Bihun Sup Tulang Dan Bergedil

12:00 pm


DSC_0640ed 

Saya suka sangat dengan bergedil. Tapi nak buat tu memang renyah lah. Nak kena goreng kentang tu, nak lecek, nak bulat bulat kan lagi, then nak kena celup telur, nak goreng balik…. Kalau time cuti je boleh buat dan tu pun kena prepare dari pagi. Kenapa tak ada jual bergedil instant atau yang sejuk beku eh? Hehehe…

DSC_0654ed 


Resepi Bihun Sup Tulang
Tulang secukupnya direbus bersama halia, batang celery, bawang besar dan lada hitam sehingga lembut dan lerai isinya.
Bihun – direndam beberapa jam kemudian direbus sehingga lembut

Bahan sampingan :
Daun Sup – dipotong halus
Daun Bawang – dipotong halus
Taugeh
Kacang tanah goreng

Resepi Sambal kicap
½ cawan bawang goreng
2 ulas bawang putih
15-20 biji cili padi
Kicap secukupnya

Kisar semua bahan diatas dalam blender dan siap!


Resepi Bergedil
8  biji kentang dikupas dan potong kecil
3 sudu besar daun sup
3 sudu besar daun bawang
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
2 biji telur
Boleh juga masukkan sedikit daging cincang jika suka

Goreng kentang yang dah dipotong separuh masak. Sejukkan dan lenyek sehingga hancur
Masukkan daun sup, daun bawang, lada sulah, garam dan gaul rata. Bentukkan bulat membujur.

Pukul telur. Celupkan bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.







You Might Also Like

8 comments

  1. walaupun leceh.. tapi hasil sedap.. memang berbaloi

    ReplyDelete
  2. 2 minggu lepas baru je makan bihun sup tulang... bergedil je xde.. :)

    ReplyDelete
  3. Eny cantiknya gambar makanan. Bila dah cantik tu kan, perut pun dah berkeriuk bunyi >.<

    ReplyDelete
  4. Fuh! Bergedil tu nampak sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee gambar cantik nampak makanan pun sungguh menyeleratkan.

    ReplyDelete
  6. Anddd... Mihun sup pun fav saya hehe

    ReplyDelete
  7. Kalu SS... Penuh bergedil aje.. Yummy..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com