah ke Perak tak lah jauh mana. :)

Masih teringat persiapan nikah dan kenduri saya uruskan sendiri. Dari tempah baju (mana lah nak cari baju ready made size akak ni kan wahahah) dan kemudian saya sendiri jahit pearl dan beads di baju dan veil. Suatu pengalaman yang seronok bagi saya dan puas hati dengan hasilnya :D

Suami saya ni dia jenis pendiam je, tapi kalau dengan isteri dia ni dia cakap banyyyaaakkk sangat hehehe.. Jenis tak cerewet tentang makanan apa pun asalkan bukan yang lembik macam bubur nasi dan tapai. Dia tak berapa suka. Jadi kebanyakkan yang saya masak memang dia suka. Senang jadi isteri dia.

Harap jodoh dan kasih sayang ni sampai ke syurga, dan doakan kami ada rezeki untuk timang cahaya mata yee :D



DSC_0144ed


73

DSC_0138ed

You Might Also Like

14 comments

  1. Salam. Hee tahniah dan semoga berkekalan ke anak cucu cicit. amin.

    ReplyDelete
  2. E & E... Selamat ulang tahun perkahwinan. Smoga terus di mudahakan n luaskan rezeki akak n family.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun perkahwinan..same tarikh dengan saya..hehehe..

    ReplyDelete
  4. happy anniversary and semoga kekal ke syurga..

    ReplyDelete
  5. best kan tengok balik gambar kawen.. rindu! hehe..

    ReplyDelete
  6. Hepi anniversary... May god bless both of u! Congrats!

    ReplyDelete
  7. Semoga kekal hingga akhir hayat. Happy anniversary. Sy pun PJJ dengan husband. Seminggu sekali je jumpa.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...happy anniversary dear...moga bahagia till jannah...

    ReplyDelete
  9. Tahniah Eny, Happy Anniversary :)

    ReplyDelete
  10. Cantik Kak Eny pakai baju pengantin tu. Saya doakan semoga rumahtangga Kak Eny akan kekal sampai bila bila. Saya doakan juga semoga Kak Eny cepat cepat timang cahaya mata. ;)

    ReplyDelete
  11. Tahniah dan selamat ulang tahun yer...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah....selamat ulang tahun perkahwinan ye Eny...semoga kekal hingga ke akhir hayat aminnnn

    ReplyDelete
  13. Assaalm eny,
    alolooooooooooo too tweeet
    moga kekal bahagia hingga jannah AMIN

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com