Cantiknya Bunga Sakura Di Kedah.

9:39 am

P3121246ed

Kedah sekarang dah macam Korea dan Jepun hehehe.. Sebab bunga-bunga putih dan pink seakan akan sakura ni memenuhi sekitar jalan-jalan, bandar dan lebuhraya terutamanya di Alor Setar. Memang cantik. Paling cantik ialah yang hampir kesemua pokok diliputi bunga dan tiada daun.

P3121245ed

P3121265ed

Bunga ni nama sebenarnya Tecoma, ditanam oleh kerajaan negeri Kedah hampir 15 tahun dahulu. Tapi hanya dari tahun lepas ianya berbunga. Tetapi rasanya faktor berbunga bukan lah sebab faktor masa, tetapi faktor cuaca sekarang . Sebab ada pokok yang baru ditanam yang masih kecil berusia 2-3 tahun pun dah berbunga. Kalau yang  lama ditanam tu memang pokoknya dah besar dan tinggi.

P3121286ed

P3121292ed 

Faktor cuaca mungkin sebab utama ianya berbunga. Sebab pokok ni berasal dari luar negara. Sekarang kan di Kedah, pada January lepas suhu turun sehingga 25C. Jadi sekarang cuaca panas pula. Perubahan mendadak tu mungkin mencetuskan bunganya terhasil. Bunga ni mekar cuma seminggu. Cepat-cepatlah pergi ke Alor Setar tengok ya heheh..

Kalau tengok dari dekat, bunganya tak sama dengan bunga sakura, tetapi lebih kepada bunga seri pagi (Morning Glory)

P3121294ed

P3121259ed

Apa pun ia, kenapa ianya terjadi... ni adalah anugerah Allah yang sangat indah buat kita. :)


You Might Also Like

9 comments

  1. Memang cantik. Jauh pula la kan... Kalau tak dah memang pergi ambil gambar dekat sana dah! Hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik! Damai je hati tengok bunga2 ni.

    ReplyDelete
  3. subhanAllah :D memang cantik :) perubahan musim skrg kan. ni pun kat sini nak masuk spring dah, syuruk pun sebelum pukul 7 pagi.

    ReplyDelete
  4. wahhh cantikk . ada jugak rupanya kat negara kita ni .huhuu

    ReplyDelete
  5. di korea x de bunga Tecoma nih

    ReplyDelete
  6. cantik nya kedah kusayang macam kat oversea ni..

    ReplyDelete
  7. tengah musim sakura.. x lama lagi parit buntar plak la kot.. da nampak sikit2 ni..

    ReplyDelete
  8. Memang cantik bunga sakura ni. Boleh tanak satu kat halaman..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com