Hai semua,
Minggu yang sangat busy. Akhir tahun ni semua benda nak kena siapkan, deadline dan yang paling best ialah cuti pun banyak. Tapi tu lah mana yang nak habiskan cuti tahun, pun masa ni lah.. jadi banak kerja tertangguh bila office tak penuh je hari hari huhuhu…
Mungkin ramai yang sekarang ni ada di kampung atau ada yang bercuti dengan anak-anak. Saya masih bergelut dengan kerja di pejabat dan pada sebelah malam bergelumang tepung dan coklat menyiapkan tempahan brownies dan kek. Penat? Sapa kata tak penat. Nak kata tak kenal erti penat tu, tipu lah. Mengadu juga, beraduh juga, tapi jiwa dan hati kalau kita yakin kita boleh buat, maka bolehlah, jadilah ia.. dan semestinya dengan izin Allah juga kan..

Semalam saya tidur awal, sebab berjaya siapkan kek yang dibakar sebelum pukul 12 tengahmalam. Jadi by 1 am, saya dah tidur. Esoknya bangun seawal 5.30 am, untuk bahagian mendeko dan packaging… Alhamdulillah by 7.30am semuanya setel dan begitulah rutin saya sehari-hari sejak berbisnes kek ni… hehehe

Maaflah jika tak blogwalking macam dulu. Masa yang ada tu nak update pun curi curi masa.. Nak masak untuk blog pun tak macam dulu, tapi saya cuba juga kongsikan beberapa resepi baru, setakat mampu.

Ok resepi ulang tayang. Macaroni goreng daging cincang kegemaran adik-adik saya. Selalu kalau tak tahu nak makan apa, inilah yang saya masakan, tu pun kalau ada bahan-bahannya lah.

Resepi yang senang ni sesiapa saja pun boleh buat.. Jangan ingat dengar pasta je, semua gabra tak tahu nak masak, susahla apa la, tapi masaknya macam biasa je, Cuma kena kenal bahan-bahannya je…

P8092637
P8092655
P8092579


MACARONI GORENG DAGING CINCANG

Bahan-bahan
200gm  macaroni elbow saiz sederhana
1 cawan sayur campur beku (mix vegetables)
300 gm daging cincang
½ cawan cheese cheddar parut
4 batang sosej - dipotong nipis
1/2 cawan tomato puree
1 biji tomato - dipotong dadu
4 bawang putih dicincang
1 bawang besar dicincang dadu
½ cawan minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar herba itali kering
Garam secukup rasa

Cara penyediaan 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan daging cincang dan sayur campur. Masak seketika.

2. Masukkan tomato puri,  tomato cincang, sos tiram, sos cili dan herba itali kering. Masukkan macaroni yang telah direbus dan garam secukup rasa. Kacau rata dan goreng seketika.

3. Akhir sekali masukkan parutan cheese cheddar dan bolehla dihidangkan

Jom cuba resepi Macaroni Goreng Daging Cincang ni untuk keluarga tersayang!


Hai semua...

Mesti ramai yang sukakan kek keju. Kalau kek keju dijual kat cafe dan kedai bakery ni mahal ya amat. Sepotong dah dekat berapa belas ringgit kan. Apa lagi sebiji kek mesti dekat seratus lebih. Bagi penggemar kek keju, sebenarnya tak susah nak buat sendiri. Bahannya pun tak lah mahal sangat. Kalau peminat fanatik kek keju, tu mesti sanggup cuba buat sendiri kan! Jadi jom kita belajar buat kek keju mudah dan murah.

Kek keju ni ada dua versi ya. Ada jenis sejuk no-baked atau chilled dan jenis bakar. Selalu yang bakar menggunakan telur didalam adunan, manakala yang jenis chilled tidak menggunakan telur tetapi menggunakan gelatin supaya kejunya membeku dan set. Kalau nak resepi kek keju jenis no baked ni boleh check resepinya NO BAKE LEMON CHEESE CAKE dan NO BAKE CHEESE CAKE OREO IN JAR

PB271139ed

Kek keju blueberry hasil percubaan didapur hehehe. Alhamdulillah walaupun tak perfect tetapi teksture tu ada rasa kek keju di kedai cuma kurang rich sikit lah macam di kedai..

PB271160ed

Pastikan guna pes blueberry atau blueberry filling dan bukan jem blueberry ya. Sebab pes ni ada rasa sebenar blueberry berbanding jem yang rasa manis je lebih. Ada blueberry filing yang kalau harganya mahal tu memang masih terdapat buah bluebrry didalamnya, lebih sedap. Tapi kita kan nak buat kek keju yang murah je, jadi pakai filling biasa biasa je lah hehehe.. Kalau tak suka blueberry boleh gantikan dengan pes strawberry atau biarkan  kek keju tu kosong pun boleh je. Jadilah kek keju lemon hehehe...

