Fresh Seafood Di Kuala Kedah

/
20 Comments
8:59 pm
20150116_181221 20150116_180641 20150116_181402 20150116_181354 

 Bagi yang nak cari seafood yang fresh di Kuala Kedah, boleh ke Kg Kubang Rotan. Cara nak pergi, dari Jalan Kuala Kedah, dihujungnya akan jumpa simpang empat, kalau masuk kiri ke terminal feri, jadi kena masuk ke kanan, dan jalan sampai jumpa satu simpang ke Muzium Kota dan Kota Marina di sebelah kanan. Masuk simpang kanan tersebut dan naik satu jambatan tinggi merentasi  Sungai Kedah.

Selepas turun dari jamabatan tu terus akan jumpa simpang 4, ambil kanan untuk ke Kubang Rotan. Jalan terus sehingga jumpa simpang tiga dan masuk kanan dan akan jumpa satu jambatan sempit. Boleh lalu sehala je, jadi kena berhenti dan bagi laluan. Selepas melalui jambatan tu terus akan jumpa tempat berjualan ikan dan seafood segar. Tempat ni kalau diwaktu pagi ialah pasar basah dan pasar tani. Di waktu petang terdapat nelayan-nelayan bot kecil yang menjual hasil tangkapan kecil-kecilan tetapi sangat fresh dan murah. Jadi datang lah waktu petang sekitar jam 6 petang ke atas.

Boleh rujuk peta ni ye.

Kuala Kedah

Kalau nak ke tempat saya ambil gambar sunset dan ada bangunan merah yang dikenali sebagai Kota Marina tu, dari jambatan tinggi, lepas turun jambatan, jumpa simpang empat. Kalau ke kanan kita ke Kubang Rotan tadi. Kalau masuk kiri kita akan menuju ke sunset point Kuala Kedah, Muzium Kota dan Kota Marina. Di situ setiap petang ramai berjualan keropok, rojak, goreng pisang untuk dimakan sambil layan pemandangan matahari terbenam. Mataharinya nampak jelas berlatarkan bot-bot nelayan yang balik dari mencari rezeki pada waktu petang.

P1160963ed3 P1161021ed


You may also like

20 comments:

POJIEGRAPHY BLOG said...

Good photography technique and those seafoods memang nampak sedap!

Shima Hasan said...

Nak pesan ketam boleh tak..hehe

mas yana said...

nampak freshhh semuanya.. misti manisss...

ICHI kejupenyet said...

bestnya. nampak macam segar je. mesti isinya maniskan..

Amanda Suria said...

mak aiii....freshnya seafood...dah la kegilaan SA plak tuh

ajim (kerusiburok) said...

cantiknya bangunan warna oren tuh!! kota marina eh? kena try pegi once i di kuala kedah one day :)

Scdha Sein said...

Ubat gatal paling sedap adalah seafood... He he He..

yoorin melacolea said...

mak aiiii.. best nyaaa tengok udang tuuu.. kepala otak automatik terbayang udang tempura!!!1

anajingga said...

memang nampak sangat-sangat segar, kalau kat sini di Selangor boleh didapati di Kuala Selangor atau di Teluk Intan pula di Simpang Empat ,Hutan Melintang tempat pendaratan ikan dan hasil laut yang segar-segar.

azman Arsad said...

hahaha.. belum masak lagi dah nampak sedap.. memang terbaikkk

azman Arsad said...

saya nak jugak

azman Arsad said...

sangat.. sangat.. sangat.. fresh

azman Arsad said...

sangat.. sangat.. sangat.. segar

azman Arsad said...

feveret saya juga

azman Arsad said...

semoga selamat berkunjung

azman Arsad said...

ubat yang sangat sangat sangat sedap

azman Arsad said...

hahahaha.. sedap juga tu

azman Arsad said...

dekat kluang pula.. pi pasar besar kluang.. itulah yang paling fresh kat sini.. hehehehe.. (FRESH LE SANGAT IKAN PASAR TU) hik hik hik

Queen Contest said...

Alahai jelesnya nengok gambar si hidupan laut ni.. harap satu hari nanti dapat pi sana, nak meratah depa cukup-cukup xD

azman Arsad said...

betul tu.. sangat geram melihatnya