Pulut Inti Pulut Sambal

9:00 am

Ramai yang tak tau rupanya Pulut Sambal tu apa hehehe. Mungkin cuma ada di Kedah saja kot. Sebab kalau balik ke Ipoh, memang tak pernah jumpa pulut sambal. Mohon pencerahan kawan-kawan dari negeri lain.

Ok lah hari tu saya ada post entry mengenai Laksa Telok Kechai yang sangat popular di Kedah. Laksa ni dihidangkan sekali dengan Pulut Sambal. Pulut tu masuk sekali dalam pinggan laksa atau makan je macam tu saja hehehe. Kalau di Kuala Perlis, Laksa Kuala Perlis dimakan bersama pulut udang, Jadi Kuala Kedah punya style dimakan bersama Pulut Sambal.

Pulut Sambal ni selalunya boleh didapati di gerai kuih pada waktu pagi. Selalunya memang ada jual. Kalau ke Kedah singgah je kat mana-mana gerai kuih pasti ada.

Kebetulan pagi tadi jumpa Pulut Sambal dan juga Pulut Inti. Saya beli lah. Cuma RM1 untuk 3 bungkus.

Pulut Sambal ni pulut yang dimakan bersama serunding ikan. Rasanya pedas pedas manis. Memang sedap. Rasa macam makan ketupat daun palas dengan serunding hehehe.
  Pulut

Pulut

Kalau Pulut Sambal Pedas, Pulut Inti ni pulak manis rasanya. Intinya dibuat dari kelapa parut dan gula melaka, seperti inti kuih ketayap tetapi sedikit lembab. 

Pulut

Pulut

Cara nak membezakan mana satu Pulut Sambal atau Pulut Inti ialah dengan melihat cara bungkus dan lipatan daun pisangnya. Pulut inti dibungkus segitiga comel. Manakala Pulut Sambal dibungkus membunjut dan dicucuk lidi.

Ini Pulut Sambal yang dimakan di Kedai Laksa Telok Kechai Kuala Kedah, agak besar sikit dan harga 60 sen satu.

P1160928ed

P1160942ed

Kalau datang ke Kedah boleh la cari kedua jenis pulut ni untuk dicuba :)

You Might Also Like

7 comments

  1. sedapnyaaa tengok. lama dah tak makan pulut :D

    ReplyDelete
  2. Sekali tengok, macam nasi lemak. Bila tengok betul-betul, rupanya pulut sambal. Nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok banyak kali pula.. terasa lapar hehehehe

      Delete
  3. kiranya makan dengan serundinglah kan Eny...kombinasi yang lazat pastinya :)

    ReplyDelete
  4. Err yang ni kita tak pernah makan.. lepas ni mana tau ada rezeki boleh cuba :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com