Buat Sendiri Kuah Rojak.......

8:30 pm

P2120432ed 
Siapa yang tak suka rojak kan... Kalau perempuan dapat rojak memang tak tolak hehehe.. Selalu rojak ni kita beli atau beli kuah rojak yang dah siap. Balik cuma perlu gaul dengan buah je. Tapi kadang-kadang saya buat sendiri kuah rojak dirumah. Dalam masa tak sampai 10 minit siap kuah rojak segera hehehe. Rasanya memanglah tak sesedap kuah rojak Mak Bee tapi ok lah sekadar nak hilangkan craving rojak tu :D

P2120392ed P2120426ed P2120429ed 

Resepi Kuah Rojak Segera
Bahan-bahan :
Sos Cili
Kicap
Belacan bakar - dihancurkan dengan pisau
2 biji cili padi - dipotong nipis

Cara-cara :
Satukan semua bahan dalam mangkuk.

12 

Kacau rata sambil tekan tekan belacan supaya sebati. Boleh juga masukkan dalam mesin pengisar je hehehe.

123 

Masukkan kacang atau bijan. Siap!

1234

You Might Also Like

8 comments

  1. oooo senang je kaedahnya Eny, baru kak ana tahu ,tq tq shared, belajar something hari ni :)

    ReplyDelete
  2. Senang je buat kuah rojak ni rupanya. Kena cuba ni. Saya biasa beli kat kedai je.

    ReplyDelete
  3. kecur air liur tgk rojak memalam cenggini....sy plg suka buah nenas tuhh....sedapnyerrrr hihiihi

    ReplyDelete
  4. ohh, kuah rojak ada belacan eh? sy biasa beli kuah rojak makbee je :) hehe sanggup masuk highway nak beli utk bawak stok balik sini :D

    ReplyDelete
  5. semudah ABC lah...tapi sis JM x leh mkn belacan...kalau x letak belacan mesti x sedap kan

    ReplyDelete
  6. tak susah sngt pun kan Eny, so far kaknoor belum pernah buat lagi, nak kena rajinkan diri ni

    ReplyDelete
  7. Ingatkan susah. Rupanya mudah je nak buat rojak buah ni. Just tumpukan perhatian pada kuah tu je. Alaahai

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com