Geram kalau tengok bunga ni mesti nak amik gear tembak sekeping dua hee hee

Jatuh cinta dengan bokeh yang terhasil tu :D

DSC04405ed

Ikan rebus ni memang agak popular kat negeri Perak. Selalu ke sana tak berkesempatan nak beli ikan rebus. Maklumlah ada jual pun kat pasar pagi je dan bukan hari-hari ada pasar pagi. Kalau berkesempatan je dapat ikut mak mentua ke pasar pagi Parit. Dulu ada nampak ada jual ikan rebus besar-besar dan sememangnya harga nya sangat mahal. Lagi mahal dari ikan fresh hehehe. Ni saya buat sendiri ikan rebus.

Actually tak susah mana pun nak buat ikan rebus ni. Cuma rebus dengan asam dan garam kasar. Lepas rebus, kaup ikan ke dalam tapisan dan keringkan airnya. Kemudian biar seketika di atas meja kena angin atau udara supaya kulit dia keras sikit barulah tak hancur nak pegang. Kemudian boleh la dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kalau orang dulu-dulu buat ikan rebus ni pun sebab masa dulu manalah ada peti sejuk, sebab tu ikan tu direbus dengan asam dan garam untuk mengelakkan ikan rosak dan berbau... rasanyalah kan hehe..

Antara menu yang boleh dimasak dengan ikan rebus ni ialah, Kari, Gulai Lemak atau sekadar digoreng sahaja. Di Perak juga pernah jumpa kedai yang ada menu Nasi Goreng Ikan Rebus. Macam nasi goreng kampung biasa tapi ada ikan rebus goreng dihidangkan sekali bersama sambal belacan. Sedap!

Ikan diletak asam dan garam. Kuantiti garam tu lebihkan sikit jika nak simpan lama. Asa boleh pakai asam keping atau asam jawa. Seeloknya pakai garam kasar yang dijual timbang kat kedai.
   P2260696ed

P2260694ed

P2260693ed
Kalau ke Ipoh atau batu Gajah jangan lupa singgah ke Kelang Kopitian Cafe di Batu Gajah. ABC (Ais Batu Campur) di situ memang terbaik! Harga pula dari RM 3 ke RM 4.50 (special). Ada pelbagai jenis ABC. Antaranya ABC Coklat, ABC Milo, ABC Jagung, ABC Cendol, dan macam-macam lagi jenis ABC. Ada juga makanan lain tetapi kami tak order sebab memang nak makan ABC je pun hehehe..

Cuaca pula panas sekarang, makan ais kacang memang nikmat!

Lokasi : Berdekatan Kampong Sri Jaya, Jalan Gopeng, Batu Gajah Perak. Kalau dari Pasaraya TF / Pasar Batu Gajah, terus sehingga jumpa jambatan Sg Kinta, lepas jambatan sikit akan jumpa shop lot. Kedai di situ lah. :)

P2200598ed

Otak otak ni RM 0.90 boleh order di gerai depan Cafe ni.
P2200602ed
Pokok belimbing ni di rumah mak mentua. Geram betol tengok. Bawa balik ke Kedah seplastik. Masak apa ye sedap belimbing buluh ni?

DSC04439ed



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!
CLICK BANNER TO JOIN!


Assalamualaikum semua=)

Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .

Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Dulu-dulu panggil papadom sebab tak tahu namanya. Sekarang dah tahu rupanya orang panggil keropok ubi. Tapi tetap nak panggil Papadom, tambah ubi di belakang jadi Papadom Ubi. Adehh.... Sabar je laah. :D

Kalau ke Telok Intan, masuk ke jalan jalan kampung pasti akan nampak barisan keropok bulat besar tergantung di depan kedai. Cubalah beli dan rasa produk istimewa dari penduduk Teluk Intan. Harganya cuma RM5 sebungkus (ada 2 keping). Itu pun jenuh nak habis sebab besar sangat. Ada perisa cili dan lemak manis. Nak buat makan dengan nasi pun boleh, mcm keropok ikan dan papadom hehehe....

