Murtabak Mee Segera

/
32 Comments
8:30 am

Hehehe sapa pernah buat murtabak meggi ni.. sedap kan makan panas-panas cicah sos cili. Yang ni pula saya buat sebab hari tu mengidam nak makan Murtabak Rose yang tebal dan sedap kat Alor Setar. Tapi kedai murtabak tu dah tutup ke atau dah berpindah, nak cari kat mana pun tak tau hehehe..

20140417_171642ed

20140417_171546

Mula-mula sediakan bawang jeruk ni. Perlu disediakan 2-3 jam lebih awal supaya bawang tu rasa jeruk sikit. Caranya perap bawang, cuka, gula (ikut nak manis macam mana) dan sedikit garam. Masukkan juga sedikit pewarna merah.

20140417_161937ed

Lepas tu sediakan inti. Terpulang nak macam mana dan bahan sayur tu nak apa. Macam saya buat ni saya tumis sedikit rempah kari dan masukkan sedikit isi ayam cincang dan sayur campur dan bawang besar dipotong dadu. Masak sehingga kering dan sejukkan. Lepas tu pukul telur sebanyak mana yang diperlukan. Lagi banyak lagi sedap lah kan hehehe.. Masukkan inti tadi ke dalam telur dan gaul rata. Saya tambah lada hitam dan sedikit garam dalam telur tu.
20140417_165649ed

Masukkan mee segera yang direbus. Saya pakai mee cintan yang dalam packet besar tu. Mee nya flat macam kuey teow. Boleh je pakai mee segera biasa.
20140417_165859

Pakai acuan bulat telur ni. Sebab kuali non stick kat rumah takde yang kecil. Kalau ada kuali kecil tak payah pakai acuan ni pun ok. Siap! 
20140417_171012


You may also like

32 comments:

azman Arsad said...

wah sedapnya

azman Arsad said...

senang betul cara membuatnya

azman Arsad said...

nampak menyelerakan

nor nazliana said...

menariknyerr mcm sedap jer

nor nazliana said...

sedapkan azman balik try tgk ya

nor nazliana said...

tu la senang kalau bahan mencukupi

nor nazliana said...

kan kan setuju sangat

nor nazliana said...

rajin eny kak ana kalau buat yg simple ja 4segi hahaha

Qaseh Abadi said...

boleh try ni..meggi yg lama masih ada.. xmakan-makan.. beli ja pandai..haha

Qaseh Abadi said...

try la buat

azman Arsad said...

sangat sedap nih.. memang kena try nih

azman Arsad said...

tak cukup takpe.. boleh dipelbagaikan..

azman Arsad said...

kalau susah sangat.. masak mee segera ajelah.. hik hik hik rendam air panas 2 minit siap...

azman Arsad said...

warna jeruk bawang tu menyerlah betul

azman Arsad said...

setuju.. sangat menarik dan nampak sedap

azman Arsad said...

eny memasak pun sangat artistik.. memang rajin betul

azman Arsad said...

selamat mencuba resepi..

Qaseh Abadi said...

Kalau jadi share, kalau x, senyapkan sudah..haha

Cik Iman said...

macam boleh buat burger lak jadi bentuk gitu ekekee

Amanda Suria said...

Nampak senang je...ok2 nanti SA cuba buat

azman Arsad said...

hahaha.. ikut step resepi eny.. mesti jadi punya

azman Arsad said...

wah murtabak jadi burger... menarik tu

azman Arsad said...

selamat mencuba

yoorin melacolea said...

cantik lenkaaran mee cintan ni ek.. ingt pakai mee maggi

MNH SASTERA MELAYU said...

Adik saya pernah buat murtabak ni. resepi yang senang dan sedap. huhu

Deanna Morni said...

xpenah try lagi wat murtabak megi...rasa mau cubain laa...hihihihi

azman Arsad said...

tak kisah mee apa pun.. asalkan sedap.. ngap aje

azman Arsad said...

setuju.. resepi yang sangat mudah

azman Arsad said...

selamat mencuba

anamizu said...

murtabak maggie sempoi hehe

Norlie Norlieharumaini said...

mcm best je nk cuba

Queen Contest said...

Macam ni rupanya murtabak megi tu.. selalunya bila tengok dalam bungkusan dah hancur dah rupa dia, hihi.. tak penah cuba lagi, nice sharing kak Eny yang rajin ^^