Oversize Banana Muffin

10:05 am

Selamat pagi.. muffin pisang for breakfast!

Senang buat besar-besar ni, satu adunan cukup  6 biji muffin yang besar macam ni. Sebiji makan pun dah kenyang :)

Tips kalau nak muffin tu nampak melimpah ruah kembang naik keatas tu, kena isi acuan cup sampai paras penuh. Kalau nak yang biasa je, isi sampai 3/4 cup.. :)

Resepi ni sangat lah senang sebab ukuran pakai cawan .. Pagi-pagi buat untuk breakfast takkan lah nak pakai gram bagai kan :D

  DSC_0780

DSC_0797


Resepi Oversize Banana Muffin 
Untuk 6 biji mufin saiz besar atau 12 biji saiz sederhana.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri -  kalau tak pakai tepung naik sendiri boleh pakai tepung biasa diayak bersama 1 1/2 sudu teh  baking powder, 1 sudu teh baking soda
1/3 cawan Gula Perang -  Ni kurang manis.. kalau nak manis, jadikan 1/2 cawan
1/3 cawan butter - dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan.
1 biji telur saiz sederhana
3  biji pisang yang ranum- dihancurkan kasar pakai garfu
1 sudu vanilla essence - saya tak suka pakai esen pisang
1/2 sudu garam

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 175C

1. Pukul butter cair dan gula sehingga gula sedikit hancur
2. Masuk esen vanila dan telur
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan garam ke dalam adunan butter dan telur tadi. Kacau    
    perlahan sehingga adunan bercampur elok dan sebati tetapi jgn overmix!!!
4. Masukkan pisang yang dihancurkan
5. Masukkan adunan muffin ke dalam acuan muffin bersaiz besar dan penuhkan sehingga mencecah
    ke paras penuh acuan. jangan risau adunan muffin ni pekat dan tak akan meleleh ke tepi.
6. Bakar selama 20-30 minit sehingga masak.

You Might Also Like

13 comments

  1. k.eny. xde ke resipi biskut coklat macam dekat subway? dabel choc

    ReplyDelete
  2. ermmmm... gebu gaban...!!
    kalau ain kena dua biji... eh.. 3 biji... err... 6 biji semua lah bagi kat ain.... breakfast like a king....!!hahahahhaa... :p

    ReplyDelete
  3. ni kalau makan dua biji, dah boleh kenyang dah..

    http://penselduabee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. huihh...sy dpt rasakan kehangatan muffin ni bila bru kuar dr oven....sedapnyeee

    ReplyDelete
  5. kalau ada acuan tu saya dah lama buat. senang juga resepi muffin ni. lagipun saya penggemar muffin. muffin perasa vanilla.

    ReplyDelete
  6. wow bestnya kalau srapan macam ni

    ReplyDelete
  7. SA pendai makan jer la...buatnya memang x kan jadi...

    ReplyDelete
  8. Tepung naik sendiri tu nk kena ayak lg tak kak eny? Ke tak pyh ayak?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. akak mmg suka apa2 yg berkaitan dengan pisang

    ReplyDelete
  11. Assalam ann,
    haaaaaaaaaa
    memola cam pelik masa nengok kek ateh talam oven tu
    ingatkan bun he3

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com