DSC00394ed

Selain keropok ubi, ada jual keropok yang berwarna merah tu, keropok palembang kalau tak salah dan pelbagai hasil kampung mcm telur itik dan tapai ubi.

DSC04518ed
Kalau ke Telok Intan, wajib singgah di Restoren Mastan Ghani yang terkenal dengan Mee Rebus dan Rojaknya yang sangat sedap! Suka mee rebus dan rojak kerana kuah nya tak terlalu manis dan tak terlalu kuat rasanya seperti di tempat lain. Selain tu, saya suka minta cili lebih. Sedap sebab diorang pakai cili muda (cili hijau) dan bukanlah cili merah. Rasa dia pedas, rangup dan sedap dari cili merah biasa! Boleh dikatakan mee rebus di Mastan Ghani ni jauh lebih sedap dari Mee Abu di Alor Setar.

Mastan Ghani

Rojak ni macam pasembor di Kedah. Ada sengkuang, timun, taugeh dan cucuq.  Mastan Ghani

Selain itu terdapat lagi pelbagai menu seperti mee kari, laksa, dan nasi campur pelbagai lauk. Tapi boleh cuba Nasi Ayam Mastan Ghani yang tak kurang hebatnya. Nasi lembut dan wangi,  ayam tu sangat juicy dan tak terlebih masak.

Mastan Ghani Mastan Ghani Mastan Ghani

Lokasi :  Jalan Sultan Abdullah, Taman Antek Avenue, 36000 Teluk Intan, Perak - Sebaris dengan Kolej Komuniti Teluk Intan
Walaupun selalu ke Ipoh sebab suami menetap di sana, tapi saya jarang sebenarnya ke Telok Intan. Kebetulan emak saya pun berasal dan dilahirkan disini cuma dia dibesarkan di Perlis. Tapi emak kepada emak saya (tok) dan adik-adik emak masih menetap disini.

Inilah kampung mak di Teluk Intan. Kg Kunci Air 4, tempat tinggal peneroka sawah yang datang dari Kedah/Perlis dan meneroka tanah di Teluk Intan untuk dijadikan sawah bendang. Sebab tu kebanyakan orang disini bercakap utara atau loghat Kedah / Perlis. Tak macam loghat di sebelah Bota, atau tempat asal suami di sebelah Batu Gajah dan Parit. Kadang-kadang confuse jugak dengan loghat orang Perak ni hehehe. tapi tu lah keistimewaannya yang sampai sekarang saya kagum. Kalau disebelah emak mentua, diorang cakap bahasa tolu (eh betul ke eja ni he hee) dan bahasanya macam bahasa Negri Sembilan pun ada.

P2210606ed

Pemandangan di belakang rumah Tok.  Betul-betul ditepi sawah. Dulu-dulu teringat kalau musim menuai, mesin padi akan datang sampai hampir ke rumah. Rasa takut pun ada...  Kalau bendang ayah di Kedah jauh dari rumah. Tak macam disini, bendang sekeliling rumah. Cuma  disini ada juga kelapa sawit

Kini ramai yang campur tanaman antara padi dan sawit. Tak pasti kenapa mungkin sebab faktor pasaran kot.. Sebab tu boleh nampak ditengah bendang tiba-tiba ada pokok sawit. Something rare lah bagi saya sebab kalau di Kedah ni memang kalau sawah bendang tak campur dengan pokok lain. Selalu getah dan sawit je yang bercampur.

 Dan tak sah la kan kalau ke Teluk Intan tak datang ke Menara Condong Telok Intan. :D
P2210633ed




DSC04485ed 

Pemandangan Menara Telok Intan pada waktu malam. Lampunya bertukar tukar warna tau!! cantik sangat. Kami makan depan menara tu je kat food court sambil tengok lampu bertukar warna. :D
Recently Updated

Ada banyak lagi cerita mengenai Teluk Intan akan menyusul.. :)
Hai semua, masih bercuti ke? hehehe..