PB271148ed

Resepi Kek Keju Bakar

Bahan-bahan (untuk acuan bulat 7 inci) 
250gm cream cheese (saya gunakan jenama Tatura), biarkan lembut sedikit pada suhu bilik
100 ml whipping cream - saya pakai Anchor UHT 
2 biji telur
3/4 cawan gula castor, saya guna 1/2 cawan sahaja
2 sudu besar tepung
1 sudu besar jus lemon, saya guna 1 sudu besar sunquick lemon (botol hijau)
2-3 sudu besar filling blueberry

Bahan lapisan biskut
150 gm biskut marie - saya pakai jenama Munchy's, Biskut tu kalau tak cukup boleh tambah, kalau terlalu banyak dan tebal boleh kurangkan
125 gm butter dicairkan


Cara penyediaan

Biskut marie dikisar halus menggunakan pengisar kering. Gaul dengan butter yang telah cair dan kacau rata. Ratakan kedalam spring form loose pan atau apa sahaja acuan yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Tekan sehingga rata dan padat. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Oven dipanaskan pada suhu 150C. Letak dulang oven (dulang penahan minyak selalunya dibahagian bawah) di rak paling bawah oven. Lapis kedua paling bawah ialah rak besi untuk letak dulang kek.

Dalam mangkuk pemutar, satukan cream cheese, whipping cream, gula, esen vanila dan sunquick lemon. Putar sehingga sebati

Masukkan telur sebiji demi sebiji

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul

Tuang adunan kedalam acuan yang telah diletakkan lapisan biskut marie tadi. Sudukan bluerrry filling sedikit keatas adunan, dan buat putaran pakai pisau. Buat sehingga habis blueberry filling (macam buat corak marble diatas kek)

Letak acuan berisi adunan kek diatas rak besi. Bahagian dulang bawah paling bawah pula tuang air panas mendidih tetapi jangan terlalu penuh sampai tumpah pulak. Ini akan menghalang lapisan biskut bawah tu hangus dan kek keju pula tak akan terlalu kering apabila dibakar. Kaedah bakar ni dipanggil bain marie.

Salah satu cara lagi ialah dengan membungkus bahagian bawah acuan kek dengan aluminium foil dan boleh letakkan terus didalam dulang berisi air.

Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga adunan kek masak. Nak tahu masak bila cucuk kek tester, tiada lagi cecair akan melekat, sebaliknya ada gumpalan kecil... maknanya dah ok la tu dan boleh stop oven.

Biar kek sejuk sendiri dalam oven sehingga betul-betul sejuk. Ini supaya kek tidak merekah dibahagian atas akibat perubahan suhu yang mendadak. Tengok kek saya ada retak sikit bahagian atas kerana tidak cukup sejuk dah keluar dari oven.

Masukkan kek didalam acuan kek terus ke dalam peti sejuk dan biarkan selama semalaman sebelum dikeluarkan dari acuan.

Boleh hias dengan filling blueberry diatasnya.

Kalau dah cuba resepi kek keju bakar blueberry ni share lah hasilnya ye :D

Hai semua,


Ok tiba masa nak review blog kedua pemenang Blog Review untuk Top Commentator di blog saya - maklumat lanjut dan kalau nak join KLIK SINI. Dan pemenang untuk bulan November 2015 kali ni ialah Yana dari blog The Kehalusan Kelembutan

Yana ni selalu datang blog saya tengok resepi. Ada yang dia dah cuba katanya. Alhamdulillah rasa seronok bila ada orang sudi cuba resepi kita yang tak seberapa tu hehehe..

Tengok nama blog pun dah tahu, Yana ni mesti lemah lembut orangnya. Lenggok bahasa dia taip tu sedap je baca, lembut je hihihi..  Kalau nak kenal Yana lebih dekat boleh ke blog beliau cahayakehalusankelembutan.blogspot.my.

Nak senang, saya ada emailkan Yana beberapa soalan tentang blog beliau...

1. Blog tentang apa?

Bismillah, okey blog yana ni pasal personal tentang kehidupan sekeliling yana, yana banyak post apa yang yana dengar, apa yang yana rasa. Kalau dulu ia lebih kepada monolog kiranya macam bercakap dengan diri sendiri, sebab yana ni sensetif over sikit, so kadang rasa macam orang tak faham kita sebenarnya. So menulis buat yana puas sangat. Orang cakap kalau pendam lama lama boleh rosak jiwa kan , so yana express kan dalam blog.

Kalau dikiranya followers yana masa mula mula blog ritu tak adalah sampai 1000 , tapi yana enjoy menulis, tak kisah ada orang baca ke tak, ada orang komen ke tak sebab yana tahu ada yang selalu tunggu yana post something kat blog tu. Kawan kawan realiti banyak support yana suruh terus menulis .

dia cakap "Jangan delete blog tu, mungkin ada yang akan baca dan bersemangat"

Apa yang membuatkan yana rasa berbaloinya berblog ni bila kadang kadang ada yang gigih cari FB yana, email yana sebab nak say thanks , sebab mereka terkesan dengan apa yang yana tulis. Yana selalu cakap apa yang yana tulis tu semua yang yana lalui, semua tu mematangkan yana, dan jika orang terkesan itu adalah kerana Allah. Seronok kan bila orang tu boleh berubah melalui kita dengan izin Allah.

