Doa Untuk Zorro Oppa

Salam semua, hari ni sedih sangat. Saat taip entry ni pun saya masih menangis. Park Zorro atau kami selalu panggil dia Zorro Oppa kena langgar dengan superbike yang ditunggang laju depan rumah. Zorro Oppa dan seekor lagi kucing Sa Rang memang selalu main depan rumah. Tetapi memandangkan  jalan depan rumah ada "bumper" jadi setiap kali kereta dan motor yang lalu akan perlahan kan kereta disitu. Tambahan pula selang 2-3 buah rumah ada rumah yang buat keas mengaji budak-budak.

Tapi penunggang superbike tu agaknya tak pakai otak atau ada otak letak di lutut. Jalan dalam taman perumahan ni bukan lah medan nak test power motor. Ramai kanak-kanak, orang tua, yang berjalan ke surau, ke kedai. Jalan selebar 40 kaki  tu bukan lah besar mana, kalau selisih kereta pun cukup-cukup.

Kejam, dah langgar tanpa rasa bersalah tinggal pula dia menggelupur macam tu. Nasib baik ada budak-budak (yang ternyata cerdik dan pandai gunakan otak) angkat dan bagitau kami.

Kesian sebab dia menderita dan tahan sakit. Darah membuak keluar dari mulut. Mungkin internal bleeding. Nak bawa ke Vet, dah malam mana buka, esok pula Jumaat, di Kedah sini cuti. Kami cuma mampu tenangkan dia dan lap darah dimulut. Ya Allah.

Dari tadi doa saya, jangan lah dia menderita lama, Kalau dah tak ada harapan, kami rela dia pergi dari menanggung derita. Tak tahan melihat dia menanggung sakit macam tu. Kalau dia ada harapan untuk sembuh semoga dia cempat sembuh dan dikurangkan rasa sakit tu. Mohon doa dari semua juga ya.

Stray cat yang singgah di rumah kami 2-3 bulan lepas. Dia masih lagi baby ketika datang dalam keadaan comot dan lapar. Mata penuh taik mata, dan ada selsema teruk. Mula-mula memang berat nak adopt memandangkan kami dah banyak kucing dirumah. Jadi kami beri makan diluar sahaja. Tapi bila dah jadi kawan Sa Rang yang keseorangan selepas adik beradik dia mati sebab sakit, dan dia pun manja dan baik, maka kami ambik juga lah bela, adik saya mandi kan dia sampai bersih, wangi dan comel. Dia memang manja, sangat manja. Mungkin sebab rindukan ibunya. Tak tahu siapa yg buang dia didepan rumah kami.

Sekarang dia cuma terbaring, boleh bergerak tetapi rasanya tengah menahan sakit, yang kami tak tahu sakit tu dimana... bukan dia boleh bercakap... hanya Allah yang tahu penderitaan dia...

Mohon doa dari semua.... 

P1171134ed

Post a Comment

6 Comments

  1. Kesiannya kucing tu akak..tak patut betul penunggang motor tu, kalau terlanggar anak orang ke macamana kan.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya.. kita kalau pergi rumah sedara yang dok dekat2 dengan taman memang rasa seram.. dah la kereta motor bawak laju je.. takde signal nak bawak sopan santun pun.. baidewei get well soon zorro oppa

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Saya memang penggemar kucing. Terus terang, saya tak kuat nak tengok keadaan kucing bila kena langgar. Bila tengok dia tengah bertarung nyawa tu rasa macam "Ya Allah! Kalau dia boleh sembuh, sembuhkanlah dia secepatnya. Kalau dia sudah tidak boleh sembuh, putuskanlah nyawanya kerana aku tak sanggup tengok dia menderita".

    Moga kuat ya Kak Eny. InsyaAllah dia akan okay. Andai kata dia tak dapat diselamatkan, kita terima je kak. Kesian dia merana nanti. :(

    ReplyDelete
  4. bersabar yer.. kucing ada banyak nyawa... jangan terkejut kalau dia boleh lalui pengalaman begitu dan kembali pulih... biarkan dia sekejap... kalau sembuh dia akan sembuh sendiri, kalau tak redha saja lah

    ReplyDelete
  5. kesian Zorro, samalah disaat mereka ni dalam kesakitan jika tiada peluang sembuh kak ana juga doakan agar dipermudahkan mereka pergi, kerana mereka makhlukNya yg suci... kak ana faham apa yg Eny rasai kini..tabahlah Eny..

    ReplyDelete
  6. saya pun macam dah nak nangis baca entri ni. mesti sakit kucing tu. dia cedera kat dalam tu. cuba orang kena langgar pastu menggelupur dan berdarah kat mulut macam tu, tentu menderita. Saya hanya mampu berdoa supaya dia terus selamat dan hidup. isk isk

    ReplyDelete