Saya hari ni dah masuk kerja, maklum lah di Kedah ni, Ahad kerja.

Sebenarnya baru je sampai dari Ipoh. bertolak dari Ipoh pagi-pagi buta sebelum subuh seawal 5 pagi dan alhamdulillah sampai ke Kedah 8.30 pagi. Lemudian terus ke office sempat masuk sebelum pukul 9 pagi. Ada appointment pula pukul 10 pagi tadi. Nasib baik semua berjalan lancar :)

Selepas habis appointment, bergegas ke parking kereta sebab lupa nak bawa turun bekal dari mak mentua. hehehe.. Pagi tadi mak mentua bekalkan lepat labu.

Sedap betul!!!!! Makan sambil pejam-pejam mata!

Yang mana tinggalkan komen dan follow tu nanti saya buat kunjungan balas ye. Ok nak sambung makan kejap :D

P2220658ed P2220648ed
Kalaulah bunga pun ada pasangannya... ini kan pula Manusia, sebaik sebaik ciptaan Allah.. :)

DSC01743ed
Bunga rumput ni memang favorite subjek hehehe..

Gear : SonyA290 Lokasi : Tepi jalan

DSC09732ed
DSC08429ed

Ikan Cencaru Belah Belakang atau ada yang panggil Ikan Cencaru Sumbat. Kebiasaanya disumbat dengan sambal tomato atau sambal kelapa. Yang saya buat ni ialah sambal kelapa. Buat kat rumah mak mentua hehehe..  that’s why tak ada gambar plating sebab segan nak tangkap gambar bagai, orang semua dah nak makan hehehe..

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa

Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar
1 ½ cawan kelapa parut

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Jika termasuk lebih air atau inti sedikit berair, boleh masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga kering sedikit airnya. Rasa garam dan gula secukup rasa.


Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la dibakar atau digoreng.
Bunga Ros pink kecil ni dari laman rumah mak mentua. Cantik :)


DSC01745ed

 Happy Chinese New Year to all those who celebrate it and happy holidays to those who don't :)

CNY2
Hai semua,
Saya tengah bercuti sekarang, tak bercuti mana pun, just balik kampung rumah mak mentua, doing some photoshoot kat kampung, ambil gambar bunga, ayam, itik, burung, kera, monyet, dan masak heehee. Disebabkan line 3G di kampung Piandang Lama ni tersangatlah mendukacitakan, saya terpaksa buat auto post semua entry sepanjang saya bercuti. Jadi entry yang anda baca sekarang dan entry selepas ini adalah autopost. Kunjungan balas dan follow back akan dibuat bila saya balik bercuti nanti. Hehehe.

Resepi Asam Pedas Untuk Dia..... eh Asam Pedas Ikan Patin, versi simple habis tapi sodap!

DSC_0542ed

DSC_0553ed

Resepi Asam Pedas Ikan Patin

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin saiz sederhana besar - dipotong dan dicuci dengan perahan limau kasturi
2 senduk cili kisar - cili kering direbus dan kemudian dikisar
1 camca besar pes asam jawa
1 batang serai
2 kiub pati ikan bilis
Terung / timun
sedikit minyak untuk tumis
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan dikisar :
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
sedikit belacan


Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga garing dan kemudian masukkan cili. Masak sehingga cili benar-benar masak dan garing.

Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan, pes asam jawa, kiub ikan bilis, serai, daun kesum, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.

Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan terung. Biar mendidih lagi sehingga ikan masak.


