Puding Jagung Simple

2:00 pm

Yang saya suka makan ni lah.... selalu makan yang orang buat. Kali ni buat sendiri. Puas hati. Resepinya pun simple dan bahan pun simple.

P2270876ed
P2270895ed

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan :
1 tin jagung cream
1 tin susu cair
1 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan gula - saya cuma pakai 3/4 cawan gula sebab nak kurang manis
3 cawan air
Satu sudu kecil garam
1 sudu besar mentega

Cara-cara :
Tapis tepung kastard terlebih dahulu, kemudian masukkan dalam mangkuk besar dan campur dengan gula, garam, air. Kacau rata sehingga gula tu larut.
P2270714ed

Masukkan pula susu cair
P2270716ed

Dan masukkan jagung cream
P2270718ed

Pindahkan kedalam periuk. Panaskan api perlahan dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan pekat dan kental. Pakai senduk kayu tak lah bising sangat sebab kena kacau selalu supaya tak melekat heheh..
20150227_093623ed

Bila dah adunan dah tak rasa tepung mentah dan pekat serta nampak berkilat tu maknanya dah masak. Masukkan pula 1 sudu besar mentega dan kacau rata sehingga mentega tu cair sepenuhnya dan siap!. Bolehlah masukkan dalam acuan atau loyang. Sejukkan dulu dan kemudian masukkan dalam peti ais. Biar selama beberapa jam baru lah keras elok dan boleh dipotong.
20150227_094416ed

You Might Also Like

8 comments

  1. alahai melting sungguh! fav ciknaa ni :P

    ReplyDelete
  2. rasanya sekali ja buat.. smpai sekarang tak buat dah.. hehe..

    ReplyDelete
  3. okayyy, masuk list dessert minggu ni

    ReplyDelete
  4. sedap ni, anak kak ana panggil puding spongebob, sebab kuning,segi empat hehe :)

    ReplyDelete
  5. dah lama tak buat puding jagung nihh....sedapnyeee hihih

    ReplyDelete
  6. Fav SA jugak ni...ntah bila dapat makan mcm ni...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com