Mini Coklat Cupcake Simple Dan Mudah!

4:53 pm

Mini cupcake yang comel ni memang feveret saya. Suka buat size kecil ni nampak comel je. Senang nak makan, senang nak hidang kepada tetamu yang datang berkunjung. Lagipun, tempoh pembakaran mini cupcake ni sekejap je dalam 8-10 minit.

DSC09003, resepi-mini-coklat-cupcakes-kek-coklat-mudah-simple

DSC09008, resepi-mini-coklat-cupcakes-kek-coklat-mudah-simple

Resepi Mini Coklat Cupcakes

Menghasilkan 48 mini cupcakes

Bahan-bahan :

1/2 cup Butter
1 cup gula - resepi asal 11/4
2 telur saiz A
3/4 cup tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/3 cup serbuk koko - pakai jenama van houtten
1/2 cup susu (fresh / UHT / sejat)
1 sudu kecil vanilla esen

Cara :
Panaskan oven pada suhu 170C

Tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam diayak 2 kali.

Pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga embang dan ringan.

Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga sebati

Masukkan 1/3 campuran tepung ke dalam adunan butter dan telur tadi dan pukul

Masukkan separuh dari susu dan pukul.

Terus masukkan 1/3 lagi campuran tepung dan pukul. Dan kemudian diikuti dengan baki susu.

Akhir sekali masukkan baki 1/3 tepung dan pukul lagi sehingga rata dan sebati.

Tips kat sini ialah kena selang seli bahan kering (campuran tepung) dan bahan basah (susu) dan last sekali mestilah bahan kering.

Masukkan adunan kedalam acuan mini cupcake yang diletakkan cawan kertas.
Bakar selama 8-10 minit sehingga masak.


Topping Coklat
1 cup Coklat Bar atau coklat coins secukupnya
1-2 sudu minyak biasa (ikut kepekatan)

Dengan kaedah double boiled cairkan coklat dan kacau sebati bersama minyak.

Menggunakan garfu, drizzle coklat keatas mini cupcake yang telah sejuk.






You Might Also Like

13 comments

  1. mmg comel sekali ngap je kalau kecik2 macam ni

    ReplyDelete
  2. lama dah aina xbt kek coklat. tapi.... mini coklat cupcake yang cute ni blum pernh aina bt, hehe yummy2. >_<

    ReplyDelete
  3. Perfect size untuk dingap-ngap begitu saja :)

    ReplyDelete
  4. rajinnya Eny..kalau dekat ni kenyang kak ana hari2..:)

    ReplyDelete
  5. lap-lap air liur.....!! kenapa la nampak sedap sangaaatttt... hihihihiiii... :p

    ReplyDelete
  6. Fuh fuh fuh comelnyerr cupcake..nak sikit

    ReplyDelete
  7. Untung orang pandai baking ni.....hihihi..SA bab ni mmg failed..comel je cupcakes tuh

    ReplyDelete
  8. Assalam eny,
    sob3
    kalo laaaaa uols jiran iols he3
    boleh la selit order :P

    ReplyDelete
  9. salam sis, kalau butter tu diganti dgn minyak boleh tak?

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com