Mula-mula berlogging.  Memang yana ingat sangat masa tu yana study. Petang petang boring tak tahu nak buat apa , yana pon rasa nak create blog atas tujuan suka suka. Permulaan berblog  yana post something yang jadi pada hidup yana . Apa apa je. Masa tu mentah lagi, so menulis pon ikut emosi. Tapi yang pasti blog sekarang blog kedua. 2013 start yang baru. Blog lama memang pasal jatuh bangun yana dalam hidup ni.Tapi Takdir Allah kan, blog kena virus dan yana amik keputusan nak start yang baru, motivasi baru. Dan Kat blog baru ni yana lebih jaga lah penulisan yang tak dipengaruhi oleh emosi sangat. Fikir panjang dulu.

Untuk blog baru ni yana tak aktif sangat sampai lah yana habis degree baru baru ni, Alhamdulillah, now lebih aktif berbanding dulu. sekarang la baru nampak macam hidup blog tu. heheh

* Satu perkara - tak kisah pun follower berapa , tapi akan terus menulis sebab dah jadi minat tegar. Doakan lah kalau mungkin satu hari nanti ada buku dari yana sendiri. Impian je.


2. Bila start berblog?

2011. 27 April 2011.-DELETE DAH
2013. 1 Mac 2013- SEKARANG



3. Apa yang Yana nak Kak Eny share tentang blog Yana nanti..

Pandangan kak eny pasal blog yana boleh tak? ringkas ringkas dah heheh. Tak kisah la kekurangan teguran yang boleh yana baiki.

Ok ni pandangan Kak Eny ye Yana :

Dari segi presentation blog sangat kemas dan organized. Nampak tak semak dan senang nak browse cari entry sebelum. Ringan dan cepat bila dibuka. Kak eny memang suka blog yang simple dan kemas ni.. Nak baca selesa jee....

Dari segi penulisan dan intipati blog, entry Yana mudah difahami, ringkas tapi padat, ayat tak meleret, pengisian juga bagus. Yang penting suka baca tiap tipa baris tu rasa lembut je Yana ni tulis.. betul kena dengan nama blog heheh.


4. Apa sahaja info atau mesej yang Yana nak sampaikan kat reader blog

Blog yana ni tak ada papepun , orang tak kenal pun. Tapi jika ada terbaca tu moga ada lah secbis manfaat yang dapat. Yana tak nak orang follow blog yana terpaksa. Sebab yana pun tak suka begitu. Apa yang yana sampaikan kat blog tu ilmu Allah, idea dari Allah semua, Kalau ada yang terdeep tersentuh itu semua kerja Allah.

"Teruslah menulis apa saja  walaupun kau nampak secebis je manfaat dari situ, mungkin besar bagi orang lain, moga jadi ladang pahala juga " - TheKehalusanKelembutan.

--------

Ok dah kenal orangnya dan blognya, jomlah blogwalking dan follow cahayakehalusankelembutan.blogspot.my. =)
Hai semua,
Pagi-pagi dah letak gambar pavlova hehehe

Mesti tau pavlova tu apa ye. Sejenis dessert meringue yang penuh dengan topping buah diatas dan dilapis dengan krim putar. Memang sedap bagi penggemar dessert yang manis. Tetapi pavlova ni manisnya mencengkam jiwa dan raga... manis tu boleh sakit jiwa kalau makan hahaha.. bagi saya yang kurang suka manis ni, memang boleh pening kepala dibuatnya hehehe.. Sebab tu sampai sekarang, ni lah kali pertama saya cuba buat resepi pavlova. Orang lain dah lama buat dah hehehe..

Dan kerana stok strawberri sangat banyak hasil rembatan dari Cameron Higland maka saya cuba juga nak buat pavlova tapi nak buat versi kurang manis, dan nak pakai brown sugar and then mesti ada coklat.

Jadi saya bereksperimen kat dapur, untuk menghasilkan pavlova yang macam saya nak. Yang penting kena kurang manis hahaha... Jadi ke tak?

Dan hasilnya..

PC080060ed

Meringuenya sedikit chewy, lebih kepada macaroon tetapi masih lembut dan sedap. Alhamdulillah. sekejap je habis ni...

PC080065ed

PC080076ed PC080063ed

Resepi Double Chocolate Pavlova 

Bahan-bahan :
4 putih telur
200g gula perang - brown sugar, saya guna 170g
1 sudu kecil apple cider vinegar - cuka epal. Tapi boleh je guna cuka putih biasa.
1 sudu kecil serbuk koko Hersheys
1/2 sudu kecil serbuk nescafe

Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan dulang pembakar yang dialas baking paper (kertas tak melekat ada dijual di kedai baking)

Pukul putih telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih, masukkan satu sudu gula perang setiap seminit putar. Buat sehingga  gula habis.

Lepas habis masuk gula pukul sekejap dan kemudian masukkan cuka dan pukul pada speed tinggi sehingga putih telur kental (stiff peak)

Tabur serbuk koko dan serbuk kopi diatasnya. Jangan kacau biarkan sahaja.

