Nasi Ayam Hainan Ke Nasi Ayam Ipoh

12:30 pm

Nasi Ayam Hainan ke Nasi Ayam Ipoh hehehe.. Rasanya sama je kot, cuma kalau Nasi Ayam Ipoh, ada taugeh celur yang dihidangkan sekali. Dari segi ayamnya pula selalunya direbus sahaja. Tapi kalau tak suka yang rebus boleh je rebus dahulu kemudian dilumur sedikit kicap manis dan goreng  atau masuk dalam oven sekejap.

Nasi pula, saya pakai stok ayam maggi yang dari dalam botol dan tumis dengan halia dan bawang putih dan masak dalam stok rebusan ayam.

Nasi ayam ni sebenarnya tak berbaloi buat kalau makannya cuma seorang dua. Beli lagi jimat. Cuma kalau buat sendiri tu lebih puas hati dan of course kita boleh buat versi yang lebih sihat! 

DSC00585ed Recently Updated1 DSC00580ed

Resepi Nasi Ayam Hainan 

Ayam Celur / Rebus 

Bahan-bahan :
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya :D
Air secukupnya
ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
Halia - dipotong
Daun bawang - dipotong
bawang besar - dibelah
bawang putih - dibelah
sup bunjut

Cara :

Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.

Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika. Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je :p. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu. Kalau rasa malas dan renyah boleh je terus rebus. Dan kalau suka jenis goreng, ayam tu lepas rebus, lumur kicap manis dan goreng api kuat sehingga kulit rangup sahaja.

Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap
--------------------------
Nasi Ayam

Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
3 - 4 sudu besar stok pekat ayam maggi - yang dalam botol
Minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul

Bahan kisar :
4-5 ulas bawang merah
4-5 ulas bawang putih
4 inci halia

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.

-------------------------
Sos Cili 

Bahan -bahan :
4 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak

Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

---------------------------
Sos Halia dan Bawang putih

Bahan-bahan :
Seketul halia
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak

Cara :
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

----------------------------
Sos Kicap 

Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap

Cara :
Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!






You Might Also Like

2 comments

  1. Wooh mcmtu ke..kena rebus angkat rebus angkat ye..patutla cantik

    ReplyDelete
  2. Assalan eny,
    woott3
    nasi ayam hainan sato he3

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com