Kek Mentega Belang Pandan Dan Coklat

8:29 pm

Kek mentega tapi ada rasa pandan dan coklat. Sedap ke tak? Hehehe... cubalah kalau nak rasa.
Actually resepi ni cuma untuk kek mentega pandan, tetapi sebab ada banyak koko powder kat dapur tak berusik, maka saya masukkan sekali dan jadi macam kek belang. Kena bahagikan adunan kepada dua lah. Macam buat kek marble je kan...

Sorry busy tak dapat nak taip banyak kat sini sebab busy dengan kerja. Ni pun resepi dah lama buat, baru teringat nak share :D

DSC08018

DSC08021


RESEPI KEK MENTEGA PANDAN 

Sumber : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering - saya tak pakai
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla


Cara :
Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna
Kalau nak buat belang, jangan masukkan dulu pewarna dan perasa pandan. Adunkan kek terlebih dahulu, kemudian bahagi dua adunan, satu diwarnakan hijau dan masuk pes pandan dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko. Masa nak masukkan dalam acuan tu, masukkan sesenduk demi sesenduk berselang seli. :)

You Might Also Like

5 comments

  1. ni kalau buat masuk utan ni mesti kena serbu mcm semut hurung gula hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. xpenah plak rasa kek mentega....menarik niiii...hihihihi

    ReplyDelete
  3. kaknoor nak buat je kek ni tapi belum terjadi yg belang2 ni asik yg lain jee cantik kek Eny..

    ReplyDelete
  4. Cantik je kek tuh..terus rasa nak makan kek...eny rumah kat mana..nak sibggah nanti bleh buatkan x...hihihi

    ReplyDelete
  5. klau kek ni kurang sikit terliur nya..cantik rasa syg nk mkn

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com