Masak Putih Ayam

1:30 pm

Masak putih ni macam kurma lah juga Cuma kalau di utara ni orang panggil masak putih. Kuah dia pekat sikit dari kurma biasa dan wangi sebab letak serai kat dalam. Dulu dulu orang letak kas kas dalam masak putih ni.. ;)

Masa saya kecil, kalau di kenduri kahwin, selalu orang kampung akan masak daging masak putih ni lah. Masak sehingga kuah pekat dan agak kering. Jadi masak putih ni dihidangkap dalam piring dan bukan mangkuk.

Masak putih ni kalau guna rempah kurma yang betul akan jadi putih kekelabuan. Tapi kalau guna rempah komersial ni selalunya kuah akan jadi kekuningan sikit. Sebab tu kalau nak pakai rempah masak putih beli lah yang keluaran kampung, atau rempah giling yang dijual dipasar. Yang saya pakai ni rempah Cap O. Sedap tau rempah cap O ni sebab rasa dia memang melayu. Tak rasa macam rempah india sangat.



P3091186ed

Masak putih ni sedap kalau dimakan bersama sambal belacan. Memang sedap!

P3091202ed

Resepi Masak Putih Ayam atau Kurma Ayam Utara

Bahan-Bahan :

½ ekor ayam
2 paket kecil serbuk kurma cap O
5 ulas bawang merah
2-3 inci halia
2 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar dibelah 4 atau 8
2-3 biji kentang
Lada putih kisar – atau lada sulah
3-4 biji cili hijau dibelah
1 kotak santan KARA
Sedikit minyak
Air secukupnya

Cara- cara :

Kisar bawang merah dan bawang putih bersama halia.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga rempah masak dan naik minyak

Masukkan serai, ayam, kentang dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.

Akhir sekali masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan cili hijau yang dibelah dan bawang besar. Masukkan garam dan sedikit gula.

Masak seketika tetapi jangan sampai pecah minyak. Siap!!

You Might Also Like

14 comments

  1. Bestnya. Dah la tengah puasa nih. Hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. ini lauk kegemaran Dania ni...dia boleh makan bertambah2 kalau masak macam ni....

    ReplyDelete
  3. kak ana pula kalau kurma nak bagi kuning sikit, mak ajar buh sedikit serbuk kunyit, so taklah pucat putih kuahnya Eny :)

    ReplyDelete
  4. ooo...pestaim dgr masak putih....mcm masak kurma kan tapi cair skit ehh

    ReplyDelete
  5. Oh...kat sini dipanggil ayam masak kurma, kat utara dipanggil ayam masak putih. Makanan yang hampir sama cuma nama je sikit berbeza.

    ReplyDelete
  6. sedap nampak ayam kurma tu... masak putih ye orang utara panggil... kalau saya yang masak ni dia jadi coklat sebab saya akan goreng sekejap kurma tu... memang betul dah macam style india pulak... berlinang2 minyak...

    ReplyDelete
  7. hoiii.. terliur sungguh tengok ni :P

    ReplyDelete
  8. Teringat kat ayam dalam peti sejuk Zumal tu ^-^

    ReplyDelete
  9. teliur tengok sambal belacan tu :) erm.. org kedah eh? husband pun selalu beli brand cap O dulu :)

    ReplyDelete
  10. Saya suka rempah cap O..turun temurun nenek moyang guna yang ni...hihi

    ReplyDelete
  11. Assalam eny,
    waaaaaaaaaaa
    ayam qu peth yer he3

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com