Sayuq Ikan Utara

1:30 pm

Ikan kembung atau temenung ni banyak betul sekarang. Di Kuala Kedah hari tu ikan kembung dilelong pada harga RM 1 sahaja sekilo. Dan baru-baru ni saya ke Kuala Kedah lagi cari ikan dan seafood fresh. Dapat beli ikan temenung ni dengan harga RM3 sekilo. Ikannya memang fresh memang sedap kalau buat apa pun walau sekadar rebus atau bakar.

Sayuq ikan utara ni macam singgang tapi ditumis. Cuba lah.

P1291677ed

Resepi Sayuq Ikan Utara

Bahan-bahan :

4-5 ekor ikan kembong / temenung 
3 ulas bawang putih -dihiris nipis 
2 ulas bawang merah - dihiris 
1 ulas bawang besar - dibelah 
2 inci halia - dihiris nipis
2-3 biji cilipadi 
1 batang serai
2-3 keping asam keping 
1 helai Daun limau purut - jika suka 
sedikit suun Cendawan / tauhu / foocuk 
Sedikit minyak untuk menumis 

Cara-cara : 

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Masukkan air dan tunggu hingga mendidih. 
Masukkan ikan, bawang besar, cendawan dan masak sehingga masak.

You Might Also Like

8 comments

  1. sy pon suka masak cenggini...terutama bila ada ikan termenung....my peberet...hhehehehe

    ReplyDelete
  2. jernih betul kuahnya.. tak nampak macam ditumis pun.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat la presentation dari Kak Eny. Makanan nampak sedap (memang sedap pun)

    ReplyDelete
  4. murahnya harga ikan ni Eny, kak ana panggil pelaling, kalau kat sini paling murah pun rm7-8 sekilo.. lebih kurang masak pindang kan :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum eny...simple tapi sedap ni...:)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com