Tips : Pastry Rapuh dan Sedap!

10:30 pm


DSC09662

Hari tu saya ada upload resepi The Upside Down Pie, ada yang tanya macam mana nak dapatkan kulit pai yang rapuh, sedap dan tak liat.
DSC03034

Saya bukan pandai sangat. Tak ada basic dalam baking pun hehehe... Ini tips yang saya dapat dari chef Micheal Smith – Dari rancangan Chef at Home AFC. Tapi resepi kulit pastry tu adalah untuk kulit upside down apple pie. Saya cuba buat untuk resepi pie yang lain. Jadi ok je hehehe

Bahan-bahan Kulit Pie - Sesuai untuk Pie yang bersaiz besar seperti  Pie Apple, Nenas, atau apa sahaja jenis Pie.

Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais ye)
4 sudu besar air ais sejuk

Tips :
1. Guna butter yang sejuk –  selalu kalau buat kek kita kena pakai butter yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastry butter tu boleh guna terus dari dalam peti sejuk

DSC_1947 

2. Parut butter  - sebab butter tadi masih sejuk jadi butter keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat effect kulit pastry yang flacky dan rapuh. Betul. Cuba lah !

3. Guna air ais – bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.

4. Jangan uli tapi adun – jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu


Cara mengadun : Campurkan Butter dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan butter dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jgn lama sangat, cukuplah sehingga butter tu bergaul dengan tepung.
DSC_1949

Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk. DSC09643

Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat. Siap! DSC09645

Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.

Ini pula untuk versi kulit pastry untuk tart. Resepi nya lain sikit dan ada campuran gula didalamnya. Sesuai untuk buat mini tart seperti tart cheese, tart telur atau tart buah.

DSC09657

Bahan-bahan kulit tart :
170gm marjerin atau butter - mestilah lembut sedikit sebab resepi ni perlu mengunakan mixer
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :

Pukul marjerin dan gula sehingga sebati. Sebati je, bukan sampai kembang putih mcm nak buat cake tu tau hehehe... Lepas tu masukkan telur dan esen vanila. kacau rata

DSC09641

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan hujung senduk kayu sehingga adunan nampak berketul dan boleh dibentuk
DSC09642

DSC09644

Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat. Siap!
DSC09645 Semoga dapat membantu kepada sesiapa yang tengah mencari resepi nak buat pastry kulit pai atau tart ye....

You Might Also Like

25 comments

  1. sekali pandang butter parut tu mcm mee segera kering hehe. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau tak beritahu mesti ingat mee segera.. hehehehe

      Delete
  2. Tak pernah buat tart shell... selalu beli yg readymade je.

    ReplyDelete
  3. tengok resepi ni mcm senang je... teringin nak try buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah.. kongsi-kongsikan hasilnya nanti

      Delete
  4. eny..kenapa ye kena parut butter tak masukkan terus dalam adunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab butter seketul yang besar tu sejuk keras.. kalau adun jenuh tu.. kalau uli tak jadi.. hehehehe
      (macam le pandai sangat) biar eny ajelah jawab

      Delete
  5. kak eny.. u very serba boleh laaa.. jelesss..!!

    ReplyDelete
  6. ish3 tgk kak eny buat semua nmpk sng je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan orang berseni memang lain betul

      Delete
  7. jarang ada orang nak kongsi tips yang macam nih

    ReplyDelete
  8. Oh baru tahu.. bagus sangat tips ni, terima kasih kak.. lebiu :D

    ReplyDelete
  9. Kalau butter ganti dengan margerin boleh ke?

    ReplyDelete
  10. bakar tart shell tu berapa suhunya guna api atas bawah ke?

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com