Ikan Jaket Masak Taucu

12:42 pm

Hari ni pagi-pagi lagi dah masak Ikan Masak Taucu ni. Masak pukul 7 pagi. Bahan-bahan saya dah siap potong dari malam. Ikan dah siang dan tunggu goreng je. Dalam 15 minit siap masak. Sempat masuk office pukul 9 pagi. Masak awal sebab nanti adik saya boleh bawa kan bekal lauk kat Mak yang masih dihospital lagi. Kesian juga Mak makan lauk hospital tu macam tak berselera je. :( Doktor masih tak benarkan keluar wad sebab nak cukupkan 7 hari masuk antibiotik.

Mak mentua kesayangan saya selalu kirim taucu bila Husband ke sini. Taucu bukan sebarang taucu sebab taucunya sangat lah cantik, merah dan bersih je. Bukan yang macam saya selalu jumpa di Kedah, semuanya hitam-hitam dan bau ada pelik sikit heehee. Saya pun tak pasti kat mana mak mentua beli, rasanya kat Pasar Awam Batu Gajah je kot hehehe. Mungkin taucunya masih baru dan fresh. Rasanya pun sedap dan tak berapa masin

Masak Taucu ni mengimbau kenangan semasa belajar di zaman university 10-12 tahun lepas. Dulu semasa belajar di UitM Arau dan UitM Shah Alam, semua pelajar UiTM dapat makan secara percuma di Kolej (asrama). Menu yang selalu kami makan setiap hari ialah menu ikan, hari jumaat selalunya ayam dan kadangkala baru ada daging. Nak komplen apa, makan pun free saja. Bagi saya yang dari keluarga susah ni, makan percuma kat dewan makan tu adalah nikmat. Syukur sangat sebab dapat jimat duit. Kalau tak ramai yang datang makan, makcik dewan makan tu akan bagi 2-3 ekor ikan sekaligus. Ikan yang selalu dimasak kebanyakannya ikan cencaru (kitaorang panggil ikan jacket) dan ikan kejong (entahla ikan apa, dapat panggilan kejong sebab ikan tu keras sangat bila digoreng dan mulut dia ternganga semacam je heehee. Masak taucu ni lah selalu dihidangkan di dewan makan dulu. Saya tak pernah pun makan masak taucu, dan mak pun tak pernah masak. Dah masuk U baru tau hehehe.. Dulu hairan juga apa yang hitam hitam dalam kuah tu. Bila tanya mak, mak cakap mungkin taucu kot hehehe. Taucu??? Masa tu mana kenal taucu tu apa. Ingat sejenis tauhu T__T


 
P2100231ed

Jadi hari ni sebab ada ikan jaket dan taucu banyak lagi dalam peti sejuk tu, buatlah Masak Taucu ni. Masak Taucu ni boleh pakai sebarang jenis ikan. Saya suka masak taucu yang kuahnya jernih dan kurang berminyak. Jadi saya tumis pakai minyak baru (bukan minyak goreng ikan) dan pakai sedikit je minyaknya.  Sedap makan dengan sambal belacan tau hehehe..

P2100225ed 

Resepi Ikan Jaket Masak Taucu

Bahan-bahan :
4 ekor ikan jaket (cencaru) – digaul garam kunyit dan digoreng garing
2 Sudu Besar Taucu – letak dalam penapis halus dan lalukan dibawah air 2-3 kali
2 inci Halia – Dipotong nipis
2 ulas bawang merah – Dipotong nipis
2 ulas bawang putih  - Dipotong nipis
2 1/2 cawan air
1 batang celery - dipotong
½ biji timun dibuang biji dan potong memanjang tebal
1 biji bawang besar kuning – dibelah belah
1/2 sudu kecil biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah dipotong
3 sudu besar minyak – Saya pakai sedikit sahaja minyak, kalau nak lebih pun boleh

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia serta biji sawi sehingga wangi. Masukkan air dan taucu dan rebus seketika.

Masukkan  bawang besar, timun dan celery. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga mendidih dan akhir sekali masukkan cili merah dan ikan jaket yang sudah digoreng. Siap!

You Might Also Like

11 comments

  1. perghh boleh cuba nie.. aduh jadi lapo pulak

    ReplyDelete
  2. Aduhai , menyelerakan aih!! Grrrr

    ReplyDelete
  3. adui..tengah lapo ni. :)

    jemput ke blog nana nanti kelapangan

    ReplyDelete
  4. lama dah tak makan masak taucu ni Eny... sb kat rumah ni kalau buat memang tak ada peminat nak makan hehe :)

    ReplyDelete
  5. waa sdap nyer.. blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete
  6. saya pernah try masak sebab asben minta masakan even saya tak pernah makan atau masak taucu ni.. samada saya masak tak sedap atau tak kena dengan selera saya sebab tak pernah dari kecik makan masakan taucu ni. kekeke

    ReplyDelete
  7. my mom selalu masak taucu ni.. ikan ape2 je asalkan ade taucu n penghuni rumah nak makan.. Sue pun tak la minat sgt taucu ni tp boleh la kalau nak makan.. tu pun kalau memang ada lauk taucu je.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. teringat zaman duduk asrama dulu...ikan jaket selalu jadi hidangan...tapi masak taucu tak pernah lagi rasa..hihihi

    ReplyDelete
  9. masa saya kat itm dulu.. ikan jaket nih menu hari rabu.. ikan jaket masak sambal.. sayur labu masak lemak.. memang sampai hari ini ingat lagi walaupun setelah 20 tahun berlalu.. sebab saya peminat sayur labu.. hik hik hik itm dihatiku

    ReplyDelete
  10. Baru-baru nie zumal pun buat taucu gak ^-^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com