Terus cedok masuk adunan putih telur tadi kedalam piping bag, gunting diameter 1 inci dihujungnya  dan picitkan membentuk bulat ikut size dikehendaki diatas kertas pembakar

Turunkan suhu oven menjadi 110C dan bakar selama 90 minit sehingga meringe rasa firm bila diketuk tapi dalamnya rasa seakan kosong.

Biarkan meringue menjadi sejuk dialam oven. Barulah dikeluarkan.

Topping Strawberry

Bahan-bahan
Strawberry secukupnya dibelah dua atau dipotong kecil
250 ml non diary whipping cream

Cara penyediaan

Non diary whipping cream hendaklah dalam keadaan separuh beku. Maksudnya dikeluarkan dari peti sejuk bahagian atas, biarkan sekejap mencair, goncang rata dan tuang kedalam mangkuk. Masih ada ais yang terbentuk lagi. Kalau tak ada ais, sejukkan balik dengan masukkan mangkuk berisi pemutar tu kedalam peti ais balik. 

Krim putar perlu diputar dalam keadaan sejuk supaya cepat kembang. Krim putar non-diary selalunya telah sedia manis jadi tak perlu tambah gula. 

Putar sehingga gebu dan kembang. Masukkan dalam piping bag, gunting anggaran 1 inci diameter dan picitkan keatas meringue yang dah sejuk tadi membetntuk putaran bulatan kedalam sehingga menutupi rata permukaan meringue. 

Susun strawberry diatas nya dan curahkan coklat ganache menggunakan garfu (drizzle) atau nak lebih mudah dan cantik, masukkan dalam piping bag, sejukkan sekejap coklat ganache dalam peti sejuk, dan paipkan jaluran coklat diatas starwberry tang disusun tadi. Siap!

Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang sejam sebelum dinikmati.

Resepi Coklat Ganache

Bahan-bahan 
150 gm whipping cream - saya pakai jenama emborg
250 gm coklat susu atau coklat gelap - saya pakai coklat susu
20 gm butter

Cara penyediaan 
Panaskan whipping cream sehingga naik sedikit buih ditepi
Masukkan coklat kedalam whipping cream panas. Biar sehingga coklat larut sepenuhnya.
Kacau rata dan masukkan butter
Kacau lagi sehingga licin dan berkilat

Resepi coklat ganache ni menghasilkan jumlah yang banyak. Boleh bahagi kepada dua atau 3 adunan


Resepi pavlova credit to The Kitchen Guardian
Hai semua,

Breakfast yang tak jemu dibuat ialah sandwich. Buatlah sandwich apa pun pasti habis! hehehe Tapi sekarang sandwich boleh je dinikmati bila-bila masa sahaja. Waktu lunch atau dinner pun sesuai. Apa lagi jika kita tak nak ambil hidangan yang berat-berat, sandwich ni dah packed dengan segala nutrient yang kita perlukan jika kita pandai pelbagaikan intinya.

P6281380

Macam biasa saya suka buat sandwich tuna sayur ni. Dah berapa kali share resepi tuna sayur ni kat blog. Kali ni pelbagaikan sikit sayur dalam tu seperti lobak merah, timun cincang, tomato ceri dan daun letuce cincang disamping bawang besar yang dicincang untuk menambah kick! Nak lagi pedas boleh tambah potongan cili padi didalamnya. Sedap tu tak boleh nak bagi tahu macam mana hehehehe...


Roti boleh dipelbagaikan samada nak guna roti putih biasa, bun panjang atau bun bulat. Inti boleh sediakan banyak dan masuk je dalam peti ais. Tetapi sayur tu agak berair jika dibiarkan lama jadi kalau nak simpan lama, tips saya, sayur tu potong awal, letak dalam penapis dan biar airnya keluar sehingga kering sedikit. Insyallah sandwich pasti kurang berair

Kali ni saya juga tambah sedikit ramuan yang agak pelik, sedikit susu pekat manis. Haaa cuba nak balancekan rasa masam pedas tu, kena ada sikit manis. Kalau tak nak rasa manis, tak perlu lah letak ye..

Ok jom cuba resepi simple ni..
P6281421

Sandwich Tuna Sayur

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich - disapu butter dan bakar sekejap

Bahan inti
1 tin tuna dalam tin jenis minyak atau air garam, buang air atau minyak dan hancurkan dengan garfu
5-6 sudu besar mayonis
1 sudu kecil susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon, nak lebih masam boleh tambah
1/2 sudu kecil lada hitam serbuk
2-3 biji cili padi dipotong - jika suka
1 ulas bawang besar, dicincang
1/2  biji lobak merah, diparut
1 biji timun- dipotong dadu kecil, dan tuskan airnya dalam penapis selama 10-15 minit
1 cawan salad lettuce dicincang halus
6 biji tomato cherry dipotong

Cara penyediaan
Gaul semua bahan inti sehingga rata. Bolehla diletakkan diatas roti.
Salam semua,

Pagi penuh kekecewaan sebab Kedah kalah final Malaysia semalam. Apa pun kalah menang adat pertandingan, yang penting usaha dan semangat kesukanan tu yang penting kan.

