Pagi-pagi Masak Tomyam

11:07 am

P2090180ed

Pagi pagi dah masak tomyam. Seawal 6 pagi bangun, mandi dan kemudian siap potong sayur, cuci dan campak je dalam periuk. Dalam periuk tu ayam dah siap direbus lembut malam sebelumnya sambil-sambil layan Running Man, berunning sendirian di dapur siang ayam, cuci ayam, potong segala bawang, halia, lengkuas semua... Sebelum tu ke Tesco beli barang-barang dapur dan ke hospital jenguk mak. Nasiblah kalau masuk sorang ke wad bagi alasan nak teman mak (padahal nak lepak 2 jam je dlm tu heheh), lepas security kat ward. Eh nak cerita pasai masak tomyam je kan tadi... melalut dah hehehe..

Ok lah tomyam ni kalau bagi saya suka yang jenis tak pekat sangat janji rasa masam, manis dan pedas tu seimbang. Kalau di kedai banyak tomyam yang terlebih manis, masin, pedas heheh.. Kalau yang jenis pekat tu selalunya diorang letak susu cair.

Saya pakai pes tomyam segera yang botol warna unggu jenama Peace Brand kalau tak silap. Memang sedap pes tomyam tu. Untuk satu periuk ni pakai yang botol kecil yang harga RM4.90

Selain tu bahan wajib ada  dalam tomyam ialah lengkuas, halia, serai, daun limau purut, sos ikan dan sedikit sos tiram. Kadang-kadang kalau nak tambah pedas saya campur sedikit chilli flakes dan serbuk lada hitam.

Yang penting sekali tomyam saya mesti banyak sayur hehehe..

P2090177ed

Resepi Tomyam 

Bahan-bahan :
Isi ayam dipotong dadu dan dibersihkan
1 botol kecil pes tomyam jenama Peace Brand (Botol warna unggu)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 batang celery
2 batang serai
3 helai daun purut
2 Bawang besar
4 Bawang putih
1/2 cawan jus limau kasturi
Putik jagung
Lobak merah
Cendawan tiram
Bunga kobis
Tomato - dibelah 4
Cili padi dibelah belah tak putus
Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya

Cara-cara :
Rebus ayam dengan halia, lengkuas, serai, bawang putih, dan celery sehingga empuk. Kemudian masukkan pes tomyam, daun limau purut, bawang besar, cili padi, sos tiram, sos ikan dan garam serta gula secukup rasa. Rebus seketika sehingga mendidih lama sedikit

Akhir sekali boleh masukkan jus limau kasturi dan sayur-sayuran.  Masak seketika sehingga mendidih lagi dan boleh la tutup api.

You Might Also Like

8 comments

  1. Terbayang masam-masam pedas tomyam dekat tekak :)

    ReplyDelete
  2. Pagi2 masak tom yam.. Tengahari dah hilang... He He He...

    ReplyDelete
  3. perghhh sedap.. celur meehoon.. makan dengan tomyam.. perghhh meleleh air liur

    ReplyDelete
  4. mak oiii...terus terliur dah ni ha....

    ReplyDelete
  5. Singgah bw sini...terus rasa nak makan tomyam..hehe

    ReplyDelete
  6. meriah tomyam nyer yeee....sy suka tom yam...terutama yg pedasss...hehehhe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com