Ke Teluk Intan Lagi!!

9:46 am

Walaupun selalu ke Ipoh sebab suami menetap di sana, tapi saya jarang sebenarnya ke Telok Intan. Kebetulan emak saya pun berasal dan dilahirkan disini cuma dia dibesarkan di Perlis. Tapi emak kepada emak saya (tok) dan adik-adik emak masih menetap disini.

Inilah kampung mak di Teluk Intan. Kg Kunci Air 4, tempat tinggal peneroka sawah yang datang dari Kedah/Perlis dan meneroka tanah di Teluk Intan untuk dijadikan sawah bendang. Sebab tu kebanyakan orang disini bercakap utara atau loghat Kedah / Perlis. Tak macam loghat di sebelah Bota, atau tempat asal suami di sebelah Batu Gajah dan Parit. Kadang-kadang confuse jugak dengan loghat orang Perak ni hehehe. tapi tu lah keistimewaannya yang sampai sekarang saya kagum. Kalau disebelah emak mentua, diorang cakap bahasa tolu (eh betul ke eja ni he hee) dan bahasanya macam bahasa Negri Sembilan pun ada.

P2210606ed

Pemandangan di belakang rumah Tok.  Betul-betul ditepi sawah. Dulu-dulu teringat kalau musim menuai, mesin padi akan datang sampai hampir ke rumah. Rasa takut pun ada...  Kalau bendang ayah di Kedah jauh dari rumah. Tak macam disini, bendang sekeliling rumah. Cuma  disini ada juga kelapa sawit

Kini ramai yang campur tanaman antara padi dan sawit. Tak pasti kenapa mungkin sebab faktor pasaran kot.. Sebab tu boleh nampak ditengah bendang tiba-tiba ada pokok sawit. Something rare lah bagi saya sebab kalau di Kedah ni memang kalau sawah bendang tak campur dengan pokok lain. Selalu getah dan sawit je yang bercampur.

 Dan tak sah la kan kalau ke Teluk Intan tak datang ke Menara Condong Telok Intan. :D
P2210633ed




DSC04485ed 

Pemandangan Menara Telok Intan pada waktu malam. Lampunya bertukar tukar warna tau!! cantik sangat. Kami makan depan menara tu je kat food court sambil tengok lampu bertukar warna. :D
Recently Updated

Ada banyak lagi cerita mengenai Teluk Intan akan menyusul.. :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Pembangunan di sana-sini tapi keindahan sawah padi tetap menarik mata kakak memandang.
    Kakak tak pernah jejak kaki ke tanah sawah. Teringin sangat:)

    ReplyDelete
  2. cantik! o0o enny selalu pergi Ipoh yer.lenkalik leh jumpa=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Cik Siti, tinggal di mana di Ipoh? :D

      Delete
  3. Salam. Hee chantek pemandangan kehijauan sawah padi.

    ReplyDelete
  4. Wow ! Tantiknyerrr!!! Tak pernah sampai lagi sana..

    ReplyDelete
  5. subhanallah, tenang je tgk sawah padi terbentang. saya dpt tgk sawah padi time balik kg suami di perlis setahun sekali :)
    Cantek lampu2 menara condong tu..saya tak pernah smpai lagi ke menara condong ni.

    ReplyDelete
  6. seronok betul kalau ada kampung.. huhuhuhu.. saya dah takde kampung.. sejak arwah tok dah takde.. tak pernah lagi balik kampung.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Biasa lalu jer teluk intan kalau nk g lumut ikut jln bidor...hihii

    ReplyDelete
  8. SA x pernah sampai sini lagi....

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com