Summer Garden Spaghetti

9:02 pm

Sedap pulak tengok Chef kegemaran saya di Food Network, Ina Garten - Barefoot Contessa masak spaghetti dan letak daun basil dan tomato cherry je. Simple tapi nampak sedap. Cuba nak buat untuk dinner. Tengah kurangkan makan nasi ni hehehe.. so kena lah masak sendiri lepas balik office.
20141216_180346ed

Dah balik pula, mana lah sempat nak masak dari awal kan. Jadi spaghetti tu saya rebus malam sebelumnya dalam kuantiti yang banyak. Pack kan dalam bekas tupperware tapi bukan jenama Tupperware dan masuk dalam peti sejuk bahagian bawah. Dan esoknya bila nak masak ambil lah sikit. Boleh tahan 3-4 hari spaghetti yang telah siap direbus tu dalam peti ais. Nak menjimatkan masa lagi, saya pakai sos instant Preggo. Lagipun nak pakai dalam 2 sudu besar je pun... Satu botol boleh tahan seminggu lebih rasanya. Tak payah susah-susah nak kupas bawang ke apa. hehehe.. Dalam masa kurang 10 minit dah siap spaghetti ala Spaghetti Summer Garden Chef Ina Garten. Kenapa panggil Summer Garden, maybe sebab ada tak ada pakai daging atau protein yang lain, cuma tomato dan basil tu dan kalau ikut resepi original ada macam-macam herba dalam tu. Sesuai untuk yang nak cuba berdiet makan veggies je.

20141216_180334ed

Resepi Summer Garden Spaghetti (versi segera hehe) 

Bahan-bahan : 
Spaghetti yang telah direbus al dente. - Saya pakai lebih kurang 1 mangkuk kecil je
2-3 sudu besar sos spaghetti preggo
1/4 - 1/2 cawan air
beberapa helai daun basil
beberapa biji tomato cherry - dibelah dua
Garam secukup rasa
2 Sudu besar minyak zaitun

Cara-cara :
Panaskan minyak zaitun dan masukkan sos spaghetti, spaghetti dan air (masuk sikit sikit)

Masukkan tomato cherry dan masak sehingga spaghetti menyerap kuah dan agak kering tetapi masih sedikit basah. Akhir sekali masukkan daun basil.

Terus hidangkan panas-panas.

Senang je kan...!

Nak resepi yang tak instant, boleh click sini :

Tutorial Masak Spaghetti
Resepi Spaghetti Simple
Macaroni Goreng


Saya ada buat Give Away Blog yang pertama.. Kalau ada yang nak join, KLIK SINI UNTUK JOIN.

Yang mana yang dah join tu terima kasih banyak banyak!!!

You Might Also Like

26 comments

  1. saya lapaa... saya lapaaa spegetiii kak eny..! hehehehee

    ReplyDelete
  2. sedapnya spaghetti...lama tak makan. saya pun suka tengok Ina Garten tu, rancangan dia pun unik. Barefoot Contessa.

    ReplyDelete
  3. fuhh, sesimple tu :D sy memang suka resepi ringkas camni.

    oh ye sis, spaghetti pun sama kalori mcm nasi jugak hehe :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiii agaknya la hanis..sebab boleh jd kekenyangan

      Delete
  4. Kak Eny, nak tupperware ke? Sy bg harga spesel utk akak klu nk.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh nk sponser tupperware tu mcm ada udang di sebalik spagetti tu ja papaglamzz

      Delete
  5. saya suka....saya suka...saya suka spageti

    ReplyDelete
    Replies
    1. putri suka ya awak2 di mana awak di mana jom kita terjah umah eny

      Delete
  6. yg selalu masak2 spagetti ni selalu serah kat asben je... nak ambik laaa resipi ni suruh asben masak..

    ReplyDelete
  7. tak habis lagi explore blog ni...
    saya suka sebab ada resepi yang simple tapi menarik...
    sebabnya saya tak pandai masak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too.. hihiii.. blog ni elok wat cuci mata.. kihkihh

      Delete
    2. setuju kiki lepas tu masing2 kelaparan ahakzz...kan zafair

      Delete
  8. selalunya kalau masak, mesti nak kena buka resepi juga :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu GJ ana setuju agaknya semua org kot mcm kita..:)

      Delete
  9. ish2 spagetti versi segera pon ana dah lapaq tgk ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tudia ishh anamizu sebut ja makanan terus jd lapaq nohh hihii :)

      Delete
  10. SA paling suka spaggetti tp nak buat sendiri x reti..muahahaha

    ReplyDelete
  11. He he he ... Tuan Azman tak sampai sini lagi ...

    ReplyDelete
  12. Tak tahu macam mana rasa dia.. nampak senang kan cara penyediaannya :)

    ReplyDelete
  13. nampak macam spagetthi tomyam laaaaaaaaaaaaaa ^_^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com