Apa pun, hari ni nak share satu resepi kek yang simple dan mudah membuatnya. Sedap pun sedap. Apalagi jika dimakan panas-panas baru keluar oven memang asyik. Kek jenis ni memang sedap dimakan panas. Tapi ada sesetengah kek yang kena dimakan sejuk sejuk baru terasa sedapnya. Contohnya kek span atau kek krim keju. Tapi kalau untuk brownies, kek coklat moist, kek butter, sedap dimakan panas atau suam atau pada suhu bilik.
PB171066ed

Hodoh betul hiasan atas kek  tu hehehe.. Saya bukan lah masuk kelas bakery atau cake decoration. Semua belajar kat You Tube je hehehe..

PB171019ed

Kek butter macam ni memang cepat kering jika kita tak pandai menyimpanya. Itu yang ada kes, rasa tercekik je kadang-kadang kalau makan kek butter ni hehehe.. Nak share juga lah tips kek kekal moist dan lembab.

PB171068ed

Tips Kek Butter Tidak Kering

Apabila kek sejuk, terus simpan kek dalam bekas bertutup atau tutup kek dengan sesuatu yang menghalang udara terkena kek. kek yang terdedah kepada udara boleh membuatkan tekstur kek cepat kering. sebab tu pentingnya ada bekas simpanan kek dirumah

Bakar kek secukup masak sahaja. Jangan terlebih bakar. Walaupun kek belum keperangan diatasnya jika cake tester atau pisau yang dicucuk tiada adunan melekat, kek boleh dikeluarkan dari oven

Petua yang saya dapat, masukkan sesudu atau dua sudu besar marjerin (contoh buttercup atau Planta) kedalam jumlah timbangan mentega. Adalah dipercayai marjerin berfungsi melembapkan kek. jadi kalau pakai pure creamy butter jenis Anchor atau SCS, tambah sedikit marjerin ye. Kalau dah memang pakai Buttercup tak perlu tambah lagi kerana Buttercup ialah campuran marjerin dan mentega.

Guna acuan biasa dan bukan nonstick. Ini berdasarkan pengalaman saya. Bila guna acuan nonstick, acuanya cepat panas dan mejadi sangat panas. Kek selalunya cepat perang dan kering. Jika guna acuan biasa kek cantik je sederhana perang, moist dan lembut. Memang mudah jika guna guna acuan nonstick tapi setiap yang mudah tak semestinya bagus kan?

Ok jom tengok resepi kek mudah ni.....

PB171050ed

Kek Butter Cheese

Bahan-bahan :
Untuk acuan 4 segi size 9 x  9 inci

170 gm mentega - saya pakai SCS tambah 2 sudu besar butter cup dan cukupkan 170gm
135 gm krim keju - saya pakai jenama Tartura
220 gm gula kastor
5 biji telur
200 gm tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 11/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh vanila
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan 

Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek

Panaskan oven pada suhu 160C atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170C api atas dan bawah

Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan

Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati dan tuang kedalam acuan

Masukkan kedalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih.

Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula.


Hai semua,

Kalau datang ke Cameron Highland memang wajib merasai keenakan steamboat disana..

PC040010

Baru balik bercuti minggu lepas sebenarnya. Bukanlah bercuti apa pun. Sekadar habiskan masa dan duit kat atas bukit hehehe. Saya belum pernah ke Cameron Highlands. Jadi kesempatan menghabiskan cuti tahun saya ajak DH ke sana. Plan nak pergi balik hari saja sebab dari Rumah emak mentua di Kampung Piadang Lama, Batu Gajah ke Cameron Highlands tak lah jauh mana. Kalau nak tunggu cuti lain, ada je hal nya. DH mulanya agak keberatan nak pergi sebab musim cuti sekolah, katanya jem teruk. Masa kami bertolak dari kampung DH di Batu Gajah ialah pada waktu tengahari hari Jumaat. Jadi jalan tak berapa jam lagi masa tu. Bila dah sampai area Tringkap, tiba-tiba jalan terhenti. Lama juga menunggu rupanya ada kerja pembaikan jalan, jadi kereta dibenarkan lalu sebelah jalan je. Apa pun tak memutuskan harapan kami walau jam dah nak masuk 2 petang! Kami belum beli apa-apa dan berjalan ke mana. Apa lagi, terus saya cakap kat DH, kita kena cari hotel lah. Sampai Tanah Rata mesti cari hotel. Ni check in hotel dan berehat, lepas tu baru keluar balik. DH pun setuju juga walau kami risau entah dapat ke tak hotel time cuti sekolah ni. Dah tu last minit book pula hehehe..

