Donat Balls Yang Lembut dan Gebu!

9:35 am

Donut balls untuk breakfast pagi ni. Buat bentuk bola sebab senang dan cepat hehehe. Rasa sama je pun :D

6927487170_486703d0bb_oed

6927487170_486703d0bb_oed2

Resepi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/4 cawan susu
2 sudu besar mentega  cair
6 sudu besar gula pasir
1 paket yis  kering mauripan
1 biji telur

Cara-cara

Air suam, gula dan susu disatukan, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi dan biar sehingga berbuih. Kalau tak berbuih tandanya yis dah mati dan tak aktif. Kena tukar paket yis lain hehe

Campur mentega cair dan telur. Pukul sekejap sehingga sebati.

Campur tepung dan campuran mentega dan telur

Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan campurang mentega dan telur, gaul sebati dengan senduk kayu.

Biar adunan selama 45 minit.

Sapu tangan denga tepung dan uli sekejap adunan. Adunan memang agak melekit. Kalau lembik sangat tambah tepung sedikit demi sedikit.

Buat bentuk bulat atau tekap acuan donut.

Biar donut kembang sedikit sebelum digoreng minyak sederhana panas. Kena balikkan selalu supaya warna donut sama rata je.

Saya golekkan donut tadi dalam gula caster halus (bukan gula icing) yang bercampur sedikit serbuk kayu manis. Sedap!!!

You Might Also Like

15 comments

  1. waaah! nmpk lagi menarik mcm ni! donut ring tu dh biasa sgt hehe (Y) (Y)

    najlaafir.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tiba2 donut ni nampak lg menarik.. hahahaha..
    lain dari yg biasa.. :)
    rajin kak eny tau..

    ReplyDelete
  3. Donut macam ni lagi senang nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali ngap aje.. hehehe.. yum yum yumm

      Delete
  4. Nampak menarik...budak2 mesti suka kan..

    ReplyDelete
  5. Mcm orgnyer.. Upss.. Hahahha. Joking..

    ReplyDelete
  6. comel donut bulat-bulat macam ni :)

    ReplyDelete
  7. Comel donat ni akak, ekceli kita dah tak boleh nak tengok donat.. sebab semalam dah puas mentekedarah donat banyak2, so sekarang dah rasa mual sikit, ahaks..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com