Sotong Masak Pedas

11:00 am

Ke Kuala Kedah dengan husband mencari seafood fresh. Kalau di Kuala Kedah ni memang seafoodnya agak murah dan lebih best tu sebab fresh dan baru naik je.

Dapat rasa perbezaan ikan, udang atau sotong yang dibeli di Kuala kedah dengan yag dibeli di pasar biasa. Sebab tu kalau tak ke Kuala Kedah, jarang masak seafood ni sebab dah dapat rasa yang sedap, malas nak beli yang pasar biasa tu. Harga pun mahal! Sepinggan sotong kecik pun RM13. Kalau di Kuala Kedah sepinggan sotong besar yang fresh baru RM10. Kalau beli kilo harga sekitar Rm13 ke Rm15 je. Udang pula harga dari Rm 20 ke Rm25. Tapi kalau time tak ada harga udang boleh cecah Rm50 sekilo!

Sotong Masak Pedas
Sotong masak pedas ni resepi simple dan campak-campak je. Semua orang pun boleh buat rasanya hehehe. Cuma masalah kuah sambal sotong selalu berair. Kalau pakai sotong fresh memang air sotong tu tak jadi berkuah.

Tapi ada petua nak kurangkan air dalam sambal sotong. Caranya, goreng sekejap sotong yang dah dicuci dan disiang didalam kuali tanpa minyak- kalau dapat pakai non stick pan lagi bagus. Biar sehingga air sotong keluar kemudian kaup sotong sahaja dan masukkan dalam kuah sambal yang dah ditumis.
  Sotong Masak Pedas

Resepi Sotong Masak Pedas

1 kg Sotong Putih, dicuci dan dipotong 
Bahan ditumbuk atau kisar :
4-5 biji cili merah segar
6 biji cilipadi
2-3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Bahan lain
1 sudu besar rempah daging
Minyak masak secukupnya
Bawang besar dipotong

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama serbuk kari daging sehingga wangi. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan biar sotong masak sekejap saja. Siap!!


Sotong Masak Pedas

You Might Also Like

40 comments

  1. Wah..cantik2 dan segr sotong2 tu la..SA pun guna kaedah yang sama untuk buat sambal sotong..memang macam tu caranya untuk x bagi sambal sotong berkuah....ni antara menu fav SA...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sotong mmg banyak air kan.. tpi xkurangkan rasa dan khasiat dia ka nanti?

      Delete
    2. wow..tapi elergik dgn seafood kadang2 derhaka juga

      Delete
    3. elergik takpe.. sakit makan ubat.. hehehe

      Delete
  2. assalamualaikum eny....sedapnya terliur tengok ni...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meleleh-leleh.. penuh air liur dalam mulut nih

      Delete
    2. aduhhh mcm nk minta sikit jer..

      Delete
  3. memang la beli ikan dekat kawsan nelayan mmg murah. segar bugar lagi, berbanding beli kat pasaraya. Resepi mudah gila.. tak pernah wat letak serbuk kari.. nanti nak wat tambah serbuk kari plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua kawasan murah.. ada jugak nelayan jual mahal.. huhuhu

      Delete
    2. kadang kalau dia tahu bukan orang tempatan .. mahal aje dia tolak

      Delete
  4. selalu buat sotong masak asam, sambal sotong, masak kicap..ni resepi baru..blh cuba

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan.
    Thanks sudi singgah blog saya.
    Follower #135.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang dr shikin.. jap lagi nak berkunjung kat blog dr pulak

      Delete
    2. hihii kita pun nk gak g umah blog dr shikin

      Delete
    3. dr shikin buat giveaway.. jom join

      Delete
  6. untungnya dok dkt area2 kuala kedah. fresh2 seafood dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kawasan ada kelebihan dan kelemahan

      Delete
  7. freshh2 jer kann baru sedap nak buat masakan..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kalau goreng jangan lama.. nanti liat

      Delete
  9. Inilah pantang larang kita, PANTANG TENGOK SEAFOOD! Hihi.. memang dari dulu pasang impian nak pergi negeri2 utagha dengan pantai timur, sebab banyak seafood yang fresh+murah..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com