Penginapan di Resort HillView Inn, Cameron Highlands

Resort ala english cottage ni menjadi pilihan kami. Tengok sahaja dari jauh, saya dan DH terus cakap, okay kita walk in saja lah hotel ni. Dan nasib kami baik, ada orang baru check out. Jadi kami dapat bilik untuk penginapan satu malam. Rate hotel ialah RM 120 without breakfast. Rasanya kalau bukan musim cuti sekolah, mesti rate lagi rendah atau jika dibook secara online.

hillview inn cameron highlands

HillView Inn ni terletak di lereng bukit, tapi tak tinggi mana bukit tu, Kereta masih boleh naik dan ada parking kereta tersendiri. Tak payah parking dibawah bukit dan panjat. Di sebelah belakang ada lagi satu hotel. Arundina Inn kalau tak silap.

PC050030ed

Yang best di hotel ni ialah kami disambut dengan pemandangan ni semasa menuju ke bilik..... macam nak pengsan dan terus rasa nak honeymoon eh  :p

hillview inn cameron highlands
20151204_144907ed

Cantik betul bunga-bunga di Hillview Inn ni. Sempat juga tarik camera dan shoot bunga-bunga disini..

DSC04874ed DSC04875ed

Steamboat Sedap Di Restoren Ferm Nyonya, Cameron Highlands

Kalau ke Cameron Highlands, acara wajib pada sebelah malam ialah menikmati steamboat panas. Dah malam tu memang sejuk, steamboat memang sesuai untuk memanaskan badan.

Dah lama baca review Restoren Ferm Nyonya ni dari blogger yang pernah ke Cameron Highlands. Katanya steamboat di Ferm Nyonya lebih sedap! Restoren ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Landmark restoren ni ialah sebaris Maybank Tanah Rata. Maybank pula terletak disebelah belakang Agro Bank. Kalau jumpa Maybank tu, jumlah restoren ni.

PC040007ed

Set steamboat disini per person RM18 untuk kuah sup biasa, RM19 untuk sup tomyam dan RM20 untuk gabungan dua kuah sup dan tomyam. Pastinya kami memilih dua jenis sup dan tomyam sebab nak rasa keduanya.

steamboat cameron highlands, ferm nyonya restaurent

Bahan-bahan steamboat untuk set telah ditentukan dan tak boleh pilih. Walaubagaimanapun anda boleh membuat tambahan bahan contoh nak udang lebih atau ikan lebih pada harga yang tertera dimenu. Yang saya suka, bahan-bahan steamboat disini bukanlah jenis bebola instant semata-mata seperti di kebanyakan restoren steamboat. Adalah seketul dua fishball, ketam frozen, dan sebagainya. Tetapi banyak bahan segar seperti isi ayam, isi ikan, udang, sotong, pelbagai jenis cendawan dan fungus, pelbagai jenis sayur (yang ni saya suka) seperti salad, lettuce, bayam (sedap tau bayam kat cameron ni), kangkung (pun sedap juga) dan ada juga tauhu dan fucuk. Puas hati makan steamboat. Disebabkan bahan-bahannya segar, rasanya pun segar dan tak muak. Kalau steamboat yang banyak letak bebola instant tu lebih kepada rasa msg je.

Minuman mestilah teh dan DH memilih teh Boh yang kaw rasanya dan saya pula sukakan keharuman teh lemon bermadu. Ya ampun sedap betul teh kat sini. Teh lemon saya kaya dengan rasa lemon tapi bila minum tak rasa masam sangat sampai kerut muka. Masamnya just nice. Lemon disini tak macam lemon dibawah yang masamnya sampai berkerut-kerut dahi hehehe... Tapi hairan, saya tak jumpa sebijik lemon pun kat pasar sayur... hehehe sebab saya ni penggemar air lemon, mestilah nak borong habis..
tea BOH, lemon tea, ferm nyonya cameron

Untuk pilihan sup, keduanya sedap. Tetapi saya dan DH lebih sukakan sup jernih biasa dari sup tomyam. Sup tomyam tu terlalu 'kaw-kaw' to our liking. Kami jenis prefer yang light and mild memang tak menggemari tomyam kaw mcm ni. Tak suka pedas dan masam yang keterlaluan. Tapi saya tahu, ramai yang suka tomyam kaw macam ni. Yang mana suka tu memang patut cuba tomyam, dia.. sedap tau!

Saya cadangkan masuk udang dalam kuah tomyam kaw tu... meletup habis!

steamboat tomyam, ferm nyonya restaurent

Kuah sup jernih ni sedap digaulkan dengan sambal cili untuk cicah tu. Hirup panas-panas dan pedas pula didalam kedinginan bayu lepas tu hirup teh panas-panas suam.. adusss nikmatnya...

