Pai Tunggang Terbalik

/
26 Comments
8:30 am
aka.... the Upside Down Pie

DSC03034

This is super easy. Kalau nak try boleh la. The tricky part is when to caramelize the sugar and at the same time kena masuk Apples, kena balik kan apples, risau juga hangit caramel tu kan....

DSC03009


Kulit Pastry - Boleh je beli yang instant kalau malas buat :)

Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais ye)
4 sudu besar air ais sejuk

Cara-cara :
Campurkan tepung, gula dan garam
Gunakan penyagat, sagat butter (macam sagat cheese tu) sehingga habis kesemuanya. Gaul butter yang telah disagat dengan tepung dengan menggunakan hujung senduk kayu sambil masukkan air ais sejuk. Gaul sahaja bukan uli tau!! Dah boleh membentuk tu terus ambik bungkus dalam plastic wrap dan sejukkan dalam peti ais selama 1-2 jam.


Karamel Apples
1/4 cawan butter – suhu bilik
1/2 cawan gula – saya pakai ¼ je nak kurang manis
3 biji epal hijau, dibuang kulit dan dibelah 6

Chef terus masak dalam kuali leper dan terus masuk oven. Saya pakai pan cake 8 inci.
Panaskan pan cake, masukkan butter. Tunggu sehingga butter sedikit cair dan masukkan gula. Masak dengan api perlahan sehingga gula menjadi caramel.
Apabila gula dan cair sepenuhnya dan bertukar warna keemasan, tutup api sekejap, terus susun kepingan apple, susun cantik cantik tau… jangan main belasah letak je hehehe… buka api semula dan masak seketika apple tu.

Kemudian kena terbalikkan apple setiap satu keping pula, dan lepas terbalik kena susun juga di kedudukan yang sama. Susun cantik cantik. Jadi Apple tadi masak di kedua belah dengan cantik :)

Masak sehingga apple sedikit lembut dan caramel gula sedikit pekat


Sambil tunggu apple masak tu boleh la canai adunan pastry tadi,. Canai nipis

Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160-170C

Tutup api caramel apple tadi dan angkat keatas meja.

Cara mengangkat adunan pastry yang dicanai tu adalah dengan menggulungkan adunan canai  ke  pencanai. Perlahan-lahan transfer adunan ke atas pan cake apple caramel tadi. Tekan tekan tepung sehingga kebawah dan rapat dengan apple yang tersusun tadi. Potong lebihan tepung di tepi.

Cucuk garpu di atas tepung pastry supaya tak menggelembung apabila dibakar


Hasil setelah dibakar sebelum diterbalikkan

Letak pinggan diatas acuan cake dan telangkup kan pie tadi.

Hasilnya jadilah macam ni. Tapi.... apple tu semua berterabur pulak :D



You may also like

26 comments:

Empayar Marlisha said...

Sedapnya...meleleh air liur tengok haha..nice mesti rasa pun sodap nih :)

Echa H. said...

hihiii pai tunggang terbalik yeeee. sy penah buat kulit pastry tu. tapi keras. kenapa eh? :/

anamizu said...

hehe pai tunggang terbalik pon sempoi gak tu kak eny hehe

Hanis Amanina said...

saya ingatkan tu peach.

hanisamanina.com

Papaglamz said...

Benda ni keras ke kak eny?

Glory jane said...

selain buah epal, buah apa lagi yang boleh guna?

Glory jane said...

petul tu...

Putri Homestay said...

step by step...Tq Eny

nor nazliana said...

senang menarik kn beli oven ni

nor nazliana said...

rajin eny kan putri

nor nazliana said...

rasanya lai,laici,mangga pun boleh try la..kn pandai mencuba

nor nazliana said...

buat la dulu papaglamz baru taq keras ka tak :)

zafairMAS_shakleeSITE said...

tunggang terbalik pon jadi.. hehehe

azman Arsad said...

sedapnya

azman Arsad said...

manisan yang menyelerakan

azman Arsad said...

boleh cuba untuk menu minum petang nih

azman Arsad said...

sedap dan menyelerakan

azman Arsad said...

jangan yang buat tu terbalik sudah

azman Arsad said...

sangat.. sangat.. sempoi

azman Arsad said...

pakai peach pun sedap juga nih

azman Arsad said...

epal bila dimasak akan menjadi lembut

azman Arsad said...

cuba jangan tak cuba

azman Arsad said...

resepi terperinci...

azman Arsad said...

selamat membeli dan mencuba

azman Arsad said...

eny memang sangat berbakat

Queen Contest said...

Kita tak berapa suka makan pai tapi kita suka tengok hasil dia.. comel pai tunggang terbalik akak ni :D