Bubur Pulut Hitam Berkrim

1:00 pm

Beras pulut hitam dibeli di Padang Besar hari tu. Kadang-kadang beli tempat lain, beras nya dicampur dengan pulut hitam yang jenis untuk buat ketupat.

Bubur Pulut Hitam

 Senang je cara nak buat bubur pulut hitam ni. Cuma rebus sehingga lembut dan kembang dengan daun pandan, masukkan gula secukup rasa dan siap. Sukatan air tu terpulang kalau nak pekat, kurangkan lah, nak bubur jenis cair lebihkan sikit. Lepas tu bila nak makan, tuangkan santan pekat atau susu cair dan kacau. Kalau nak campur santan sekali harung dalam periuk pun boleh je. Cuma make sure rebus pulut tu sampai lembut dulu lah.

  Bubur Pulut Hitam

Yang saya buat ni tak letak santan atau susu, tapi dimakan dengan lebihan whipping cream UHT dari kotak lebihan buat cheese cake itu hari. Tak payah la putar cream tu. Tuang macam tu je hehehe.. Bubur ni sedap dimakan suam-suam atau disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk.


Bubur Pulut Hitam

Rasa-rasa nanti nak buat giveaway kat blog hadiahnya Pulut Hitam Padang Besar ada yang nak join tak heeheehee..

You Might Also Like

15 comments

  1. sangat menyelerakan.. rupanya cara snap pic tu pn blh menaikkan selera, belum tgk depan2 lagi..

    ReplyDelete
  2. When photographer cooking.. Terbaeeekk..

    ReplyDelete
  3. erm dipermodenkan dengan whip cream, pasti satu citarasa yang berbeza ni Eny :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eny memang sangat pandai mengolah resepi

      Delete
  4. Hahaha boleh je kak, mesti kita join GA akak laju2.. sedap woo bubur pulut hitam ^_^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com