DSC_0640ed 

Saya suka sangat dengan bergedil. Tapi nak buat tu memang renyah lah. Nak kena goreng kentang tu, nak lecek, nak bulat bulat kan lagi, then nak kena celup telur, nak goreng balik…. Kalau time cuti je boleh buat dan tu pun kena prepare dari pagi. Kenapa tak ada jual bergedil instant atau yang sejuk beku eh? Hehehe…

DSC_0654ed 


Resepi Bihun Sup Tulang
Tulang secukupnya direbus bersama halia, batang celery, bawang besar dan lada hitam sehingga lembut dan lerai isinya.
Bihun – direndam beberapa jam kemudian direbus sehingga lembut

Bahan sampingan :
Daun Sup – dipotong halus
Daun Bawang – dipotong halus
Taugeh
Kacang tanah goreng

Resepi Sambal kicap
½ cawan bawang goreng
2 ulas bawang putih
15-20 biji cili padi
Kicap secukupnya

Kisar semua bahan diatas dalam blender dan siap!


Resepi Bergedil
8  biji kentang dikupas dan potong kecil
3 sudu besar daun sup
3 sudu besar daun bawang
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
2 biji telur
Boleh juga masukkan sedikit daging cincang jika suka

Goreng kentang yang dah dipotong separuh masak. Sejukkan dan lenyek sehingga hancur
Masukkan daun sup, daun bawang, lada sulah, garam dan gaul rata. Bentukkan bulat membujur.

Pukul telur. Celupkan bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.







When you have nothing left, have faith... If Allah can bring you to it, He will bring you through it...

DSC00642ed

Location : Kg Piandang Lama, Siputeh Perak 
Gear : SonyA290, Tamron 70-300mm lens attached
Apa beza mee/bihun sup utara ni dengan mee/bihun sup lain? heheh rasanya mungkin sebab mee sup utara ni dihidangkan dengan sambal cili manakala kalau dinegeri lain selalunya dihidangkan dengan sambal kicap. Selalunya sambal cili dibuat dengan serbuk cili halus yang ditumis dengan sedikit minyak. Tapi saya suka buat sendiri sambal cili menggunakan cili kering yang dicampur cili padi. Memang sedap makan dengan sup begitu sahaja atau mee sup ni. Sambal ni juga sesuai dibuat sambal untuk nasi ayam.

Mee Sup saya buat kali ni simple je. Tak payah letak banyak bahan-bahan pun sebab yang sedapnya ialah kat sambal cili tu hehehe...


P2120353ed P2120335ed P2120375ed

Resepi Mee Sup Bersama Sambal Cili

Bahan-bahan Sup Ayam
½ ekor ayam – potong besar-besar
1 bunjut sup
1 Bawang besar – dibelah 4
3 ulas bawang putih – diketuk
2 batang celery – dipotong nipis
3 inci halia dihiris nipis
Bebola ikan / kek ikan
Air secukupnya
Daun sup

Cara-cara :
Rebus ayam dengan semua bahan kecuali bebola ikan. Rebus sehingga isi ayam masak. Keluarkan ayam dan pisahkan isi dari tulang. Rebus semula tulang tadi sehingga sup betul betul beraroma. Isi ayam tadi pula disiat siat atau ditarik tarik.

Selalunya saya rebus sehingga bahan-bahan seperti bawang, dan celery tu dah nak hancur baru sedap hehehe.

Akhir sekali masukkan bebola ikan dan siap!

Bahan-bahan Sambal Cili :
7-8 tangkai cili kering – direbus
10 biji cilipadi merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2-3 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka
Sedikit minyak untuk tumis – dalam 2-3sudu besar

Cara-cara :
Kisar cili kering rebus, cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit sahaja air.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak, kering dan garing. Angkat dan biar sehingga sejuk sedikit. Masukkan garam dan gula serta tuang sedikit cuka dan kacau rata. Lebihkan sedikit gula jika nak rasa sedikit manis. Sambal ni juga sesuai dibuat sambal untuk nasi ayam cuma lebihkan sedikit halia dan bawang putihnya. Kalau alah pada cuka boleh gantikan dengan perahan limau

Cara Hidang : Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan mee kuning dan biarkan mendidih sekali lagi. Terus tapis dan basuh mee dibawah paip air untuk hilangkan minyak, garam dan rasa kapurnya.

