Ikan Oren Sweet Sour

9:58 pm

Dapat beli ikan fresh di Kuala Kedah. Ni Ikan Sebelah yang kecil-kecil. Sedap kalau dibuat goreng begitu sahaja. Kali ni saya buat goreng garing letak tepung dan siram dengan kuah sweet sour tapi kali ni tak letak nenas.Saya guna oren yang dibuang kulit dan potong bentuk kiub. Sedap juga macam makan fish and chip je hehehe.. Resepinya pun mudah, selain oren, semua bahan ada kat dapur kita je :D

P1301830ed P1301828ed 

Resepi Ikan Oren Sweet Sour

Ikan goreng tepung 
Bahan-bahan :
5-6 ekor Ikan Sebelah atau Boleh pakai seekor yang besar. Selain ikan sebelah, boleh pakai ikan siakap dan apa sahaja jenis ikan.
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
Tepung gandum / jagung untuk salut ikan

Cara-cara : 
Perap ikan seketika dengan sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak (deep fried).
Golekkan ikan dalam tepung sepenuhnya.
Goreng ikan sehingga garing

Sos Oren Sweet Sour
Bahan-bahan :
3 biji oren
1/2 cawan jus oren atau boleh pakai sunquick oren
4 ulas bawang putih
5-6 sudu besar sos  cili
bawang besar dibelah
Perencah Secukup Rasa Maggi
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Bancuhan tepung jagung bersama air

Cara-cara : 
Limau diparut kulitnya (ambil yang warna oren sahaj bukan putih)
Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi sahaja dan dipotong dadu
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili.
Masak seketika. Jika kering, masukkan air sedikit.
Akhir sekali masukan potongan oren dan bawang besar. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masak seketika dan tutup. Bolehla curah atas ikan yang digoreng tadi


Cara kupas oren :D

20150130_122455

You Might Also Like

3 comments

  1. Terliur tengok menu nie nak kena try ^-^

    ReplyDelete
  2. wah.. best nih.. stok limau tengah banyak nih

    ReplyDelete
  3. dah lama tak makan ikan sebelah ni...zaman kecik jer pernah makan...hihihi

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com