PC040017ed
Macam biasa ada meehoon dan mee kuning dan telur disediakan. Last sekali baru kami masukkan. Tapi makan sedikit je sebab kenyang. Cadangan saya kalau anda datang berdua dan nak jimat sikit, boleh je ambil set steamboat untuk seorang dan kemudian boleh tambah bahan atau order nasi gorengnya. Sebab set untuk dua orang memang banyak juga. Kenyang gila! PC040019ed

Selain steamboat, DH order nasi goreng nyonya dan saya pula nasi goreng ikan masin (warna putih). Ya ampun sedapnya nasi goreng kat sini. Kuantiti juga banyak. Sepinggan nasi goreng RM6.90 kalau tak silap. Standard harga di Cameron Highland rasanya. Saya tak kisah kalau sedap dan portion pula banyak. Tu yang jadi kes kenyang gila tu hehehe..

nasi goreng ikan masin, ferm nyonya cameron highlands Nasi goreng nyonya, ferm nyonya

Menikmati Teh dan Scones di Bharat Tea Plantations, Cameron Valley Tea, Cameron Highlands


20151205_102027ed 

Keesokan harinya, kami check out seawal 10.30 pagi. Jenuh juga la nak mandi pagi tu walau ada air panas, tetapi bercinta nak pijak tiles bilik air hahahah.. menjerit dibuatnya sejuk sangat. Perjalanan diteruskan menuju ke Cameron Valley Tea House, Bharat Plantations disebelah jalan nak ke Tapah. Merasa jugaklah jalan bengkang bengkok nak turun dan naik jalan tu tu walaupun sekadar beberapa kilometer.

Ramainya orang tak payah nak cakap. Tapi still manageable dan ada tempat duduk kosong. Nak order pun tak lambat sangat.

Masala Tea. Memang sedap teh ni. secawan RM6.90

Masala tea cameron highlands 

Scones! Lama nak try scones di cameron ni. Katanya sedap. Ya memang sedap!!!!! Walaupun tak berapa nak warm tapi still sedap. Satu set ni RM12.50. Kenyang juga share dengan DH

Cameron Valley, Bharat Tea, Scones cameron Cameron Valley, Bharat Tea, Scones cameron

DH pula tak boleh tinggal nasi. Nasi Lemak RM12.90. Okaylah not bad cuma overpriced hehehe..

Cameron Valley, Bharat Tea

Melawat Cactus Point, Cameron Highlands

Cactus point ni actually kedai menjual cactus dan pokok bunga. Kalau tak beli pun tak apa, sekadar melihat pelbagai jenis cactus disini. Geram sebab comel maka saya rembat satu pasu mixed cactus dalam satu pasu.
PC050057ed cactus point cameron

Yang jenis ni pun cantik tapi mahal jugak dalam RM30 lebih.
cactus point cameron, cactus garden, cactus vase


Ubi Madu Kukus Panas Dan Jagung Mutiara Kea Farm, Cameron Highlands

Sedap betul ubi madu ni, Kalau tengok macam ubi biasa je. Tapi bila dimakan, rasanya seperti ubi yang diletak gula. sebenarnya ubi memang semulajadi rasa manis (saya rasa lah) sebab dalam periuk kukus tak nampak sebarang gula pun hehehe..
Ubi madu, ubi keledek cameron 20151205_113921ed

Panas sangat dan kami tak sabar nak makan, maka kami sejukkan depan air cond kereta kahkahkahkah

Jagung mutiara ni juga sedap. Tapi kurang manis rasanya. Lembut dan berjus. Kami ada beli yang bakar. Tapi rebus atau kukus lebih sedap.

ed

Strawberry disini memang kena pandai cari kalau nak yang murah. Kami rembat je mana yang nampak. Memang malas nak compare harga hehehe. Kadang-kadang beza tu seringgit dua je berbanding dengan masa, tenaga dan bersesak tak berbaloi. Malam tu kami beli di Kea Farm sekotak RM10 kami beli 2 kotak. Dengan sos coklat RM5 sebotol. Makan kat dalam bilik hotel sambil pejam mata je sebab sedap dan manisss... ramai yang kata nak rasa manis strawberri kena rasa sementara masih di Cameron. Kalau dah bawa turun baru nak makan memang rasanya masam dan tak sama lagi. Memang betul pun!
20151204_213640ed

Esoknya kami singgah di pasar tepi jalan berdekatan Tringkap, harganya lagi murah. Sekotak besar yang kami beli semalam hanya RM5. Maka DH borong habis la untuk dibawa balik hehehe..

Lepas ni next destinasi ialah memancing bersama DH. Tunggu hujung bulan Disember nanti hehehe...
Pernah makan puff pastry? Puff pastry ni ialah pastry jenis berlapis dan akan mengembang bila dibakar. Memang sedap jika dimakan panas-panas. Tetapi kurang sedap jika dimakan sejuk. Sebab tu kalau nak makan puff pastry, kena buat sendiri dan terus hidangkan baru sedap.

Sekarang ni banyak benda mudah. Contohnya puff pastry instant ni saya pakai yang instant jenama Kawan. Kebetulan ada lebih dalam peti sejuk.

PB241120ed

Susun milk chocolate button (saya pakai Beryls). Dan lipat lah ikut nak macam mana pun. Sapu sedikit kuning telur dibahagian kulit luar.
PB241112ed

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit ata sehingga garing, gebu dan perang. Sedia dihidangkan panas sementara coklatnya masih cair.. Sedap!!
PB241128ed
Red Velvet kek pernah jadi viral sedikit masa dahulu. Dah ramai blogger buat. Dulu saya pernah buat jugak. Bagi saya keknya biasa-biasa sahaja. Cuma disebabkan penggunaan buttermilk, cuka dan baking soda, teksture keknya selembut baldu. Taste wise macam kek span yang ada rasa sedikit rasa coklat. Penyedap kek ni tak lain tak bukan ialah frosting cream cheesenya. Itupun kena betul buat, kalau silap frostingnya terlebih manis dan hilang rasa lemak cheesenya.

