Gado Gado dan Resepi Kuah Kacang Segera

4:59 pm

Gado-gado atau ada yang panggil Pecal. Kalau di sebelah utara ni, rojak atau pasembor pun lebih kurang macam ni cuma ada cucur udang dan baha-bahan seperti timun dan sengkuang dihiris halus. Nak letak resepi pun mesti ramai yang tahu buat kan hehehe. Cuma nak share resepi kuah kacang segera. Boleh buat siap-siap dan nak makan cuma tambah air je.

P1231461ed P1231466ed P1231488ed

Resepi Kuah Kacang Segera 
Bahan-bahan boleh disiapkan terlebih dahulu, kisar dan simpan. Bila nak makan baru lah campur air, garam, gula dan air asam jawa

Bahan-bahan :
2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan kisar
10 -12 tangkai cili kering - digoreng
1 genggam ikan bilis - digoreng garing
1 sudu besar udang kering tanpa kulit - digoreng garing
2 sudu besar bawang goreng
Air asam jawa
Air kosong
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Kisar cili kering goreng, bawang goreng, ikan bilis goreng, udang kering goreng sehingga halus. Campurkan dengan kacang tanah kisar dan gaul rata.

Bila nak makan, cuma campur air secukupnya dan tambah air asam jawa sedikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak seketika diatas api sehingga mendidih dan pekat.


You Might Also Like

18 comments

  1. Akak dalam entri ni.. tq jd sumber inspirasi.. huhuh

    http://www.papaglamz.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang malaysia best blog.. blog eny nih

      Delete
  2. Betullah pecal kan hehe, memang salah satu makanan feveret kak ana ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak sy pun sukaaa :D sy pernah termakan pecal yg dah basi T_T nervous sgt setiap kali makan

      Delete
  3. Salam. Hee sedap gado gado banyak tahu.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. memang buat semua orang terliur.. hehehehe

      Delete
  5. saya panggil pecal. hehehe :D
    jom join segmen saya kak eny ^__^

    ReplyDelete
  6. SA pernah makan...memang sedap...

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan pecal...sedap ni...

    ReplyDelete
  8. kat kenduri pun kadang2 orang hidang pecal ni :D

    ReplyDelete
  9. Nice sharing kak.. kita tak pernah makan gado gado lagi :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com