Roti Telur

/
9 Comments
9:25 pm
Resepi roti telur pun kak Eny nak letak ke hehehe...

P3071177ed

Malam ni roti telur je lah sebab tak larat nak masak. Nak makan nasi pun dah jemu hehehe.
Roti telur ni sedap kalau makan dengan sos cili atau makan begitu sahaja. Nak makan pagi boleh, malam pun boleh. Ada orang panggil french toast. Eh ni ni malaysia punya toast!! :D

P3071172ed

Resepi Roti Telur

Bahan-bahan :
4 Keping Roti
2-3 biji telur (ikut size)
1 sudu besar butter
Sedikit lada hitam serbuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk bawang putih (optional)

Cara-cara :
Pukul telur bersama lada hitam, garam dan serbuk bawang putih.

Celupkan roti ke dalam telur. Celup tu berulang kali supaya tebal salutan telur nya.
Panaskan kuali dan butter.

Bila butter agak cair, letak roti dan goreng seketika sehingga garing disebelah dan kemudian goreng disebelah lagi. Siap dan angkat. Kalau pakai kuali besar boleh goreng 2 keping sekaligus :D



You may also like

9 comments:

Inani Hazwani said...

sedapnyaaaa

amir zahari said...

wah fav ni.. senang sangat nk buat n sedap..hehehe

POJIEGRAPHY BLOG said...

Simple tapi nampak sedap yang teramat!

SH said...

Assalam..
Terliur pulak tengok pepagi ni...

MNH SASTERA MELAYU said...

Resepi ni saya biasa buat. Kalau pagi2 tu malas nak beli nasi lemak, kat rumah ada roti pula, memang buat roti telur la jawabnya.

Amanda Suria said...

SA as usual makan buah....dan sayur....

Jari Manis said...

breakfast yg sihat...x perlu nasi lemak

Sentiasa Panas said...

Sedap, sedap, sedap...

muhammad nizam said...

ingat nak masukkan gak resipi ni nanti...