Dah lama tak buat kek ni. Makan tahun juga la. Kek ni antara kek yang mula-mula saya cuba masa berjinak-jinak dengan baking ni. Dulu-dulu tak reti bakar kek, kek semua merekah jadinya kat atas. Naik tak berapa elok. hihihi. Sekarang ni dah banyak improvement sikit hihihi. Belajar buat kek ni walaupun tak pergi kurus atau kelas, wajib juga membaca pengalaman dan catatan orang dari dalam dan luar negara.

PB201093ed

Hari tu kebetulah ada kek red velvet diorder oleh Kak Sue [Blog Kak Sue] untuk sepupunya kahwin. Saya buat lebih sedikit untuk dimakan sendiri. Alhamdulillah gebu dan sedap... dan kali ni red velvet bukan sekadar dimakan dengan cream cheese, tetapi coklat ganache. Memang lebih sedap rasanya!!!

PB201089ed

Red velvet untuk makan sendiri, takpayah la hias bagai hehehe.. Tapi kena ada pelengkapnya coklat ganache dan cream cheese. Tengok tekstur kek yang gebu tu seperti baldu merah. 
PB201100ed

Tips Kek Red Velvet Yang Sedap

Kek Red Velvet hendaklah disediakan 1-2 hari awal sebelum dihiaskan frosting dan dihidangkan. Perlu dibungkus menggunakan wrapper (plastik pembungkus makanan) dan sejukkan dalam peti ais. Lebih lama lebih sedap.

Kena guna buttermilk. Kalau tak ada buttermilk, boleh guna susu yang dicampur cuka atau jus lemon. Pengunan jus lemon lebih sedap.

Jangan bakar terlalu lama. Cuba cucuk lidi ditengah kek, jika keluar licin, bolehlah diangkat. Kek red velvet yang terlalu lama dibakar akan mudah mengering dan rapuh dan akan mudah hancur.

Selain frosting cream cheese, cuba hidangkan red velvet dengan coklat ganache, memang sedap! :D

PB201099ed

Resepi Kek Red Velvet

Loyang bulat 9 inci

Bahan A
1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B (diayak sekali)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - saya pakai Blue Key
2 sudu besar serbuk koko - saya pakai Hershey's Natural Cocoa
1 sk garam

Bahan C (dicampur dalam mangkuk kecil dan gaul sekali hingga rata)
1 cawan buttermilk  - boleh ganti susu UHT penuh krim dicampur bersama 1 sudu besar jus lemon dan biar selama 10 minit sehingga sedikit berketul)
2 sudu besar pewarna merah jenis cecair

Bahan D
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cuka

Cara penyediaan 

Dalam mangkuk pemutar, satukan bahan A dan pukul hingga betul-betul kembang dan ringan. Anggaran masa 5-6 minit

Perlahan speed pemutar dan masukkan 1/3 dari adunan B (bahan tepung) kedalam mangkuk pemutar, putar sekejap dan masuk  separuh dari Bahan C (bahan cecair). Putar lagi.

Masukkan lagi 1/3 bahan B dan baki separuh Bahan C. Putar lagi sekejap

Akhir sekali masukkan baki Bahan B dan putar lagi sehingga sebati

Rule : Mulai dengan bahan tepung - cecair - tepung- cecair- diakhiri dengan tepung

Dalam mangkuk kecil, campurkan kedua Bahan D (cuka dan baking soda) sehingga berbuih. Terus tuang kedalam adunan kek yang telah dipukul tadi. Guna spatula dan kaup balik adunan sehingga rata.

Tuang dalam acuan yang digris mentega atau dilapik parchment paper. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 170C sehingga kek masak.

Jika nak buat 2 lapisan kek boleh belah kek kepada dua selepas dimasak. Tetapi jika tak reti nak belah kek, boleh juga bakar dua loyang. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit sahaja memandangkan kek tidak terlalu tebal.

Untuk kek saya diatas, saya menggunakan 1 1/2 adunan menghasilkan kek yang agak tinggi dan cantik.

Resepi Coklat Ganache

Bahan-bahan 
150 gm whipping cream - saya pakai jenama emborg
250 gm coklat susu atau coklat gelap - saya pakai coklat susu
20 gm butter

Cara penyediaan 
Panaskan whipping cream sehingga naik sedikit buih ditepi
Masukkan coklat kedalam whipping cream panas. Biar sehingga coklat larut sepenuhnya.
Kacau rata dan masukkan butter
Kacau lagi sehingga licin dan berkilat


Resepi Krim Keju (Cream Cheese Frosting)

Bahan-bahan
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising - saya pakai 30gm sahaja sebab nak kurang manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon - saya pakai sunquick lemon

Cara penyediaan
Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sehingga sebati