Masukkan mee dalam mangkuk, masukkan isi ayam yang telah disiat dan masukkan kuah ke dalam mangkuk tadi. Tabur daun bawang / daun sup dan letak sambal cili diatasnya.






Selalu sangat kita nampak pokok Bougainvillea atau bunga kertas ni tumbuh merimbun. Tapi jarang tengok pokok bougainvillea yang ada 2 helai ni je bunganya he he he he...

DSC01744ed
Click Banner Untuk Join :)



P2120432ed 
Siapa yang tak suka rojak kan... Kalau perempuan dapat rojak memang tak tolak hehehe.. Selalu rojak ni kita beli atau beli kuah rojak yang dah siap. Balik cuma perlu gaul dengan buah je. Tapi kadang-kadang saya buat sendiri kuah rojak dirumah. Dalam masa tak sampai 10 minit siap kuah rojak segera hehehe. Rasanya memanglah tak sesedap kuah rojak Mak Bee tapi ok lah sekadar nak hilangkan craving rojak tu :D

P2120392ed P2120426ed P2120429ed 

Resepi Kuah Rojak Segera
Bahan-bahan :
Sos Cili
Kicap
Belacan bakar - dihancurkan dengan pisau
2 biji cili padi - dipotong nipis

Cara-cara :
Satukan semua bahan dalam mangkuk.

12 

Kacau rata sambil tekan tekan belacan supaya sebati. Boleh juga masukkan dalam mesin pengisar je hehehe.

123 

Masukkan kacang atau bijan. Siap!

1234
Hari ni masak bubur daging pedas je. Letih sangat. Resepi ni campak-campak je. Semua orang pun boleh buat. Nak pedas letak chilli flake dan lada hitam lebih sikit. Hari tu pun buat bubur ni. KLIK SINI

  P2030012ed

P2030020ed

P2030039ed

Resepi Bubur Daging Pedas

Bahan-bahan :
Beras
Air secukupnya
Sedikit halia dicincang
Sedikit bawang putih dicincang

Bahan-bahan perapan :
Daging - dihiris nipis-nipis
Serbuk cili yang jenis kasar (chilli flakes)
Sos tiram
Sedikit minyak
Sedikit lada hitam
Minyak bijan
Sedikit minyak untuk tumis

Cara-cara :

Perap seketika daging bersama semua bahan diatas.

Rebus beras bersama halia dan bawang putih sehingga jadi bubur nasi.

Tumis atau goreng daging yang diperap dalam sedikit minyak sehingga daging agak masak.

Masukkan daging goreng tadi kedalam bubur nasi dan rebus seketika sehingga daging masak dan lembut.

Hidangkan dengan daun bawang
Telur puyuh ni beli sebab ada paid assignment dari kawan yang perlukan gambar telur puyuh. Lepas habis shoot taktau nak masak apa. Buat sup je la hehehe..

P2100273ed P2110317ed P2100270ed P2110327ed

Resepi Sup Campur Telur Puyuh

Bahan-bahan :
Telur puyuh secukupnya - direbus dan buang kulit.
Putik jagung manis
Kobis bunga
Cendawan tiram
2 batang celery
1 batang lobak merah - dipotong panjang
Sedikit suun - direndam sehingga lembut dahulu
4 ulas bawang putih diketuk
2 ulasbawnag merah dihiris nipis
2 kiub ayam
air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan celery dan lobak merah. Kacau sebentar sehingga wangi. Masukkan air dan kiub ayam. Masukkan garam dan biar sehingga mendidih.

Masukkan semua sayuran dan masak sehingga lembut.

Akhir sekali, masukkan telur puyuh rebus dan suun dan siap!